silent reader(s)

Bila Lelaki Boleh Setia

2 balasan ikhlas

                          
       

        

              

         



First and foremost , diri ni tak ada number celcom sekarang , dalam masa akan datang belum tahu . dan tak berhubung dengan sesiapa yang ada number celcom . itu sepatutnya jelaskan saya tiada kaitan dengan screenshot diatas . itu saja saya nak bagitahu dalam rangkap pertama ni .mudah kan ?point dibentang depan mata. sumber gambar adalah dari someone .

I dont know this is cliche or what , saya antara orang yang tak ada 'cinta pertama' ikut definasi kebanyakan orang ,cinta pertama yang digambarkan satu kisah perasaan yang kita rasa satu bang (sebut beng) masa mula belajar bercinta dulu . kalau masa berkawan , acah-acah suka , lepas tu seminggu hilang perasaan tu memang selalu masa umur belasan dulu .

Tak lari dari fitrah , memang pantang diacah kaum Hawa, kalau sesuai dengan citarasa , mesti cinta berbalas . mudahnya beri hati ? not really . usia remaja , memang suka mencuba . masa tu . dan layak dicop playboy , dahulu. itu dahulu . masa tengah terapung lepas akil baligh . well , remaja . tapi tak tahu kenapa , naluri nak bercinta datang lebih lewat dari kawan-kawan kelas -.- mungkin nerd dulu. terlalu sibuk hafal zaman mesopolitik untuk sejarah form 3 atau hafal plot Novel Aku Anak Timur . ingat senang nak hafal benda tiga tahun untuk dijawab dalam 1 tahun ?rasa rindu lak nak balik form 1 .hem.

Sekarang , perubahan makin perubahan diri sendiri dapat rasa. perubahan tanpa sedar dan tak mampu nak halang . seriously tak tahu nak namakan ni fasa apa . kadang-kadang terpikir jugak aku dah 100 hari sebelum ajal kah. atau ini cuma perubahan hormon dari alam remaja ke 20-an , gigi bongsu pun mungkin dah half atau full tumbuh , tak pasti . yang pasti , baran tu dah tak meluap macam dulu . cuma baru-baru ni ada terlepas , dah ada orang mengundang ,hekhek. ultimately , macam ada cooling down agent dalam badan nih , yang buat diri tak mudah meletus macam belasan dahulu . naluri nak test market diri pun dah tak ada.

Kalau nak cakap , sekarang saya dah boleh setia , boleh ? hikhik. boleh gelak camtu ?itu bukan cara gelak gentleman 20-an hokeh. kesetiaan seorang lelaki bermula umur 40-an . sebab ? masa tu dah kena serve seorang perempuan yang boleh jaga kita masa tua . apakah. sebenarnya boleh adjust target nak setia tu bila , sesedap rasa anda . masa umur 50-an pun boleh. cuma orang cakap , kubur dah kata mohh kiter , ada hati nak curang-curang ? sangat tak sesuai dah . bagi diri ni , satu dah memadai . mampu atau tak , seseorang sebenarnya dah cukup buat kita bahagia . InsyaAllah. sebenarnya kesian kat orang perempuan , perempuan lebih cepat matang , cepat nampak tua , tak sama dengan fasa lelaki , kalau 20-an memang masih tertengok-tengok kiri kanan , see , fasa memilih bagi lelaki masa perempuan dah sampai fasa menetap . mungkin sebab tu , lelaki muda yang sudah berkahwin berpotensi curang . tapi tak semua . hanya sebilangan besar sahaja. haha.

Khas untuk setiap wanita yang pernah hadir dalam hidup ni , terima kasih kerana pernah hadir dan menghargai .tak tahu ni naluri atau perasaan sahaja , rasa macam ada insan-insan yang masih ikut perkembangan diri dari sini , 100% rasa tak suka dan tak selesa tapi nak buat macam mana , perkongsian public . nama domain pun tak leh tukar . yes menyesal guna shafiquestevenson.blogspot.com . menyesal tahap nyah. pesanan akhir , maafkan lah diri ini untuk semua kekurangan lampau .jangan lah berpegang pada kesalahan lalu huhu. macam sehari sebelum hari raya ja.

sebagai penutup , moh dengar lagu legend , tak ada nilai sentimental untuk diri ni tapi boleh layan la sambil whatsapp dengan customer gelabah ..haihh.

Jangan Mudah Membuang Orang

0 balasan ikhlas


Ada pepatah mengatakan, "jangan mudah membuang, tambah-tambah lagi jika ia bukan barang tetapi orang"

Sedikit kata-kata penyejuk mana-mana hati yang kehilangan kawan :

Hilang seorang kawan bukan bererti diriku akan hilang 10 orang sahabat

Hilang 10 org kawan bukan bererti diriku akan hilang 100 orang sahabat

Hilang 100 orang kawan bukan bererti diriku akan hilang 1000 orang sahabat

sahabat akan sentiasa setia disisi kita walaupun kita pernah lakukan kesilapan terhadap dirinya.memaafkan dan membimbing itu lah ajaran Rasulullah .usah bersedih andai anda kehilangan seorang kawan kerana Allah akan menggantikan 10 orang sahabat buat diri anda dan yakin pada Allah.

