silent reader(s)

Dormstay

0 balasan ikhlas


Pada suatu petang yang agak hening , aku pun keluar untuk beli barang , petang tadi . tiba-tiba aku ternampak satu signboard bertulis ' Dormstay ' . aku pun toleh kali kedua , untuk pastikan ejaan tu dormstay bukan homestay . kerana khuatir aku mabuk angin petang sampaikan baca signboard pun boleh berhalusinasi . tapi rupa-rupanya memang tulisan tu paparkan Dormstay . entri pun dah bunyi macam karangan budak sekolah rendah .

Ini kali pertama aku tahu istilah Dormstay wujud . perkataan Dorm pada aku sesuatu yang menakutkan , aku bayangkan bilik banyak macam asrama berhantu . stay tu stay lah . bila digabungkan , macam lokasi aktiviti paranormal , pada aku . mungkin rumah tu banyak bilik kot , owner pun letak lah signboard camtu .

Dikesempatan ini , aku nak ucapkan Selamat Hari Kemerdekaan ke-59 pada semua bangsa , kita sehati sejiwa kan -.- bersyukurlah dengan nikmat kedamaian yang kita ada hingga sekarang . jaga lah sensiviti kaum lain , jangan gaduh-gaduh . cubit-cubit sikit tak apa . tembak-tembak tak mahu eh .

Peringatan pada orang-orang yang bakal menyesakkan laluan jalanraya tu , berhemah lah , jangan duk hon sepanjang jalan , kesian sikit orang yang rumahnya sebelah highway ni -.- kasihanilah kami yang tidak terlibat. berkemungkinan besar , aku akan sambut 31 ogos dalam mimpi , as usual .

Available Balance Dan Current Balance Bosannya Tajuk

0 balasan ikhlas




Assalamualaikum . sudah berapa lama aku tak meraban di sini , oh sudah lama rasanya , kali terakhir seingat aku lah , ya lah semalam -.- nampaknya idea untuk blogging makin ditelan masa . lagi pula , tiada yang menarik pun yang jadi sepanjang aku diamkan diri . except for aku sudah mula menabung . ya la , di usia emas baru terdetik nak ada saving , tak la emas sangat . tapi usia macam aku sepatutnya sudah 10 tahun menabung . to be frank , aku tak tahu sikap menabung ni nak bertahan sampai bila , sebab aku kenal diri aku -.- kenal sangat dengan sikap hangat-hangat tahi ayam tu . 

Baru-baru ni aku ada buka account untuk simpanan . memang yang khas untuk simpanan la , perlu kah aku tekankan . harap diri boleh lah istiqomah kali ini . dalam fasa berjinak-jinak nak asuh diri sendiri menabung untuk masa depan sendiri .

Aku tak pernah sangkal pentingnya untuk seseorang ada simpanan kewangan peribadi . tutup bab simpanan , huargh bosan . macam tengah bercakap pasal cikgu fizik . bercakap pasal kewangan , kebelakangan ni Ambank macam ada masalah ? aku agak saja . sebab aku tengok ATM diorang macam sehati sejiwa , walaupun branch lain-lain , bila rosak , semua sekali . 

Kadang-kadang sistem bank kan nak upgrade apa-apa perkhidmatan atau server diorang , memang akan jadi kacau bilau camni . aku pun terkejut jugak bila withrdrawal , ada 25 sen tapi 10sen saja boleh withdraw , pastu tunjuk available balance 5 sen , ini contoh saja ya. so hari ni punya lesson , aku dapat tahu apakah itu available balance dan apakah itu current balance . 

Sebagai pelanggan Facebook ads yang baru beberapa bulan , aku masih naif dan comel -.- ya aku tak tahu bank boleh pegang duit kita atas sebab langganan facebook ads atau apa-apa bentuk langganan internet yang lain . current balance ialah jumlah total duit kita dalam akaun selepas kali terakhir kita keluarkan duit , manakala available balance ialah baki duit kita yang actual sekiranya kita ada payment draft , pending payment . faham tak ? jadi sesiapa yang comel & naif macam aku , baru berjinak dengan dunia international atau local transaction jenis langganan , kena terima hakikat ini dan berhenti terkejut lah ya . macam kisah 25 sen tadi tu lah . lagi 10 sen tu dipegang atau kena hold , anda takkan boleh withdraw atau transfer , melainkan guna saja lah yang 5 sen tu , available balance . sapa suruh nak langgan sangat -.-

