silent reader(s)

Troll Facebook Status

2 balasan ikhlas





Memandangkan tiada siapa pun berminat untuk tanya pendapat aku untuk isu pengantin 15k mahupun el nino mahupun iphone SE ,mahupun isu TMJ dengan Dato' Vida,mahupun lain-lain isu semasa, aku pun rasa murah hati untuk memberi sepatah dua kata sebagai respon untuk beberapa status facebook yang agak memancing-mancing aku yang tengah bosan .

Status : Abad nie sayang tu memang murah ke ?

Jawapan : sayang, bukan 'sayang' yang murah abad ini , tapi nilai manusia dan kemanusiaan yang semakin hilang harga , andai kita ada jodoh berdua , awak akan nampak sayang kita tak murah -.-


Status : Gigi anak mm,dah tumbuh lagi.Dua sekali tumbuh gigi atas,hebat sungguh anak mm nak cepat" makan daging nih.Umur 3 bln1/2,gigi bawa dua sekali tumbuh.Sekarang gigi atas tumbuh kurang 3 hari umur 6 bln.

Jawapan : Mama , tolong la jangan hebat-hebatkan anak tu . anak kucing belakang rumah papa keluar-keluar dari rahim terus mamah daging burger , papa tak update status facebook pun -.-


Status : Sape ada instagram meh bagi..semangat nak follow

Jawapan : hey bro , kalau aku bagi insta aku , kau nak unfollow lepas follow tak ?kalau ya, tak payah. sebab aku guna unfollowers detect tu.


Status : Sekolah Menengah Agama Islamiah Papar. Melawat kawasan sekejap. 7 tahun sudah berlalu rupanya selepas tingkatan 6 2009 dulu. Rindu zaman2 "UNIC" di sekolah tau. Hahaha


Jawapan : kalau 2009 zaman UNIC , sekarang 2016 zaman kak sibuk ngelap gigi palsu eh -.- ke kak sibuk kira gigi anak kak macam mama diatas tu.macam tak sesuai saja nak jawab status ni.


Status : Always hari2 sayang... with imah rahim

Jawapan : sudah-sudah lah..nikah saja lah


Status : Bersyukur lah mak ayah besarkan diri ini dengan cara hidup sederhana
Bukannya mewah jadi aku tahu erti usaha sendiri dan hargai kehidupan 

Jawapan : status awak secantik rupa awak ..tapi sayangnya kening awak petak -.- bukan idaman


Status : Lelaki kalau sembang tentang hantaran memang tak mampu je memanjang. Tapi cuba sembang tentang nak kahwin lagi, tetiba je jadi mampu. Viral tentang duit hantaran sekarang kita jadikan iktibar. Moralnya.. ukurlah baju di badan sendiri.

Jawapan : pasal pengantin popular tu..no komen sebab tak tahu menahu..surat khabar bukan boleh percaya sangat..ukur baju memang selalu padan , kena ukur tebal duit sebenarnya -.-


Status : Title sbg "Student" xlame lg akn beralih kpd "pekerja"..tp titlle "Single" mgkin akn lame lagi tuk beralih kpd "Married"

Jawapan : sama lah kita . wah ada jodoh .


Status : Bila kita redha dengan sesuatu yg telah mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan gantikan dgn sesuatu yg tidak kita jangka

Jawapan : Awak , saya rasa saya dah jatuh hati dengan status awak.


Status : Kadang, Kita Perlu Terima Yang Tak Semua Benda Boleh Kekal Selamanya

Jawapan : tiada duka yang abadi di dunia , tiada sepi merantai mu selamanya , malam kan berakhir , pengganti akan hadir , semua akan indah pada akhirnya . ehehe -.-


Status : Blik mkn kt uma mmg sodap...alhmdullilah knyang..

Jawapan : sedap sebab tak perlu keluarkan duit -.-



Status : Bila nak baca buku ni laa rasa mengantok bila tengok drama korea berpuluh episod tak de pula nak mengantok


Jawapan : dusta. kau memang suka tidur. jangan buruk-burukkan buku.


Status : 'Setitik air mata yang jatuh kerana mengenang dosa itu lebih baik...' ,'Dari sebaldi air mata kerana putus cinta ajnabi...'


Jawapan : move on itu sukar tapi resultnya indah

Status : Mak pesan carilah bini yang hantarannya RM14999 ke bawah, kalau RM15k nnti jenoh nak bersilat pulak hahahaha

Jawapan : dusta .mak kau tak pesan. kau saja buat status tu sebab nak like banyak-banyak. tak baik la make fun pasal isu tu. tak habis-habis nak parodikan semua benda -.-


Status : Pejam mata...Maafkan semua orang.Dan lepaskan semuanya.Moga hati ini tenang...

Jawapan : macam mana saya nak tenang, tiap kali saya lelapkan mata, wajah awak akan hadir..tapi jangan risau , saya cuba baca ayatul kursi. InsyaAllah mudah-mudahan dijauhkan.

