silent reader(s)

DNA Siapa Penentu IQ Anak Kita

4 balasan ikhlas




Assalamualaikum .

Ketinggian anak ? 70% ketinggian anak adalah dari ibu bapanya . 35% dari ibu , 35% dari ayah . jika kedua-dua orang tuanya tidak tinggi , maka 30% ketinggiannya dari usahanya sendiri .

Kecerdikan si manja ? 50% - 60% cerdasnya otak anak kita , eh kita , huhu , iklan jap , okay sambung balik , kecerdasan minda anak diwarisi dari ibunya . jika anak tak cerdik , yeah , salahkan isteri anda ! hohoho. gurau saja , jangan ambil hati . hati saya sudah diwartakan untuk dia saja . wah sempat masuk pickup line .kecerdasan minda manusia dipengaruhi chromosome X , disebabkan perempuan memiliki 2 chromosome X , kecerdasan otak ibu tersangatlah penting . ikut formula ini untuk zuriat yang bijak :

jika anda adalah lelaki , dan sedar diri anda kurang bijak , maka cari lah perempuan yang bijak untuk dinikahi

jika anda adalah perempuan , dan rasa IQ anda kurang sikit , maka usaha lah lahirkan anak perempuan , sebab kurangnya IQ anda akan beri impak yang kurang baik pada zuriat jika dia lelaki

bab cerdik ni panjang la pulak , baca lagi ni , jika anda perempuan yang kurang IQ dan menikahi seorang lelaki yang bijak , ehem , tetap juga kecerdasan pasangan anda itu takkan diwarisi kepada anak . selain itu , jika anda berkenalan dengan lelaki yang bijak , ketahuilah ibunya juga bijak dan mungkin who's in charge !

bagi perempuan yang kurang IQ , rasanya jika amalkan surah Al-Quran yang disyorkan :


afdhal dibaca setiap kali selepas solat fardhu dan dihembuskan ke perut ibu , selalu berkomunikasi dengan anak walaupun masih di dalam rahim , sesuatu yang sudah mempunyai roh nescaya akan dengar setiap percakapan kita , maka itu kita digalakkan jaga adab , bukan ibu saja tapi ayah juga semasa bayi di dalam rahim lagi . alah caption jadi panjang,sorry.

walau Israel rejim zionis sangat zalim , namun ada satu aspek mengenai mereka yang menjadi salah satu rahsia mengapa mereka sangat berkualiti walaupun rakyatnya sedikit . orang Israel mengamalkan perkahwinan golongan bijak dengan bijak . contoh , lawyer akan berkahwin dengan seorang doktor demi menjaga kualiti zuriat mereka .

Sifat si comel ?part yang ni harus di bold-kan tulisan tahap gaban . anak banyak mewarisi sifat dari ayahnya . pengaruh dari ayah sangat besar dari ibu . kalau tak , tak wujud lah ayat ni dalam drama Melayu , " perangai sebijik macam bapak kau , kalau keluar rumah tak ingat jalan balik ! ".hanya drama.

Wajah dan Rupa ? warna kulit . Jika anda berkulit cerah , pasangan anda berkulit gelap , warna kulit anda berpotensi di tengah-tengah . bentuk mata . anak akan mewarisi mata yang besar sekiranya salah satu orang tuanya memiliki mata yang besar juga .warna mata . jika anda bermata biru , pasangan anda miliki mata berwarna hitam , anak anda takkan mewarisi mata biru .

Tak salah merancang perkara yang baik untuk kebaikan zuriat kita . rupa mungkin tak penting . tapi anak-anak yang cerdik kan penyambung syiar Islam nanti . huhu. selamat malam. semoga bermanfaat .
 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be