silent reader(s)

Nilai Seorang Blogger

1 balasan ikhlas





Assalamua'alainawa'abadillahhisolihin. 25 Ogos 2015. semalam satu malam yang panjang dan melegakan sebenarnya. terima kasih pada seorang insan yang masih sudi dengar diri ni membebel , mengadu , menyebak. menyebak. apakah. betul ayat ni , sometimes all you need is somebody to speak to. yeah the problem will not solved immediately but it give you a sense of relief .

Awal pagi hujan sudah renyai-renyai sini . tentunya terasa sejuk sebab kulit ni masih beriklim manusia bukan buaya di Taman Buaya Melaka. bila sejuk , tona kulit kelihatan 1 skala lebih putih semacam mahu ke gebu gebas,betul kah ayat tu . namun , harap fenomena ini tiada kaitan dengan gst mahupun kedai cinonet . 

Rangkap demi rangkap , terasa makin dan makin mengarut . adakah ini cuma khayalan ? atau memang benar-benar mengarut ? kadang-kadang persoalan dicipta bukan untuk dijawab tapi untuk menjelaskan. seperti aur dengan tebing , yeah tiada kaitan.

Harus diri ni minta maaf bagi pembaca 2,3 kerat yang setia baca entri dari blog ni walaupun sudah tahu banyak gimik dari benarnya ? apakah diri ni bersalah kerana meluah rasa beban di umum ?

Soalan ni selalu terjah otak setiap kali diri ni post entri yang berunsur cinta , masalah , perihal personaliti yang bermasalah , apakah orang yang membaca tu berfikiran sama ? apakah dia fikir blog ni tak ada faedah ? apakah 'cinta' saja yang ada dalam fikiran blogger ini ?

Jika semua orang mahu menulis yang baik-baik saja , siapa mahu menulis yang jahat ? jika semua orang mahu menulis yang menarik sahaja , siapa mahu menulis yang membosankan ? jika semua orang mahu sasar golongan majoriti saja , siapa yang mahu menolong yang minoriti ? minoriti , dinafikan wujud , ada tapi tidak kelihatan. jangan berfikir di luar fitrah , cuma di luar kotak. batas akan terjaga. 

Semua orang tak perlu terlihat sempurna . setiap dari kita penuh cela. menilai gaya penulisan seseorang tak sepatutnya semudah tu. sebelum ini diri ni pernah tekankan , apa-apa saja yang berbeza , tak semestinya salah satu harus dibenci , tak semestinya salah satu harus salah . dan alhamdulillah , bila diri ni sedar hampir seluruh jiwa ni terarah golongan minoriti . sesuatu yang sikit , harap Yang Maha Kuasa memandang dengan nilai yang tinggi . kita berdiri di tanah yang betul , bukan yang subur. kita menyokong apa yang benar , bukan siapa yang benar. boleh dapat tak maksud rangkap ni ? kebenaran tu tegak , dia takkan berlari ikut siapa yang berkata. melainkan pegangan kita yang tak sungguh , kebenaran kita pun macam lalang.

Nilai kematangan sesebuah penulisan tu terletak pada kerisnya kah ? pada tengkoloknya kah ? whats the thing that majorring in writing, is the idea. untuk merumus , penulisan diri ni memang tiada nilai kematangan. penuh emosi. main point penulisan diri ni selalu ke kiri ke kanan , kemana-mana yang dia rasa tak ada tol plus dan gst .yang paling betul , satu jenis blogger takkan mampu tarik semua jenis pembaca.

Jika sebakul telur ayam ada 10 biji , rosak 8 biji , takkan semuanya kita perlu buang ? kita dibesarkan dalam masyarakat yang percaya banyak tu baik . sikit tu semput. kita terbiasa untuk kejar yang banyak. sehingga segalanya indah jika banyak. sedangkan yang sederhana tu saja sudah menyenangkan kita. 

Apakah nilai seorang blogger dinilai dengan sejauh mana sumbangan anda dalam penulisan anda untuk kemaslahatan bersama , menjadi rujukan umum untuk sesuatu maklumat , cara langsung atau tidak ,kita menjadi medium tabligh , kita menulis kita menyampaikan , perkhabaran yang palsu mengundang fitnah , info yang betul alhamdulillah ,  apa-apa perkongsian peribadi selagi tak mengundang aib . 

sesungguhnya diri sendiri masih merangkak . yang pasti , diri ni takkan pernah cakap , saya blogging ni suke-suke jer. ergh. tak pernah suka bila nampak ayat tu keluar kat mana mana segmen Kenapa Anda Jadi Blogger. saya ada blog sebab saya minat mengarang . saya bukan petah bicara orangnya , saya lebih selesa meluah sesuatu dengan mengarang ,kalau tak mengarang saya mungkin dikhuatiri memecahkan barang. adakah ini suatu penemuan baru ? seorang Hulk dari kalangan blogger picisan ?
 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be