silent reader(s)

Spesies K

0 balasan ikhlas






assalamualaina waabadilah hisolihim..alhamdulillah , tengok langit tu , redup . sebelum ni hampir beberapa bulan kita dilanda El Nino kan ? ramai yang mengadu bil elektrik naik , ramai yang merungut duit gaji habis sebab rajin pergi stesen minyak sebab nak tumpang air cond situ , dah masuk stesen minyak tahu-tahu la kan tak sah kalau tak borong cikedis , ada yang risau gemuk air sebab cuaca panas buatkan diorang minum banyak air , hish.. macam-macam lagi lah karenah orang Malaysia ni . tengok aku , aku tak merungut apa-apa pun -.-

nah..close-up ambik hang..(supaya tiada isu super-imposed)

alhamdulillah dua tiga hari kebelakangan ini , hujan sering melanda kita berdua , mereka bertiga , kalian berempat , dan lain-lain lagi . apa yang sinonim dengan hujan ? ya , hujan itu rahmat dari Allah . tumbuh-tumbuhan perlukan air , seperti pujangga perlukan cinta, kadang-kadang air dalam simpanansedia ada kita mana cukup nak salir ke tanaman komersial macam padi kan . hujan sangat membantu simpanan air negara kita . 

for real , apa lagi fenomena yang sinonim dengan hujan ? like kedatangan sesuatu spesies sebelum hujan . datang bersayap , tapi pulang berjalan kaki ? come one guys . teka la . malas betul , jangan biar kognitif kita tak buat kerja , nanti lama-lama tak berfungsi baru ada akai. yes.. kekatu . disebabkan hormon rajin tersuntik masuk dalam saraf hari ni, aku pun nak bersihkan rumah tumpangan ni sebersih-bersih , sesungguh-sungguhnya . siapa yang pernah sapu sayap kekatu ? korang mesti tahu betapa mencabar kerja ni . sayap-sayap berjuta lemon tu kalau disapu , bukan nak masuk betul-betul dalam penyodok kan . dia melayang-layang umpama salji . kena sapu lembut-lembut , aku berjaya . yeah. kali ni bila mop lantai , nikmat lebih puas sebab , no more sayap kekatu !



cuba lihat dengan teliti , jangan guna mata saja , guna mata hati sekali -.- apa yang terzahir di dalam gambar tu ? itu bukan tart telur mahupun egg tart , itu adalah sebelah jiwa aku . semalam aku fikir full price jiwa aku RM 10 , rupanya sangkaan ku sungguh meleset . jiwa aku hanya RM 5 campur RM 1.50 . RM 6.50 je ? sama harga dengan Thailand Drink Big Cup -.- haihh..macam-macam. aku dah lama tak jumpa egg tart , lagipun diorang saja letak kat kaunter , tahu tu aku tak tahan godaan . tangan pun menyempat saja capai . nafsu makan membuak-buak umpama ikan keli yang kelaparan di dalam kolam yang terlompat-lompat menagkap dedak diatas permukaan air fuhh bersungguh betul aku bagi perumpamaan yang agak tak sesuai .tolong jangan betulkan skrin laptop anda ,anda tak salah pandang, memang egg tart ni dihidang atas bag laptop -.-



sebenarnya dah lama aku simpan soalan ni . kenapa tagline kat kipas tu macam tu ha ? bagi aku , tak best la tagline untuk brand ada letak 3 titik . aku tak puas hati sampai sekarang , dan tiap-tiap kali aku ternampak kipas tu . print saja A Malaysia World Brand tak boleh ke ? aku tak suka betul ayat A World Brand..From Malaysia .

Konklusinya , ada 2 spesies K yang aku kurang suka , yang pertama aku dah mention diatas , si dia yang datang bersayap pulang berjalan kaki . yang K kedua ? Korang la . -.- okay aku cuba buat lawak . K kedua , bila aku tengah expecting a particular whatsapp/message from someone , tiba-tiba datang masuk notification, dengan terujanya aku nak buka ,rupanya supplier tengok-tengok whatsapp tu berisi K saja . rasa hampa gila . tapi tak apa la , aku tak ambik hati sebab dia supplier , K tu dah lali dari dia . yes i do expecting from someone that wont do , even the K. 
 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be