silent reader(s)

Little Things Can Mean So Much

0 balasan ikhlas






Assalamualaikum . hari jumaat yang agak sejuk di sini , 24'celcius. semalam hari yang terbaik , aku berjaya dalam misi mengawan Bat dan Tina . at last . seriously first time tengok spesies ikan mengawan , haha. ada terlopong jugak sikit . oh macam itu ka . aku banyak search pasal ikan cupang , kareem , pelaga , laga ni , of course di blog yang bercerita pasal ikan ni . lepas habis baca post , aku suka baca bahagian komen . haha.

1001 soalan lawak muncul di bahagian komen , pasal ikan laga ni . ada yang tanya kenapa ikan laga dia tak mahu mengawan , ada yang tanya kenapa ikan laga dia tak buang air besar , ada yang tanya kenapa ikan laga jantan kejar ikan laga betina . ada yang tanya , boleh letak 10 ekor ikan laga betina dengan seekor ikan laga jantan .ada yang risau ikan laga dia selalu termenung . macam-macam soalan lah .

aku tengok blogger tu pun naik penat nak jawab , banyak soalan dibiarkan saja , mungkin dia sudah jawab soalan yang sama . naik penat jugak kan asyik jawab soalan yang sama . semua soalan tu nampak remeh tapi penting sebenarnya . little things can mean so much when your heart really into it. sebab ? semua soalan tu bermain jugak di fikiran aku . hahak. fikir logik ? susah juga jika nak fikir logik sesuatu yang kita betul-betul bukan ahlinya.

ikan laga sebenarnya tak boleh diberi makan banyak . selain tu , variasikan pilihan makanan dia . takkan tiap-tiap hari nak telan makanan bijik tu , seminggu sekali kalau beri ikan laga makan micro worm pun okay . ikan laga pun ada masalah sembelit , jangan ingat tuan ikan laga saja ada masalah sembelit . masalah sembelit ikan laga boleh diselesaikan dengan biarkan ikan laga tu berpuasa , mungkin sehari , untuk bagi rehat sistem penghadaman dia . 

bagi yang tak tahu , ikan laga ni asalnya dari sawah , jadi sebolehnya wujudkan suasana habitat asalnya di dalam akuarium rumah kita .masukkan tanaman air yang hidup lama sebagai tempat dating sambil menghasilkan oksigen untuk ikan laga. ikan laga boleh terkena penyakit jika air yang kita guna tu tercemar dengan cacing dan sebagainya . bila kita nak bagi makan pula , jangan taruh banyak-banyak , ingat , nafsu makan ikan laga tak macam nafsu makan tuan ikan laga . makanan berlebihan akan buat air akuarium tercemar , ikan laga tak suka okay . ikan laga pandai stress tau ? bila dia termenung , tidak aktif , itu tanda dia tengah stress , sebagai tuan ikan laga , cuba cari punca tekanan haiwan peliharaan kita tu . mungkin airnya perlu ditukar , mungkin dia inginkan teman tapi mesra , ataupun dia mahu akuarium lagi besor . kena alert dengan demand dari ikan laga tu .

kembali pada percubaan persenyawaan ke empat , berjaya ! aku dapat tengok telur-telur ikan keluar dari suatu bahagian badan Tina . saling tak tumpah macam gambar yang aku tengok di Google . telur ikan laga berwarna putih , bukan transparent . mula-mula aku fikir Tina hampir mati sebab dipatuk Bat , padahal memang macam begitu posisinya bila ikan mengawan , ikan betina akan keraskan badan , macam lentok tapi dalam keadaan keras . betapa gembira bila aku tengok telur-telur tu , aku pun dengan pantas asingkan Tina ke dalam bekas lain sebab aku tengok dia duk makan telur-telur tu . hampeh ibu ni , bukan ibu teladan . lagipun aku takut Bat akan patuk Tina , kata orang ikan laga jantan perlukan ikan laga betina hanya untuk mengawan , habis mengawan , berkemungkinan dia akan cederakan ikan betina . walaupun bunyi macam selfish , ikan laga jantan lah yang akan jaga telur-telur sampai menetas , hingga anak-anak ikan boleh berenang sendiri , baru lah afdhal diasingkan tempat si bapak , dikhuatiri si bapak akan makan anak-anak kecik dia . pulak kan. aku tak faham . penat jaga , tapi boleh makan ? hm. itu kejadian mereka sebagai ikan , lain pula cara manusia . ada jugak kan ..

semalam aku biar lampu bilik terbuka hingga ke siang untuk mudahkan kerja Bat menjaga telur-telur.setiap kali telur terjatuh dari buih , Bat akan kutip dengan mulut , masukkan balik ke dalam buih . ni nak bagitau cerita sedih , semalaman jugak aku perhatikan Bat awasi telur-telur tu , disebabkan tak ada objek atau platform sesuai untuk Bat sandarkan buih-buih , yeah salah aku , buih-buih tu mudah pecah . akhirnya...


telur-telur tu gagal survive . Bat makan semuanya . tak , bukan salah Bat , he was doing the right thing . telur-telur yang tercemar akan cemarkan air. ikan laga jantan memang akan makan telur yang tercemar , dikhuatiri bawa parasit pada telur-telur lain . 

hari ni aku tukar air bekas Bat dengan Qeous . sebutan Qeous tu bunyi macam ni Koiss . sebab warna dia turqeous -.- lagi satu anak tiri kecelaruan jantina tu tak tukar pun air bekas dia . sebab tengok okay lagi . aku letakkan bekas Bat sebelah bekas Tina , harap cinta berputik kembali , ayuh lupakan kegagalan silam . si Bat macam sudah mati anak , memang mati anak pun kan walaupun telur , mungkin ikan pun ada feeling kecewa ? Bat tunjuk reaksi jugak bila diletak sebelah bekas Tina , aku harap petanda baik . everything takes time . 
 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be