silent reader(s)

Maybank Current Account

0 balasan ikhlas

alhamdulillah , hari ni dua urusan dah selesai . salah satunya , impian aku untuk buka akaun semasa syarikat dengan Maybank sudah terlaksana . huahuahua . tak semudah tu sebenarnya nak berjaya buka account ni . hidup aku dikelilingi individu yang selesa makan gaji , buat apa-apa loan pun guna slip gaji , memang current account tak ada tempat yang istimewa dalam minda orang-orang sebegini . tak dinafikan ada seorang ahli keluarga aku yang bussines minded juga .

syarat nak buka akaun semasa dengan Maybank memang tak rumit , kita kena ada SSM , ada cop syarikat kita , ada RM 2000 , ada seorang rakan atau ahli keluarga yang ada dah buka current account dengan Maybank , tak kira lah personal atau untuk syarikat , as long dia ada current account dengan maybank .

rakan atau family members kita yang ada current account tu dipanggil introducer . introducer tu pulak kena ada SSM yang berusia 1 tahun ke atas . account dia harus tak ada cek tendang . account introducer pun kena ada aliran duit masuk keluar yakni akaun aktif . cop syarikat si introducer , pastikan cop tu yang dia guna semasa buka current account dengan Maybank mula-mula dulu . cop tak boleh berubah jika kita berurusan dengan pihak bank , itu yang officer tu bagitau kat aku . contohnya kita guna cop A untuk buka account dulu dengan maybank , selagi kita berurusan dengan maybank , cop A saja kita boleh guna .

langkah pertama perlu buat bila ada niat nak buka current account dengan Maybank ? dapatkan borang untuk buka current account . mungkin dia akan tanya untuk syarikat atau persendirian , step sama saja . si introducer pun kena isi dalam borang tu tapi tak banyak mana pun . seeloknya , lepas dapat borang tu , balik rumah jumpa si introducer tu . lepas habis isi bahagian si introducer , bahagian si pembuka account(kita) tu kita biar kosong pun tak apa , kita isi depan officer tu nanti , sebab kita tak nak kita tersilap isi nanti .

bila nak bawa deposit RM 2000 ? ikut budi bicara officer yang kita dapat . sebelum terlupa , kita disuruh buka current account Maybank di cawangan Maybank paling hampir dengan alamat SSM kita . maksudnya , alamat perniagaan yang kita daftar . officer tu cakap , memang macam tu untuk mudah rujukan apa-apa hal nanti . kembali pada RM 2000 , deposit tu ikut budi bicara officer. jika dapat yang pegawai yang okay ,  dia minta deposit tu selepas introducer dah disahkan .maksudnya , introducer tu tak ada masalah & layak jadi introducer , officer akan call kita selepas 3 hari camtu untuk selesaikan pecutan terakhir , kita pergi bank untuk sign borang . RM 2000 tu boleh bayar cash ke machine deposit , ataupun buat transaction sahaja ke account semasa kita tu . sebelum terlupa , officer tu akan suruh kita buat maybank2u dulu . jika dapat officer yang minta RM 2000 tu masa kita bagi borang introducer , kita kena prepare la . ikut budi bicara officer , sama ada nak deposit tu selepas lulus introducer atau masa kita submit borang introducer(sebelum lulus) .

rupanya current account Ambank tak sama Maybank . kalau Ambank , saving account boleh disatukan dalam online banking dengan current account sekali . Maybank tak macam itu , maybank asingkan saving & current account dalam maybank2u, satu lagi , Maybank tak ada kad atm untuk current account , boleh buat online transaction saja lah .

sepanjang urusan dengan bank , introducer tak perlu hadir . jadi ini sangat memudahkan kita untuk bergerak , nak berulang 2,3 kali ke bank -.- atau lebih sekiranya officer tu bujang dan cantik .dan jika si officer tu mudah digoda , kita mungkin berpotensi minta jumlah deposit dikurangkan . berani cuba ? sebab , jumlah deposit RM 2000 tu mungkin boleh jadi RM 1000 jika anda berurusan dengan pegawai yang memahami keadaan poket rakyat Malaysia kini -.-
 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be