Resepi Tundukkan Sayang

2 balasan ikhlas

gambar curi nih..






Bahan - bahan

5 ekor sotong putih
2 ulas bawang putih
Sedikit daun kari (sayang aku suka daun kari , jadi ,kena letak dalam kuantiti banyak)
5 biji Cili Padi
Sedikit susu cair
1 biji telur (pastikan telur ayam yang belum disenyawakan)
Sedikit Tepung Goreng Serbaguna
Mentega (jenama Pelangi paling ekonomi,perlu bagitahu)
2 biji Telur Masin (kuningnya sahaja,jika ada biru,jangan dibuang,sila hantar ke makmal forensik)
Garam/Lada sulah (sayang aku spesies tamak haloba,jadi aku perlu masukkan kedua-dua sekali)

Cara - cara

Basuh sotong bersih-bersih dan potong ikut suka hati.

Rebus sotong dengan sedikit air sehingga lebih kurang empuk. Toskan dan ketepikan.

Cincang 2 ulas bawang putih dan potong 5 biji cili padi tadi kecil-kecil

Daun kari jangan lupa dileraikan dari batangnya.

Sotong tadi dicelup kedalam bancuhan telur dan digolek-golekkan di atas tepung goreng serbaguna.

Deep Fry kan sotong tersebut untuk mencapai kerangupan yang klimaks. kalau tak ada deep fryer guna periuk sudah , jangan mengada pinjam jiran punya.

Dah siap sila letak tepi. jangan curi-curi makan konon nak test masak ke tidak -.-

Then, ambil 2 biji kuning telur masin dan kukus selama 5 minit. Lepas itu, lenyek-lenyekkan.

Panaskan kuali, masukkan sedikit mentega ekonomi kau

Tumis bawang putih, cili api dan daun kari sampai hidung kau berdarah sebab bau sedap nak mamfus

Masukkan kuning telur masin,garam sedikit,lada sulah.

Kacau hingga sebati dan masukkan 2 sudu besar susu cair.

Tunggu sehingga mendidih dan agak berbuih, masukkan sotong yang dah digoreng tadi.

Kacau sehingga rata dan siap untuk dihidangkan.

Biarkan saja dapur kau bersepah..nanti ada jin tolong kemaskan.


Akhir sekali , sayang aku pun seakan tak tahan lagi dan mula berkeroncong deras sudah ni, diharap bersabar wahai usus , resepi ini akan bertemu mu awal bulan 4 nanti . andai hidangan tu nampak cantik & mewah , nescaya gambarnya akan aku kongsikan di blog ini nanti -.- sebagai kenangan aku memecah duli ke dapur

amaran : mungkin resepi ini tak mampu tundukkan sayang anda (jika dia manusia), melainkan 'sayang' anda adalah sejenis organ macam sayang saya .sekian. jangan salahkan saya.

Berpisah Sementara

2 balasan ikhlas





Saat kau pergi..berlinanglah airmata ku..Betapa singkat ku rasakan kebahagiaan itu kini lenyaplah sudah..Tak pernah ku inginkan perpisahan ini terjadi .Ku hanya bisa merelakan jika memang kau fikir inilah yang terbaik..Sepenuhnya aku menyedari bahawa cinta itu tak semestinya memiliki .Ku yakin semuanya itu bisa membuatmu bahagia . yes bahagia ditangan pihak yang lebih layak. atau lebih tepat ditangan technician , secara terperinci dan tak berbunga-bunga maksudnya.

Tika dunia heboh dengan model Apple terbaru Iphone SE , aku masih setia menunggu kesayangan yang semalam selamat mendarat di Cheras , yang tiba-tiba jatuh sakit ,mungkin angkara el nino kali. atau dia sudah bosan menanggung data yang terlalu rumit dalam notepad . aku cuba untuk ringankan beban , you know i'd tried my best..baby.but im quite content , she doesnt blame me for that . please take care of yourself there, aku harap jarak ini takkan kurangkan rasa kasih yang baru terjalin itu . tolong lah pulang ke sini dalam keadaan sihat seperti hari pertama kita bersama . kau terlalu cantik sayang. takkan ada handphone lain secantik kau , terutama sekali camera kau .itulah pengikat kasih kita dari mula ,sebenarnya -.-

Bila yang baru jatuh sakit , yang lama akan dikerah . semoga Asus jangan mogok cemburu . hidup bermadu perlu ada persefahaman . mungkin baru-baru ni kurang perhatian tapi itu tak bermaksud kurang rasa cinta yang kita semai bertahun-tahun , takkan terusik walau sedikit rasa itu , siapalah dia yang baru itu untuk menandingimu sayang . mungkin dia lebih nipis darimu , lebih luas skrin , tapi dia terlalu manja dan mengada , itu pasal sekarang masuk bengkel .
 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be