As far as im concerned , sebelum ni tak pernah jadi lagi . mungkin ada puak yang langgan facebook ads pastu tak bayar ? so ni cara baru yang diperkenal ? who knows. sebab sebelum ni , aku pernah jugak perasan ads aku masih berjalan walhal akaun untuk bayaran iklan facebook tu dah kosong . ngee :P

Random Kindness Mistaken For Flirting

0 balasan ikhlas





Almost guys having this issue ? but at least , if you're single now , its called 'finding' not flirthing instead . if you're not , your friendliness is considered as flirthing , ya according to all women perspections . typical way of thinking , typical women .

Anyhow , i've shortlisted 6 things that guy do but considered as they wanna try you

Holding doors for you

i did most all the time . but that doenst bring any means im trying to be nice or whatever . cuz it just sense of responsible to open door for older people -.- regardless their gender. tapi di Malaysia , perempuan pun ada yang buka pintu untuk aku . frankly saying , aku tak suka bila ada orang buka pintu untuk aku , atau dahulukan aku . aku rela berpura-pura check telefon , swipe sana sini atas skrin , umpama ada notification penting untuk aku check , dan biarkan orang lain keluar atau masuk dahulu . aku tak suka adegan berselisih atau body contact atau whatever you called it .

Smiling at you.

we all know the whole bitchy resting face look that people have. did i too -.- i find it hard to smile to random people in public . but then , kalau orang senyum dulu memang lah tak ada daya nak kukuhkan mode frowning tu . so as for me semakin cantik pemandangan di depan mata , semakin aku cuba untuk hiraukan , lagi-lagi kalau bella vista tu jenis bergerak , ada hidung , ada mata , siap pakai perfume sebaldi . not to deny , ada juga dan mungkin banyak lelaki senyum pada perempuan sebagai permulaan , still its just not my way .

Buying drinks for you.

some guys literally just have the manners and kind heart to want to buy you a drink, even if you don’t even know him. bercakap dari depan cermin , aku tak layan random people nicely . macam tiba-tiba . but it always have but -.- tengok keadaan . dan bila aku buat , i just prefer the people that received , wont even know my name . try lah , bila kita buat sesuatu yang boleh dikatakan baik tanpa orang tu tahu , you'l feel good about yourself , realize you're doing it for nothing in return . isnt it good environment ? receiving goodness from anonymous . mungkin boleh cuba dengan bayar tol untuk kereta belakang ? atau belanja orang sebelah meja makan ? selagi masuk akal -.-

Complementing you.

obviously , i dont have this issue . apa yang aku faham setakat ni , kita tak boleh puji perempuan . haha. perempuan tak tahu hargai pujian dan hanya akan fikir kita puji untuk dapatkan hati dia. ya itu yang aku faham lah . even if i really get impressed with someone , im not gonna keep complementing her. its just not my way of expressing my good impression about her. you wont find any. bila aku kagum dengan sesuatu atau pencapaian seseorang , aku akan tanya banyak soalan pasal tu dekat dia. jika aku banyak bertanya , itu maksudnya aku berminat . dari pemerhatian aku yang tak berapa nak memerhati cara lelaki lain , memang banyak lelaki tak kedekut memuji perempuan , tak percaya ? cuba buka laman sosial , facebook contohnya , cari saja gambar perempuan make up tebal sikit , baca lah komen dibawah tu -.- bagi aku itu dah tak relevan untuk aku buat , lagipun aku tak pernah buat. lebih baik komen kat post resepi Sheila Rusli .

Letting you cut in lines.

jika di Malaysia , jangan harap kau dapat treat istimewa ni -.- tidak di hospital mahupun dalam bank , lagi detail , depan atm -.- kalau ada orang bagi kau ambil turn dia , memang patut lah kau kena rasa sesuatu , sebab tradisi memberi giliran kita pada orang yang lain sangat jarang berlaku . 

