silent reader(s)

Ada Lebih Ada Kurang

0 balasan ikhlas


sepatutnya bila diberi kelebihan , dan diberi juga ujian , itu pendekatan yang berkesan untuk buat kita tak terjerumus dengan kegembiraan sampai lupa diri . hari ni , lepas solat subuh , dengan kepala separuh melayang , ini kesan dari malam sebelum semalam , aku tak boleh pejam mata lepas tengok Safiey Ilias punya video . teruja gila nak jadi jutawan . sampai tak boleh tido ? tak lah . aku dituduh sesuatu , supplier aku . mungkin ada salah faham , salah aku juga kot . sampai pukul 3 pagi aku terangkan kat customer dalam whatsapp . customer tu okay , aku pulak sampai tak boleh tido . sebenarnya ada banyak hal lain yang aku fikir , aku bukan budak 18 tahun , even 18 tahun sekarang pun dah kena fikir macam-macam kan . bila aku tak tido malam , automatically kepala aku semacam . 

satu perenggan aku cerita pasal kepala aku saja . so , lepas subuh tadi dalam pukul 6 pagi , aku pun post iklan kat semua group bisnes Facebook . guess what , selepas berbulan-bulan aku post iklan , baru hari ni iklan aku dapat perhatian . aku tak tahu kalau ada orang masih tolong promote bisnes aku . aku harap tak . aku penat sangat rasa terhutang . okay , hari ni iklan aku dapat perhatian , kebiasaanya like pun tak ada weh , tapi hari ni macam lain sangat . messenger tak henti bunyi , whatsapp pun sama , post iklan tu tak henti ada saja orang komen minta aku hantar private message , ada juga yang bagi number telefon kat situ jugak .

orang ramai tanya , tak bermaksud diorang semua nak beli kan ? tapi bayangkan , tak ada siapa pun tanya ? aku percaya , tak mudah nak jadi popular . maksud aku , in a good way , untuk bisnes kita buat ni dipandang orang lain . aku percaya dalam bisnes ada step . kita takkan terus meletup . kita ada fasa . aku dah lalui fasa orang langsung tak kenal aku , dan mungkin aku masih dihantui fasa permulaan tu . tapi alhamdulillah , ada juga yang menaruh kepercayaan pada aku , dalam keadaan aku tak berapa famous ni . ada orang beli dari aku . itu lebih dari bagus , kan .

antara , lebih kurang 30 orang yang aku hantar private message lepas diorang minta , ada seorang pakcik yang bahasakan diri dia Acik . dia tanya aku cara nak jaga Iphone 6S , katanya anak dia baru beli , pastu dalam masa terdekat dia nak masuk universiti,cara nak jaga bagi iphone tak hilang dikebas katanya . alah.kahwinkan saja anak pakcik dengan saya -.- tahu la saya nak ajar dia jaga iphone dia . saya tolong jagakan pun boleh -.- tak , aku tak jawab camtu . aku cuma jawab turn on autolock dengan fingerprints , aku belum sahih lagi status sebagai pengguna Iphone , tapi aku jual kan , aku kena tahu jugak semua tu , aku pun menuntut ilmu percuma di Google . pakcik ni macam something , sebelum tanya soalan , pandai dia puji aku.huhu. aku pun rasa macam ada green light nak jadi menantu .


selain pakcik tu , ada lagi benda yang terkesan pada aku untuk hari ni .aku di bash . yes , Safiey Ilias dah cakap, nak jadi peniaga , tak boleh manja. tapi masalah aku tak tahan bila orang cakap aku penipu. serius aku tak tahan .hem . jum jumpa , aku pecahkan handphone hang tu .haa. kalau tak nak beli , sudah lah , kenapa nak datang buat ramai ? eh , macam cendawan busuk tumbuh selepas hujan pulak tu , lepas seorang datang , datang lagi dua orang . memang la , kenapa perlu fokus pada orang yang busuk kan ? 3 orang tu saja busuk , yang lain tak pun .for the very first time of my intire life , iklan aku dapat perhatian , dan dapat like hampir 100 likes,tons of comments .tons? puluhan saja . sebelum ni memang pernah dapat like 100 lebih tapi itu untuk status jiwang aku zaman dolu-dolu tu , bukan pencapaian pun .



yang paling aku suka , ada jugak jejaka-jejaka Malaysia datang support aku si jejaka Germany. -.- even they dont even know me. betul la, ramai mana wujud orang tak sukakan kita , masih ada lagi yang sukakan kita . sama jugak orang yang percaya kita , dengan orang yang tak percayakan kita .seramai mana orang yang sia-siakan kita, seramai itu juga ada orang lain yang boleh hargai kita . jangan risau. fikir yang baik-baik saja. bila kita mula redha dengan apa yang dah berlaku , Allah akan buka satu persatu hijab hikmah didepan mata kita.insyaAllah.



itu saja cerita aku nak mengadu hari ni. aku ada keluar jugak tadi . sambil mata tak lepas dari skrin handphone , layan soalan punya  banyak dari customers. harap masa dan usaha aku terbayar. harap ada yang terbuka hati untuk beli . kalau tak ada pun , bukan rezeki lah. aku layankan saja semua sama rata. sorry lah kalau ada yang sampai bertekak dengan aku dalam whatsapp tu. tak apa , kita gaduh-gaduh manja saja . jangan disimpan dalam hati tau makcik. makcik pun minat nak tau pasal ipong tau,jangan ingat remaja sja -.- makcik tu dengan aku bertekak sampai dua-dua terkeluar bahasa English .serius lawak kalau aku dapat tunjuk kat sini. overall , semua okay lah. aku tak sabar nak puasa. dan nafsu makan aku dah surut. aku terdorong pasal makanan bila otak aku tak bekerja .hari ni otak dan jari sangat bekerja , nafsu makan tak dilayan ,sorry.
 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be