dan mari kita ingat bersama dan kita letakkan diri kita sebagai seorang 'sahabat' kepada teman-teman yang kita sayang,bukan sebagai seorang 'kawan' sahaja kepada teman-teman kita.seperti mana kata-kata dibawah ini,
" Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. 
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. 
Sahabat sejati menjadi pendorong impian. 
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah "


mengapa ada manusia sukar utk memaafkan kesalahan orang?sedangkan Allah pun Maha Pengampun.kenapa manusia mesti ada sifat dendam itu dalam diri?? kenapa manusia mesti ada ego dalam diri mereka? sedangkan kita sendiri tahu, Rasulullah tidak pernah memusuhi mereka yang memusuhinya. walaupun mereka melempar najis ke arah baginda, baginda masih memaafkan mereka.. itu memang sudah ternyata musuh tu, tapi kita?bila kawan sendiri lakukan sedikit kesilapan, kita menghukumnya seolah-olah dia melakukan kesalahan yang terlalu besar.

benarkah tindakan kita membuang sahabat kita daripada kehidupan kita itu?andai benar sekalipun kesilapan yang dilakukan itu adalah besar, tetapi tidak perlulah sehingga membuangnya dari kehidupan anda..Apa salah sahabat kita itu sehingga kita sanggup melupakan kenangan-kenangan manis kita ketika bersama dengan nya?? ingat, sahabat anda hanya melakukan satu kesilapan, tetapi renungkan lah apa yang telah sahabat anda itu korbankan untuk anda daripada bermula nya perkenalan anda dengannya sehinggalah anda memutuskan hubungan silaturrahim dengannya.

kepada sahabat yang teraniaya,mahupun sekali sahabat yang terlucut 'sahabat' kerana kehadiran insan lain,
walaupun telah berkali-kali memohon kemaafan daripadanya,tetapi masih tidak dimaafkan,biarlah dia.yang penting kita telah melaksanakan tanggungjawab kita kepada manusia telah ditunaikan.dulu,sekarang, dan selamanya kita hanya berserah kepada Ya Rabb.hanya Dia yang Maha Pengampun, dan kita hanya mengharapkan pengampunan dariNya.andai maaf kita tidak diterima oleh manusia, apa lagi mampu kita lakukan?

Peringatan buat diri kita dalam menjadi sahabat yang sejati adalah,

"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. 
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. 
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. 
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

Susahnya Nak Berkawan

0 balasan ikhlas




Hidup bermasyarakat mesti kita ada kawan . tak ramai pun mesti ada seorang dua. bergaduh , berbaik , bergaduh , terus berhenti berhubung , perkara biasa . masa mula berkawan memang semuanya nampak baik kan ? sama bercinta juga. banyak cerita indah pada awalnya saja. untuk terima yang baik , itu mudah. sesiapa saja boleh buat. untuk terima sikap buruk , tabiat buruk orang lain , tak semua mampu buat .susah atau tak pernah mahu cuba ?


Saya

saya sendiri susah berkompromi dengan keburukan sikap seseorang. sebab tu rasanya saya banyak menyendiri . faktanya , manusia takkan mampu semua sisi baik. tapi orang macam saya tetap tak boleh terima. walau diri sendiri bukannya baik dari semua sisi. saya boleh terima semuanya selagi tak melebihi kemampuan untuk terima.


Teknik sesumpah

bila kita didampingi orang yang sopan , mesti kita ter-sopan juga kan ? bila kita bergaul dengan orang yang panas baran , kita akan cepat melenting juga ? jangan nafikan aura sekeliling langsung  tak bagi impak pada cara anda bergaul . andai anda bersikap baik terhadap seseorang , adakah balasan buruk yang anda terima ? bergantung pada sejauh mana kewarasan orang yang anda berbuat baik itu . choose wisely whos you wanna be around .


Kuantiti Atau Kualiti

dikelilingi ramai orang tapi tak layak digelar kawan , jauh lagi sahabat . atau ada seseorang , atau dua , tiga, yang tak selalu ada untuk anda tapi anda dapat rasa mereka cuba yang terbaik untuk buat anda rasa bahagia ada di dunia ni,setiap kali mereka ada peluang . jika ada , hati anda akan rasa , jika tiada , jangan paksa untuk rasa.


Torture kesabaran

orang yang bersabar takkan selamanya berdiam. orang yang selalu meluah akan datang masanya akan senyap. kita hidup dalam dunia realiti , apa sahaja yang membuat hati kita sakit , kita akan lepaskan . we live , learn and let go .


Take It Or Leave It

bila dua pihak sama-sama junjung ego lebih tinggi dari Eifel Tower kat Paris , maka muncul slogan individualistik berbunyi, terima cara aku atau kau  boleh angkat kaki . jika anda unsur api , dan dia juga api , tiada cara lain selain salah seorang perlu bertukar unsur . tak kisah la , ais , magnum , solero , apa-apa yang suhunya rendah berbanding api . di sini terlahirlah phrase , give and take .


Berbeza Untuk Melengkapi 

bukan untuk membenci . penerimaan ? bahkan pasangan yang berkahwin selama 15 tahun , masih ada tabiat pasangan dia yang tak disukai . jangan ukur penerimaan segala baik buruk orang lain boleh berlaku sekelip mata . anda cuma tempah kekecewaan untuk diri sendiri . cara kita dibesarkan , aura sekeliling , budi bahasa orang-orang sekeliling kita mungkin tak sama dengan dia ? pengalaman kita semua berbeza , kita bodoh dan pandai dengan cara berbeza . jangan harapkan anak seorang buruh yang setiap pagi bantu ayah buat rumah orang lain punyai sepasang tangan lembut , jangan harapkan anak raja mahu turun berkubang lumpur , faham ? jangan letak situasi kita dalam hidup seseorang yang langsung tak tahu perjalanan hidup kita. sekurang-kurangnya jangan harap dia faham dalam sekelip mata. semua orang perlu masa. semua benda hang nak rush , kalot nak pi mana ?


 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be