silent reader(s)

Dormstay

0 balasan ikhlas


Pada suatu petang yang agak hening , aku pun keluar untuk beli barang , petang tadi . tiba-tiba aku ternampak satu signboard bertulis ' Dormstay ' . aku pun toleh kali kedua , untuk pastikan ejaan tu dormstay bukan homestay . kerana khuatir aku mabuk angin petang sampaikan baca signboard pun boleh berhalusinasi . tapi rupa-rupanya memang tulisan tu paparkan Dormstay . entri pun dah bunyi macam karangan budak sekolah rendah .

Ini kali pertama aku tahu istilah Dormstay wujud . perkataan Dorm pada aku sesuatu yang menakutkan , aku bayangkan bilik banyak macam asrama berhantu . stay tu stay lah . bila digabungkan , macam lokasi aktiviti paranormal , pada aku . mungkin rumah tu banyak bilik kot , owner pun letak lah signboard camtu .

Dikesempatan ini , aku nak ucapkan Selamat Hari Kemerdekaan ke-59 pada semua bangsa , kita sehati sejiwa kan -.- bersyukurlah dengan nikmat kedamaian yang kita ada hingga sekarang . jaga lah sensiviti kaum lain , jangan gaduh-gaduh . cubit-cubit sikit tak apa . tembak-tembak tak mahu eh .

Peringatan pada orang-orang yang bakal menyesakkan laluan jalanraya tu , berhemah lah , jangan duk hon sepanjang jalan , kesian sikit orang yang rumahnya sebelah highway ni -.- kasihanilah kami yang tidak terlibat. berkemungkinan besar , aku akan sambut 31 ogos dalam mimpi , as usual .

Available Balance Dan Current Balance Bosannya Tajuk

0 balasan ikhlas




Assalamualaikum . sudah berapa lama aku tak meraban di sini , oh sudah lama rasanya , kali terakhir seingat aku lah , ya lah semalam -.- nampaknya idea untuk blogging makin ditelan masa . lagi pula , tiada yang menarik pun yang jadi sepanjang aku diamkan diri . except for aku sudah mula menabung . ya la , di usia emas baru terdetik nak ada saving , tak la emas sangat . tapi usia macam aku sepatutnya sudah 10 tahun menabung . to be frank , aku tak tahu sikap menabung ni nak bertahan sampai bila , sebab aku kenal diri aku -.- kenal sangat dengan sikap hangat-hangat tahi ayam tu . 

Baru-baru ni aku ada buka account untuk simpanan . memang yang khas untuk simpanan la , perlu kah aku tekankan . harap diri boleh lah istiqomah kali ini . dalam fasa berjinak-jinak nak asuh diri sendiri menabung untuk masa depan sendiri .

Aku tak pernah sangkal pentingnya untuk seseorang ada simpanan kewangan peribadi . tutup bab simpanan , huargh bosan . macam tengah bercakap pasal cikgu fizik . bercakap pasal kewangan , kebelakangan ni Ambank macam ada masalah ? aku agak saja . sebab aku tengok ATM diorang macam sehati sejiwa , walaupun branch lain-lain , bila rosak , semua sekali . 

Kadang-kadang sistem bank kan nak upgrade apa-apa perkhidmatan atau server diorang , memang akan jadi kacau bilau camni . aku pun terkejut jugak bila withrdrawal , ada 25 sen tapi 10sen saja boleh withdraw , pastu tunjuk available balance 5 sen , ini contoh saja ya. so hari ni punya lesson , aku dapat tahu apakah itu available balance dan apakah itu current balance . 

Sebagai pelanggan Facebook ads yang baru beberapa bulan , aku masih naif dan comel -.- ya aku tak tahu bank boleh pegang duit kita atas sebab langganan facebook ads atau apa-apa bentuk langganan internet yang lain . current balance ialah jumlah total duit kita dalam akaun selepas kali terakhir kita keluarkan duit , manakala available balance ialah baki duit kita yang actual sekiranya kita ada payment draft , pending payment . faham tak ? jadi sesiapa yang comel & naif macam aku , baru berjinak dengan dunia international atau local transaction jenis langganan , kena terima hakikat ini dan berhenti terkejut lah ya . macam kisah 25 sen tadi tu lah . lagi 10 sen tu dipegang atau kena hold , anda takkan boleh withdraw atau transfer , melainkan guna saja lah yang 5 sen tu , available balance . sapa suruh nak langgan sangat -.-

As far as im concerned , sebelum ni tak pernah jadi lagi . mungkin ada puak yang langgan facebook ads pastu tak bayar ? so ni cara baru yang diperkenal ? who knows. sebab sebelum ni , aku pernah jugak perasan ads aku masih berjalan walhal akaun untuk bayaran iklan facebook tu dah kosong . ngee :P
 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be