silent reader(s)

Walah..

6 balasan ikhlas




Hati ku cuba mencari kemana aku telah pergi hari ni , oh Mydin .kalau dulu pergi Mydin , RM 50 boleh bawa balik cashier sekali . sekarang 8 item saja harga setengah ratus . aku bet sesiapa pun tak tahu Vigi Agarbhati tu apa . hehe. tak aci main google -.- aku cari setengah abad tak jumpa , akhirnya kat Mydin kita bersatu -.- kau milikku .


Vigi close-up . mesti tak ada orang tau lagi . hehe . sesiapa nak beli butang baju Melayu ? boleh pergi usha kat Mydin , tak murah , mahal dari kerongsang -.- sebab tu aku tak beli pun . nanti la . esok la.lusa la. 




selain barang yang aku beli , aku tak tahu nak snap apa lagi . sorry gambar agak bosan . kenapa ubat gigi lagi mahal dari shampoo . nasib baik body wash ada lagi . kalau nak restock semua sekali, berdarah hidung  cheq . jenama shampu yang sekarang aku pakai auto conditioning -.- istilah mana aku kutip pun tak tau . sebab aku rasa macam loreal dah hampir habis , aku pun restock tapi rejoice saja la . tak mampu nak ber-loreal selalu . rejoice lagi best kalau ada conditioner sekali . aku rasa kali ni aku nak simpan rambut panjang lagi , agak-agak boleh cecah lutut okay la .  jadi kali ni , kita ada ahli baru , hai listerine bright & clean . bukan rupa gig saja penting , bau nafas tu penting juga -.- tiba-tiba . mouthwash ni boleh elak tartar pada gigi kita , sebab tartar tu buat gigi kita jadi kuning nanti . tartar tu apa ? aku salin balik saja apa tulis kat botol dia ni sebenarnya .tartar tu macam kuskus la .sebaik mana pun penjagaan mulut kita , bakteria tetap akan ada .bakteria yang bercampur dengan protein & makanan yang kita kunyah tu , terberanak lah dental plaque atau plak yang selalu diorang duk sebut dalam iklan tu .plak pulak boleh cenderung kepada cavity dan juga tooth decay , atau lebih teruk sakit gusi . kita kena faham , diorang semua jiran yang tercetus bila kita biar saja bakteria bergumbira dalam mulut kita .


sebenarnya masa aku tengah line up nak bayar kat kaunter express ni , aku ada terdengar satu bisikan , menurut bisikan tu , aku patut letak balik semua barang tu huhu. bukan nak merungut , tapi kenaikan harga barang sangat terasa , aku yang mangsa ekonomi pun sangat terkesan -.- oh Malaysia.sepatutnya aku dengar cakap beradik , balik Germany untuk dapatkan nationality sana . walaupun ayah ibu orang Malaysia .tiba-tiba anak germany. boleh macam itu .



Japanese melon walah..bagus shafiq , lepas Coconut Shake , yogurt drink pulak . yeah sangat berkesan untuk menaikkan berat badan dan kencing manis . tapi bukan selalu aku minum atau makan manis . tolak entri cheese cake mango tu -.-

Sebenarnya ada 2 items lagi yang aku tak letak dalam entri ni . lagipun 2 barang tu , aku beli dalam resit berasingan .dengan makna kata lain ,aku line up dua kali untuk beli ubat pulak. dua barang tu , satu supplement untuk muka , satu lagi ubat pelawas yakni untuk sistem penghadaman aku -.- aku sebenarnya fikir dua kali sebelum beli sebab aku bukan jenis orang suka makan ubat jenis kapsul , aku tahu tak bagus untuk buah pinggang aku , tapi aku dah beli , jadi , kalau tak berkesan , siap kau ubat . siap kau Mydin.

In case , if any , tertanya macam mana aku punya Panda Eye Challenge , aku tak ingat hari ni hari ke berapa , tapi akhir bulan 6 nanti , kira lengkap la challenge aku , dalam sehari aku roll kat bawah mata dalam 4 kali , setiap kali aku naik saja atas katil , mesti aku capai roll-on tu . aku ada cari jugak arahan penggunaan tapi tak ada mention pasal berapa kali yang ideal , so aku ikut suka aku . yes , ada pengurangan kesan syubhah tu , aku rasa sangat berbaloi , agaknya . kalau nak lendir tu keluar banyak , kita kena baring , pastu picit roll-on tu sambil sapu bawah mata . apa rasa lepas sapu ? rasa handsome . okay , rasa pedih yang manja , first time guna aku ingat rasa tu rasa berangin tapi lepas lama baru aku rasa pedih-pedih manja , kulit bawah mata kan nipis , senipis kulit bayi -.-aku rasa malas semacam nak tengok sekali lagi content Garnier Roll-On ni , sesiapa yang berminat boleh google sendiri , walah ayat ni selalu aku guna kat customer yang aku malas nak layan . " anda boleh google sendiri untuk tengok gambar dan specs model  tu ."


lepas aku penat exercise kaki dalam pelusuk Mydin , lepas line up 2 kali , aku pun berehat kat satu kerusi di ruang legar. macam cerpen tak bahasa aku. boleh la sikit. kerusi tu dikelilingi lot tumpang . faham sendiri la eh.aku tak tahu istilah untuk orang yang berniaga dalam hypermarket tapi tak ada kedai . promoter kedai cam itu kan selalu perempuan. ada la dua hamba Allah yang buka gelanggang lawan pandangan , dua lawan satu -.- aku tahu aku selalu kalah. mata pun tahu apa yang hati suka , bukan yang ada didepan mata , tapi yang jauh jugak masih bertahta , walah..puiihh. move on la..entah orang lain tak ingat kita pun




masjid tu dari jauh nampak kecik , dari dekat nampak besar . semua benda memang cam itu . tapi masjid ni special , aku nak akad kat sini . insyaAllah kalau tak ada masjid lain yang lebih cantik nanti -.-


gambar ni kalau close-up boleh nampak berekor-ekor lembu tengah minum petang kat tepi tasik tu . apakan daya , handphone cuma mampu call . itu pun dah berabad tak call pun . lembu-lembu tu tak tahu panas. atau sebab panas diorang semua turun tepi tu , untuk minum air . satu pesan aku dari kejauhan, jangan tergelincir sudah .aku ahli kelab renang tapi aku tak tahu berenang . sorry to say .






aku harap blog ini akan wujud sampai aku ada anak nanti . anak-anak aku boleh tengok tempat-tempat yang aku suka . " haa tengok puas-puas , ini la tempat ayah kau dating sorang-sorang dulu " . #foreveralone

 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be