silent reader(s)

Menu Rawan Hati

0 balasan ikhlas

 



alhamdulillah . walaupun kurang suka makanan dihidang dalam mangkuk plastik . tapi nak buat macam mana dah order pun . lagipun aku teringin bihun sup sebenarnya . walaupun mangkuk tu warna oren , selera aku tak semeriah warna mangkuk tu . first and last aku try kedai ni .makin rawan hati aku lepas makan kat kedai ni -.-



bajet escape from hectic city tak pemandangan belah kanan kedai ni ? sambil makan menu yang tak berapa sedap ni boleh tengok tumbuhan hijau sebelah kanan tu kan . tak payah hijau sangat , itu bukan alam , itu hutan depan rumah orang . belakang rimba tu ada rumah orang tau dak ?


tak payah duk ' escape from hectic city ' sangat , sebab belah kanan dia jalan raya -.- lain kali sila jangan terpengaruh dengan suasana dalam fikiran aku nah .


kedai ni milik orang Indonesia. kalau boleh nampak menu tu , ada satu nama menu Rawon kalau tak silap . ada Mee ayam , Pecal Lele , Dedek apa tah yang aku tahu dedek tu itik bagi orang Indonesia . Rawon tu nak sama la dengan rawan hati . siapa yang sedang alami rawan di hati boleh try kedai ni . rasa Rawon mungkin pedas , kalau rawan rasa pedih .


sementara menunggu kuew tiao ayam aku siap , aku sempat main susun kad atas meja . sekali pandang , belakang kad pengenalan tu macam aku sign sendiri tak . tiada sebarang gadget berjenama Apple sepanjang pembikinan gambar censored ni . siapa selalu isi minyak kat Shell ? kita geng . Petron bila terpaksa saja . Petronas ? masa tank betul-betul empty . masa aku susun kad tu atas meja , makcik tu pandang macam aku tengah cari duit tersorok -.- 

Bulan Kelahiran Aku Menurut Kalendar Hijrah

0 balasan ikhlas


credit to shafiqolbu



Jamadil Awal (جمادي الأول)

Jumadilawal atau Jamadil Awal adalah bulan ke-5 di dalam kalendar dan Takwim Hijrah. Ada 5 bulan yang namanya ditetapkan mengikut keadaan musim yang berlaku di bulan tersebut iaitu Rabi’ul Awal, Rabi’ul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Akhir dan Ramadhan. Jamadil Awal merupakan bulan pertama dan permulaan musim sejuk, di mana bulan ini menandakan ketibaan musim dingin yang akan berakhir pada Jamadilakhir.


Pengertian

Jamadil Awal (Jamada al-Awwal) membawa pengertian bulan pertama musim sejuk dan permulaan musim dingin. Dari segi bahasa, ‘Jumad’ bermaksud kering atau beku dan‘Awal’ bererti pertama.

Penamaan Jamadil Awal kerana dalam bulan tersebut orang Arab pada zaman dahulu bertembung hari-hari musim sejuk yang begitu dingin dan terjadi kekeringan air atau bekunya air. Pada ketika itu semua parit, telaga, sungai dan lembah lebih menyejuk, menjadi kering (mengeras)dan beku.


Sejarah Penamaan Bulan Dan Takwim Hijrah

Bulan pada tahun Hijrah bermula dengan Muharam dan tahun Masihi bermula dengan Mac pada asalnya. Nama Muharam diberikan orang Arab terdahulu kerana di dalamnya dilarang peperangan selepas pelaksanaan haji pada Zulhijjah. Sedangkan Mac adalah nama tuhan perang orang Rom.

Jika diperhatikan sejarah penamaan bulan dalam tradisi Masihi dan Hijrah dan tahun lain kita dapati semuanya menggunakan bulan sebagai asal pengiraan masa. Pada mulanya bulan pada tahun Masihi hanya 10 bermula dari Mac hingga Disember yang bermakna hanya 10 bulan sahaja. Mereka menambah Januari dan Februari ke dalam ‘Ystemr’ kerana pada dua bulan itu tidak ada kegiatan kehidupan bermakna dan bulan berkenaan adalah musim sejuk.

Pada waktu itu bulan Januari dan Februari adalah musim dingin (jumad atau “beku”), maka orang Arab menamakannya sebagai Jumadil-Awwal dan Jumadil-Akhir.

Bulan pada Hijrah dari awal berjumlah 12 seperti diajarkan Nabi Syits dengan ketetapan Allah SWT. Ketika orang Arab terdahulu hendak menamakan bulan, mereka sepakat awal tahun dimulakan selepas selesainya pelaksanaan haji pada Zulhijjah supaya mudah diingati kerana ibadah itu adalah penyatuan bangsa Arab yang mengikuti ajaran Nabi Ibrahim AS.

