silent reader(s)

Badi Hadiah Penyebab Perpisahan

0 balasan ikhlas



Masyarakat kita tentu dah terbiasa dengan perkataan badi , kan ? ikut yang aku faham sendiri , badi itu sama dengan sial , maaf kalau aku salah. selalu yang kita dengar badi mayat , badi monyet , badi buaya , ya buaya betul bukan darat mahupun udara. tolong gelak. tolong gelak. aku sedang berjenaka hambar.

Kalau sebut pasal hadiah , siapa tak suka hadiah ? barang percuma di era gst , siapa tak nak kan. mari kita selongkar maksud badi hadiah yang aku maksudkan . ideologi ini sampai ke pengetahuan aku secara tak formal ya , bukan semasa di ipt dulu . orang yang beritahu itu pun bukanlah muda , pangkat makcik sudah.

Sebelum kita selami topik yang tak sepenting isu pengantin 15k ini, suka untuk aku bercakap soal badi mayat. dikatakan badi mayat semasa kita menziarahi orang yang meninggal dan arwah mempunyai ilmu hitam ataupun semasa hayatnya berdamping makhluk halus .once dia meninggal , peliharaannya itu akan berkeliaran di sekitar rumah dan tak mustahil ia akan cuba berdamping atau mengacau orang yang menziarahi tuannya. tetapi , bukanlah semudah itu ia akan terjadi . cuma seseorang yang dalam keadaan terlalu sedih , terlalu gembira, terlalu marah , terlalu takut saja menjadikan diri sendiri mangsa yang sempurna untuk didekati.

Jika badi monyet pula , dikatakan terkena pada orang berburu atau menganaiya monyet di hutan. orang yang alami badi monyet akan berkelakuan seperti monyet , agaknya lah. badi buaya pun sama , untuk orang yang memburu buaya . tapi kelakuan buaya seperti apa ya? mengorat buaya-buaya betina kah.

Badi hadiah yang aku maksudkan , certain barang yang dikatakan tak sesuai untuk diberikan sebagai hadiah. pernah dengar tak ? terutama sekali buat pasangan bercinta. tegas aku disini untuk katakan , aku tak percaya badi hadiah penyebab perpisahan . barang tiada kuasa , tiada perasaan , bagaimana mungkin boleh jadi asbab sepasang kekasih berpisah kan. 

Walaupun begitu , aku pun tak dapat lari dari hadiahkan certain barang tu, plus , diluar kepercayaan aku sendiri untuk letakkan barang-barang tu sebagai forbidden gift to give. ultimately, aku pernah hadiahkan sapu tangan , dan kami pun selamat berpisah beberapa tahun lalu. besides that, baju. selamat juga berpisah. dan top gift yang memang dikatakan tak bagus adalah kasut . aku pernah hadiahkan kasut dan pernah terima hadiah kasut , amazingly , selamat juga berpisah. dan after all this while yes aku masih percaya, badi hadiah tak wujud. tapi tak nafikan , sedikit di hujung hati tu ada rasa takut untuk hadiahkan apa-apa yang bawa tanda awal perhubungan yang takkan lama . shafiq ,shafiq, dalam tak percaya, kau percaya sebenarnya..oh tidak. katakan semua ini hanya mimpi dusta!

Kalau terlintas di fikiran kau untuk hadiahkan kekasih kau sepasang kasut untuk annivesary mahupun birthday dia , jangan lah kau biar entri ini membantutkan niat mu. pendek panjang jodoh kita dengan seseorang , bukan pada barang letaknya validity period. entri ni khas untuk orang yang masih percaya ada certain barang bawa maksud malang untuk diberikan pada seseorang . masih banyak lagi idea yang betul , yang lebih layak mengisi ruang kepercayaan kita , kosongkan lah ruang untuk badi hadiah itu . hoho. selamat petang !
 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be