silent reader(s)

Kali Pertama Buat Facebook Ad

2 balasan ikhlas

Assalamualaikum . memang aku bayar pakcik tu untuk jadi penyeri dalam gambar ni . memang timing baekk punya time aku snap dia pun lalu , bukan selalu lanjer back view ye dok ? huhu. aku suka sangat Ambank Branch dekat rumah aku ni . tak la dekat sangat dalam 2 kilometer . disebabkan aku dah berjuta kali cuba buat Facebook ad dalam dua tiga hari kebelakangan ni , dan tak menjadi , seolah ada isu dengan akaun bank aku . lepas 2 malam aku tidur sampai termimpi-mimpi pasal Facebook Ad tahu ? aku pun buat keputusan untuk akhiri tanda tanya aku .


lepas ambil nombor giliran , aku pun duduk dengan tenang sambil bayangkan botol Ais Krim Soda yang berpeluh wap jatuh dalam mulut aku -.- semua itu dusta . aku tunggu dalam 10 minit rasanya , sempat juga lah merasa kerusi empuk , sempat buat kuak lentang dua pusingan . bila nombor giliran aku tiba , aku pun pergi kaunter tu . aku memang kalau cakap terus ke tajuk utama . tak sempat aku duduk , aku terus cakap "saya nak buat Facebook Ad dengan Ambank account saya , kenapa tak boleh ya?". kerani Chinese tu terus minta Ambank Card aku yang rupa tak semegah . tak pernah tukar kot . maklum lah aku kan pandai jaga , barang-barang semua suka tinggal lama disamping aku -.- kerani tu jugak sebenarnya yang daftar account Ambank aku masa first time dulu , 2014 rasanya .  tahun tu aku teruja nak buka sebab nak ada current account untuk company . dalam 10 minit juga , lepas aku turun tandatangan untuk agreement apa tah , normal la spesies tak baca apa-apa , dia suruh sign , sign saja la . lain la kalau dia suruh baca dan sign . -.- aku ikut arahan saja . plus , aku tak ada 10 hektar tanah , jadi aku tak takut untuk sign kat mana-mana saja .



Buat orang yang baca entri ni sebab nak belajar cara buat Facebook Ad , aku minta maaf sebab melalut . bagi yang tak tahu , aku pun baru tahu untuk buat transaction overseas macam Facebook , kena ada card bank jenis debit tau . aku pun tak sangka kad Ambank aku selama ni cuma kad ATM , bukan debit . maksudnya , kad ATM tak boleh nak buat urusan belian rasmi secara atas talian . kerani tadi dah bagi kad debit Ambank kat aku tadi , dia dah musnahkan kad ATM Ambank aku . dengan begitu kejamnya . dengan puncher untuk buat lubang kat kertas tu tahu ?aku tak berdaya melihat kad kesayangan aku diperlakukan begitu .


Maaf lah kalau keterangan langsung tak selari gambar . aku buat Facebook Ad ni siang tadi . aku pakai langgar saja , tapi langgar pun baca lah arahan dalam Facebook tu . kalau korang yang teringin nak buat Facebook Ad dan korang dah ada kad bank yang versi debit , korang kena call bank korang dulu . aku pun ada buat siang tadi . cuak jugak bila lepas tukar kad debit pun tadi , nak buat bayaran tak boleh . aku terus call Ambank . secara dalam talian , pegawai perunding perkhidmatan Ambank tu on kan setting untuk account aku buat transaction overseas dan local . dia akan tanya korang nak on dua-dua ke tak . since dari mula call aku dah cakap pasal Facebook Ad , memang dia suggest dua-dua on la Facebook kan dari luar .


lepas letak call untuk on setting account debit untuk transaction overseas dan local , aku tunggu 5 minit . bagi masa dekat sistem tu , bagi dia chilex sikit . padahal tahap teruja nak buat Facebook Ad tu , walah..



Gambar ni kira step jugak yang aku buat sebelum Facebook Ad aku di approved . kita diberi pilihan untuk beli pakej yang mana satu . aku ambil RM 8/day . sebenarnya aku nak custom RM 3/day tapi aku rasa aku dah kena mula amalkan sikap tak berkira untuk bisnes ni kalau aku nak pergi lebih jauh . walah..ayat. RM 8 per day , selama 5 hari aku buat . jadinya RM 40 camtu . yang baik pasal Facebook Ad ni , hari pertama buat dah rasa kelainan , lepas buat Facebook Ad tadi aku asyik check like dengan total reach visitors untuk page aku , memang tak mengecewakan . yang lebih seronok ? lepas 2 jam , ada customer hantar whatsapp untuk buat bayaran iPhone , yes dia datang dari Facebook Ad . Alhamdulillah. satu lagi , walaupun kita dah set RM 8/day atau lain-lain pakej pun , kita kena setting juga limit untuk Facebook Ad ni , sebab setiap like yang masuk , duit kita ditolak tahu ?tadi aku check,1 like equal to RM 0.11 sen. kita bayar untuk apa yang kita dapat . contoh aku , memang total 5 hari RM 40 kan ? tapi kalau likes masuk berlimpah ruah , tak mustahil akan ada outstanding unbilling balance yang aku kena bayar. so , function kita letak limit ? bila jumlah duit yang kita labur , kalau aku , RM 40 kan , jadi aku letak limit RM 37.50 sebab bakinya dah ditelan likes yang masuk . lepas habis likes yang masuk lalu telan setiap sen dalam RM 40 tu , automatically , Facebook Ad akan stop promosi page kita . so there will be no outstanding unbilling balance. agak-agak , penerangan aku ni buat orang makin pening tak .





Well done Shafiq !  dari 140 likes ke 175 likes . aku tak sabar nak tunggu esok dan esok dan esok . nota untuk pengguna yang ada 2 account dalam 1 bank , macam saya , korang kena pilih nak jadikan which account nak dibuat account yang diguna untuk bayar Facebook Ad , saya pilih current account . jadi masa buat Facebook Ad , saya tak perlu pilih dah , kerani tadi dah setting current account as account yang akan dicedok isinya untuk langgan Facebook Ad . kalau nak guna account personal pun boleh . sesuka hati sesedap rasa masing-masing lah kan .

 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be