Pada kalendar Kaum Tsamud sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Azdi, Rabi’ul Awal dinamakan sebagai ‘Murid’. Dalam kalendar sebelum kedatangan Islam, daripada riwayat Al-Bairuni, Rabi’ul Awal dikenali sebagai ‘Khawwan’ dan daripada riwayat Al-Mas’udi pula ia dikenali dengan nama ‘Thaliq’.


Sejarah Permulaan Kalendar Hijriah

Kalendar Qamariah yang mereka kenal sejak zaman dahulu, sama dengan kalendar Qamariah yang berlaku ketika ini. Dalam satu tahun, ada dua belas bulan dan awal bulan ditentukan mengikut terbitnya hilal (bulan sabit pertama).

Allah SWT menghiasi kehidupan alam ini dan menetapkan kejadian langit dan bumi dengan 12 bulan sebagaimana Firman-Nya:

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللَّـهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّـهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ ۚ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ ﴿٣٦﴾


“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (okum) Allah ialah 12 bulan, (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah, semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya 4 bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiayai diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah, sesungguhnya Allah bersama orang yang bertaqwa.” (Surah at-Taubah; ayat 36)


Perbezaan Nama Bulan Pada Kalendar Qamariah


Sejak dahulu, sebelum datangnya Islam, Bangsa Arab telah menggunakan tahun Qamariah. Hanya tidak semua masyarakat jahiliah di seluruh Semenanjung Arab sepakat dalam menentukan kalendar tertentu, sehingga pentarikhan mereka berbeza-beza. Meskipun begitu, mereka mengenali kalendar Qamariah dan mereka menggunakan konsep ini untuk membuat pentarikhan bagi suku mereka masing-masing.


والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)


Semoga seorang hamba yang dilahirkan dalam permulaan musim dingin ini membawa nama bermaksud baik hati & penyayang dengan sebenar-benar pengertian dan dapat mendinginkan dunia dengan sekecil-kecil kebajikan berpanjangan , aamiin.

Kesesuaian Warna Baju Mengikut Hari

0 balasan ikhlas





RABU MISSING IN ACTION
 -.-








Panduan bagi yang bekerja dan tiada uniform kerja . yang belum ada kerja ? pakai saja warna hitam hari-hari .

First Time Dapat Bunga

0 balasan ikhlas



Orang cakap kita selalu akan ingat semua perkara yang pertama kali jadi dalam hidup kita . since aku tak ingat mana satu cinta pertama , aku cuma ingat orang pertama dan satu-satunya perempuan yang pernah bagi aku , bunga . as far as my memory could remember , she was the one and ever?. bukan semua orang pernah dapat bunga time sekolah kan . tambah-tambah time hari kantin sekolah -.- its called Apple Love Delivery . seingat aku , Persatuan Bulan Sabit Merah yang kelola program tu . 

Sebenarnya , time budak sekelas aku tu datang cakap "ada orang bagi bunga kat hianngg" . aku tak percaya pun . walaupun dia yang bertugas buat delivery masa hari kantin tu . dia siap petik nama seorang budak kelas kami , clearly lagi aku nervous -.- sangat . sepanjang zaman sekolah cuma dua nama yang pernah dikenen atau aku pun tak pasti istilah tu , macam budak kelas suka mengusik la . padahal mana ada apa .aku budak paling diam dan baik dalam sekolah . hem . yang pasti , dua-dua aku tak minat . aku pernah minat sesiapa ke .
Selalunya delivary bunga mesti datang dengan kad kan . memang pun . aku ambik bunga dengan kad , dengan rasa malu menebal bak perut kerbau , terus aku jauhi orang ramai dan makanan untuk cari ruang privasi . dengan rasa tertanya-tanya , atau buat-buat tertanya-tanya , aku pun baca kad tu . hampeh.

She was the only friend yang suka bagi hadiah kat aku macam pasangan kekasih . aku tak pernah rasa apa-apa pun , sebab dia memang jenis kawan yang prihatin . mungkin dia nampak muka aku macam laparkan bunga .masa waktu balik, aku tunggu dia , sekadar nak tanya kenapa tak bagi coklat .bunyi soalan macam tak tahu bersyukur eh.dia cakap dia tak tau aku nak coklat -.- she was and still my one best friend till now, selain bunga , dia pernah hadiahkan aku patung beruang masa dia jalan-jalan ke Kelantan -.- aku tanya dia , kenapa tak bagi keropok lekor ,aku kan utamakan makanan dulu. dia cakap,selalu kalau kami pergi mall dulu , aku selalu tengok kedai bear . adeh . dia tak tahu kot aku sebenarnya survey untuk awek -.- masa tu la . 

See , how sweet friendship i was gifted . we do love each other , but really.a real friendship .tak selalu berhubung, kadang-kadang bertahun diam tanpa berita.yet we're still befriends.and  it was quite frustrating that i cant make it up to attend her engagement day . i know i'm a bad friend .kalau la dia tahu , aku tak sengaja tak datang . hem . 
 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be