silent reader(s)

Panda Eye Challenge

0 balasan ikhlas



30 Days Vlog Challenge , Yoga Challenge , Spicy Korean Noodles Challenge , aku tak berminat nak sahut semua challenge tu ! huh. so aku buat challenge aku sendiri , instead -.- dengan tercetusnya challenge ini sesiapa yang baca entri akan tahu aku ada masalah . semua orang ada masalah . of course aku ada masalah jugak . bayangkan orang yang berkulit tona agak cerah pastu ada panda eye -.- sangat tak sesuai untuk raya . sebenarnya misi aku bukan lah nak se 'handsome' Safiey Ilias . He just amazing guy . sebelum dia tido pun  dia pakai cream malam tau , aku tak mampu nak afford krim malam , krim siang ,krim petang , toner , semua benda alah untuk penjagaan muka . dia jutawan , aku berlawanan dengan jutawan -.-

Aku tak tahu kenapa 2,3 hari ni aku peduli sangat pasal muka aku . in detail , bahagian bawah mata . macam dalam entri sebelum ni aku ada cakap , aku sendiri tak tahu eye bag ni wujud atau sekadar imaginasi aku . sebab aku rajin berpanas sekarang , dan ya aku tak pakai apa-apa cream UV protection -.- kalau google pasal punca eye bag ada yang kaitkan dengan stress , kurang tidur , pemakanan , produk muka yang tak sesuai . 

Seriuosly speaking , aku bukan orang yang rajin menghiris timun untuk letak dimata , menghiris timun untuk dimakan bersama kuah rojak , yang itu aku rajin . bukan lah aku tak percaya atau kurang yakin dengan petua semula jadi , cuma petua semula jadi selalunya makan masa , perlu konsisten dalam pengamalan petua , fuhhh konsisten amik kau . aku dah terbawa-bawa ayat interview kat sini .

Faktor seseorang itu boleh ada eye bag seperti keturunan , usia , tidur , gaya hidup , dehidrasi , penyakit Anemia , usha skrin laptop lama , stress .

Kalau bagi aku , keturunan aku tak ada panda , semua manusia Alhamdulillah . aku rasa memang tak ada , ayah tak ada , semua tak ada lah eye bag . bebas eye bag ! wuhuu. usia ? aku muda belia lagi , jangan pernah cakap pasal usia . gaya hidup aku macam biasa la , ya pasif ! dehidrasi ? kalau aku tak sembelit , mesti aku cirit , bak kata pantun aku , dua tiga kucing bersilat , sistem penghadaman aku tak pernah sihat .aku tak ada masalah dengan pengambilan air setiap hari,rasanya. aku tak pasti kalau aku ni penderita Anemia , tapi , orang yang menghidap Thalasemia akan cenderung untuk ada penyakit Anemia jugak ,pesakit Thalasemia kena reduce certain makanan yang kandungi iron , at the same time , orang hidap Anemia adalah golongan yang kekurangan iron dalam badan . nampak tak kaitan dia ?kesian kan orang yang ada Thalasemia ni , penyakit macam pakej . aku tak tahu tahap aku sekarang . biar lah tak tahu , dari tahu kan ? bab usha laptop lama tak boleh nak kata apa la , tapi aku tak buka laptop selalu , aku bukan pencinta drama Korea -.- stress ? aku taip perkataan stress pun dah rasa stress , boleh aku hapuskan perkataan tu dari muka bumi ?

Bagi sesiapa yang ada eye bag tahap tak mampu keluar rumah , takut orang tersalah cam manusia atau panda tu , boleh la cuba cara semulajadi ni , kalau tak rajin , beli la Garnier Multi-action Brightening Eye Roll-On , dalam masa 14 hari  bawah mata akan nampak lebih bercahaya , within 28 hari akan nampak berkurang eye bag , tolong faham ya aku cuma tulis balik apa yang ada belakang kotak dia -.-

Okay , ini cara semula jadi untuk hilangkan lingkaran gelap bawah mata , orang yang ada lingkaran tapi tak berapa jelas atau masih peringkat syubhah macam aku sedang alami , sesuai buat cara semula jadi sebab eye bag belum tahap serius lagi kan ? tapi kena rajin amalkan tekap mata dengan teh hijau yang dah direndam air panas , yang dalam kantung tu tau . ataupun hiris timun dan letak kat mata , cara ni boleh beri sensasi dingin pada mata korang dan menenangkan , amalkan lah setahun untuk tengok kesan dia ya . insya Allah.

Kalau kurang rajin , pergi watson yang terdekat , harga watson selalu dalam range tak membunuh mangsa-mangsa ekonomi macam aku -.- RM 23.20 untuk 15 ML . yeah , pengorbanan untuk raya yang gemilang dari biasa . kalau kat Aeon , harga around RM 26 something . untuk produk penjagaan muka , badan , range harga watson tak pernah lagi mengecewakan , setiap bulan diorang ada promotion . aku bukan anak tauke watson , juga bukan pemegang kad watson , sekadar propose cadangan untuk korang yang nak cari tempat harga tak membunuh untuk penjagaan muka , sebab aku pun baru tahu -.- ke semua orang dah tahu ? tak apa la , bukan selalu nak propose . kalau nak beli nenas, noodles , baju , yes Tesco harga okay , tapi untuk penjagaan diri dengan perfume elok pergi survey kat watson -.-

Yes aku dah ready untuk handsome dari biasa , dari Charlie Puth , dari semua abang-abang sado walaupun aku tak sesado itu -.- fuhh
 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be