silent reader(s)

Jangan Buat Teruk Boleh

2 balasan ikhlas





Dalam suasana hujan , rasa nak luah rasa tidak puas hati , mostly yang banyak mengarut saja -.- layan lagu syahdu pulak..mula rasa nak tarik selimut..tapi sebelum tarik selimut , kena mengarut dulu..ini satu-satunya medium untuk mengarut pun . sambil layan Audition British Got Talent , perlu ke aku detail kan semua aktivit aku kat sini -.-

Sampai ke hari ni aku tak puas hati tiap kali tengok drama Melayu yang selit loghat negeri-negeri belah utara , especially Penang of course . cara penyampaian , lenggok percakapan , sebutan , kenapa melampau sangat tak tau . Mok Cun ? yang itu toksah duk habaq. orang Kodiang tak teruk lagu tu nah . tapi tak dinafikan ada komuniti kecil yang masih cakap lebih tapi tak selebih dalam drama , itu sudah terlebih .

Jadi aku , sebagai wakil orang Utara sebelah , bukan semenanjung sebelah , cuma nak berkongsi perkataan dalam dialek orang Utara nah , sat nak refresh balik . confirm koleksi perkataan dalam kepala bana aku ni hampa semua yang bukan orang Utara tak pernah dengar punya , yakin habis ni


Tahaq


Dah lama aku tak dengar perkataan ni tapi masa pagi tadi aku ber-whatsapp dengan abang yang jauh di negara asing , dia sebut tadi , dan mungkin sebab tu juga tercetus ilham untuk merapu dalam topik dialek kali ni -.-


Tahaq ,halang atau tahan  , maksudnya tahan seseorang dari buat sesuatu,atau seseorang tu sendiri buat pada diri dia sendiri . contoh , aku tahaq dia makan 3 hari , sama maksud aku halang dia dari makan selama 3 hari .

Punggai

sekali baca macam Tamil Nandu punya bahasa daa . contoh , " apa tengok-tengok ? nak kena punggai dengan kayu ka ? "

sama maksud dengan baling , campak , lempar


Belebau


" budak tu tiap-tiap hari kena belebau dengan ayah dia , nakal sangat kot " , sama maksud dengan pukul



Cukup lah 3 perkataan dalam dialek orang utara nah , tak perlu banyak. banyak-banyak nak pergi mana ?kalau ada blogger utara yang nak tambah perkataan dalam entri ni , boleh tinggal tang komen , nanti aku update entri ni :D nak kedekut pergi mana ?

 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be