silent reader(s)

Knock ! Knock ! It Is Ramadhan Here

2 balasan ikhlas

Rasa sekejap saja sudah masuk 1 Ramadhan kan ? pejam celik pejam celik , nasib baik masih celik . benda berjalan kot , mesti lah sampai . sudah lupa Bumi mengelilingi Matahari ? ya pasti lah masa tu berjalan . tak payah persoal rasa masa berjalan makin cepat , yang penting kita beribadah seikhlas hati , setiap masa . beribadah bukan maksud diatas sejadah 24 jam . bersedekah , memberi senyuman , menjaga silaturahim juga antara perkara yang baik , tak dinafikan kita perlu menjaga solat fardhu , solat diawal waktu , bila solat fardhu sudah maintain full , cuba pula solat sunat . perubahan bukan lah bermaksud perlu drastik ke arah kebaikan , yang Allah suka ialah kita berubah ke arah kebaikan walaupun sikit tapi berkekalan . istiqomah.

Dalam bulan puasa ni , bukan makan saja yang dilarang ya . tambah-tambah bagi pasangan suami isteri . bukan tak ada kes tau ? sabar ya , malam masih ada . oh malam perlu solat tarawikh kan ? lepas tarawikh ? sabar kan satu nikmat . huhu. apa pun dia , itu bukan masalah saya , saya belum bernikah .insyaAllah takkan ada masalah sebegitu . 

Tutup bab 18 SX , kita buka bab abang-abang berbibir hitam . yeah perokok tegar. jadikan bulan puasa kali ini sebagai batu loncatan pada anda untuk mula berhenti merokok , yeah seperti tahun-tahun yang lepas yang terkandas tu . biar lah terkandas , asal niat bersungguh itu ada , Allah akan membantu anda . ini juga bukan masalah saya , saya tak merokok .

Orang yang uzur , yang bergantung hidup pada ubat-ubatan , ada antara keadaan yang dinasihat oleh doktor supaya tak berpuasa tu , maka boleh la . tapi lepas sihat nanti wajib bagi kamu , puasa yang ditinggal itu diqadakan ikut hukum fidyah ditetapkan lah ya .

Penggemar lubang hidung tu , bawa-bawalah bersederhana dalam bulan puasa . memang masih boleh dikorek , tapi waktu malam la ya . jangan dikorek sampai berdarah pulak . maklum lah , lepas gian katanya . bahaya betul orang spesies ini .

Kaki sunnah last minute , pakcik-pakcik yang suka berbekam ni , padahal dalam Islam tak kata pun berbekam hanya boleh dilakukan sehari sebelum puasa . tapi tak mengapa lah , asal sunnah disahut , badan pun sihat untuk menyahut cabaran Ramadhan 2016 ! yahoou.

Peminat onani , sorry terpaksa bercakap soal ni , tapi kalau saya tak cakap , siapa lagi nak cakap kan ?yang buruk macam ni orang elak untuk bercakap padahal ada orang yang tak tahu , dan nak tahu , jadi susah pula sebab ramai orang tak nak bersembang terbuka pasal ni . para onani practicer , kalau sebulan Ramadhan ni anda skip , tinggalkan terus amalan tu , insyaAllah lepas habis bulan puasa , anda boleh rasa perubahan pada badan , onani buat badan kita jadi lemah sebenarnya . bagi yang belajar dan perlu menghafal , onani akan lemahkan ingatan anda .

Mulut-mulut tempayan versus keyboard warriors , kalau dulu kita mengumpat depan rumah , atas beranda yang nak roboh , tapi sekarang aktiviti mengumpat dihujung jari anda sahaja . semudah itu ? ya. elakkan lah menyampaikan aib orang , cerita yang tak sahih , itu mengumpat , boleh jadi fitnah juga bila perkara itu tak betul . tinggal-tinggalkanlah semua itu . Allah tak suruh kita pergi sibuk dengan perkara yang tak perlukan keprihatinan kita. duk viral cerita itu ini , sudah-sudah lah .


harapan aku untuk diri aku , aku mahu aku mampu buat semua sendiri , aku perlu bersabar dengan perkara aku tak suka untuk dapatkan apa yang aku suka . at the end of the day, aku hanya ada aku dan Allahurabi . jaga hubungan dengan manusia bagiku tak mudah tapi Allahu boleh pulih semuanya , cuma DIA nak tengok hambaNya berusaha menjaga silaturahim itu sendiri . Allahu bekalkan aku kekuatan hati , kesabaran tanpa had untuk melayani karenah orang sekeliling yang menyakitkan hati , sepanjang Ramadhan 2016 . Ramadhan bulan mulia untuk kutip pahala .MasyaAllah. aku tak mahu marah-marah. aku tak mahu sedih-sedih lagi. sekurang-kurangnya untuk bulan yang mulia ni .walau kita nak sesuatu benda tu , Allahu tak izinkan , Allahu sebagai Maha Pelaksana Perancangan yang tak ada kesilapan , aku percaya hati ini akan redha dengan semua ketentuan . hati bukan untuk dipijak , biar perempuan mahupun lelaki , hati dia bukan untuk dipijak. aku tahu aku dah cuba yang terbaik , i keep myself away just not to burden some people with my issues. and people be like , " shafiq pentingkan diri !" . Allahu tolong jaga orang-orang ini , aku dah tak mampu untuk mendekati mereka lagi.no matter how hard i tried, no one will ever appreciated it the way i want it so bad.whatever it was,people will keep misunderstanding me. i believe i have done my best. its now for me to stop, and be happy , be lonely. Ramadhan , im coming into you :)
 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be