Offering seats for you.

hanya perempuan mengandung dan warga emas , deserved this. perempuan yang ajet comel bukan orangnya lah . nak jadi gentleman pun biar sesuai keadaan . tapi kalau bagi perempuan duduk pun  bagus , bas atau kenderaan awam yang lain kan bergerak-gerak , nicer kalau lelaki muda berdiri dan semua perempuan ada tempat duduk , in case tak ada seats sahaja . kalau seats kosong banyak , kau tiba-tiba berdiri sorang-sorang konon nak tunjuk gentle , dah kelaut tu .

Newsflash: It might mean someone just one of the beautiful souls walking around our universe, who are there to remind you that when these random acts of kindness happen to you, you should restore your faith in humanity.

Sure, there are users out there, but that’s life. some people suck and are only nice to you for certain things. but there are also really awesome people in the world with good manners and good intentions, and it’s important to always remember that.

“The time is always right, to do what is right.”- Martin Luther King Jr.

Escapism

0 balasan ikhlas






Assalamualaikum . well its been a while since my last entry . aku tak pasti aku sibuk atau buat-buat sibuk sebab macam memang tak ada masa untuk blog . mungkin mood pun tak ada . rutin harian cuma terisi dengan Facebook ads stuffs , instagram . boleh dikatakan past few months , its all about cari duit , buat duit & mana duit . haha . ya aku tipu . sebenarnya lebih kepada habiskan duit , habiskan duit , habiskan duit . huhu . mana tak nya , menginap di Bangi lebih kurang satu minggu lebih juga la atas urusan yang tak ada orang perlu tahu -.-

Escapism , perkataan ni aku mula sedar wujud masa cikgu kelas aku said straight to my face . bila aku berkawan dengan budak kelas belakang , pastu masa kelas kami bertiga tak masuk kelas , kami berehat di bilik sakit , ya masih dalam kawasan sekolah -.- badly , she was totally wrong for having that kind of thought . aku tak pernah berkawan dengan orang untuk kepentingan peribadi , jauh sekali sebagai escapism . aku senang nak berkawan orang bodoh mahupun pandai , tapi tak sesekali orang belagak , sombong , bongkak . aku suka berkawan dengan orang yang tak beratkan otak aku .

Satu minggu di sana , tak lah menarik , cuma duit saja berkurang . cuma pengalaman pertama aku menginap di hotel & homestay . tak lah pertama sangat sebenarnya . homestay memang pengalaman pertama bagi aku . first , aku tak suka sebab ada nyamuk, tapi tak menggangu tidur aku pun . mungkin sebab jenis tingkap yang diorang guna lah . ada air conditioner . memang sejuk tahap bergaban-gaban .apa tu . homestay tu agak selesa . memang puas hati dengan harga per malam . lain kali kalau ditakdirkan pergi lagi sana , aku nak cari homestay tu lagi -.- boleh ker

Aku suka homestay tu , ya bilik yang agak selesa . tiada kena mengena dengan penjaga homestay -.- aku jenis kalau orang buat derk , aku ber-double derk kat dia . tapi kakak ni yang mula buka cerita . tanya asal usul kami yang datang menginap ni . kami menginap dua bilik saja . tiba-tiba. tapi dia lah yang banyak bercerita , aku tadah telinga saja lah . bunyi macam tak ikhlas ? bunyi saja. aku pun tak pasti masa tu kami berdua saja kat ruang tamu tu , sebab style homestay ni , macam hotel , semua orang dalam bilik . kita pun macam tak tahu bilik mana yang ada orang . tapi yang pasti , dari pihak aku memang hanya tinggal aku seorang saja masa kakak tu datang kemas dapur & hall rumah tu .

Dari dialek dia bercakap , bukan orang utara , tapi katanya dia pernah kerja di Penang . aku malas nak tanya lebih , cuma dengar dia cerita . mungkin orang kelantan . dia gitau kerja di homestay ni yang dia bertahan pun . tiba-tiba aku rasa dia macam bujang lagi . huhu . sebab bunyi macam hidup berpindah randah saja . aku tak menilai hidup dia -.- perbualan tu berakhir dengan , dia cakap nak masuk bilik dulu , nak mandi & rehat katanya . hari nak check out baru aku tahu bilik hampir dengan dapur tu tempat dia berehat . tapi sempat juga la bertukar nombor telefon . in case.just  in case . haha. ya aku tipu lagi . aku tak menggatal pun -.- aku baik. confession tak boleh belah ya. gud morning ! motif entry apa ! nak update rambut dah panjang balik -.-
 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be