silent reader(s)

Sebab Lelaki Tiba-Tiba Hilangkan Diri

5 balasan ikhlas


All Ideas Reserved by nazihanali

Kenapa lelaki menghilangkan diri secara tiba-tiba? pertanyaan ini aku sering terjumpa di dalam satu forum masalah cinta. Masalah yang biasa perempuan alami iaitu kekasih hati mendiamkan secara tiba-tiba.
Adakah si dia telah berubah hati?

Ada banyak sebab sebenarnya kekasih menghilangkan diri.

1. telefon hilang
Tak lama mana pun dia menghilang kalau hilang handphone, dia mesti akan contact korang punya. Handphone bukan satu-satunya cara berhubungkan. Sekarang ni boleh berhubung macam-macam cara - skype, facebook, YM, email dan public phone. Kalau dia hilang lebih dari dua hari dan alasannya adalah hilang telefon, korang boleh meraguinya ye.

2. Merajuk
Orang merajuk ni suka ambil tindakan mendiamkan diri dan tunggu dipujuk, jadi korang ingat-ingat balik, ada tak sakitkan atau lukakan hati dia.

3. Masalah peribadi.
Ini biasanya terjadi pada lelaki sebab lelaki ni kena fokus pada satu-satu benda je, sebab tu ada sesetengah orang yang bila dia mempunyai masalah besar, dia akan lupakan korang seketika dan fokus pada masalahnya kerana dorang tak macam perempuan yang boleh buat pelbagai benda dalam satu masa.

4. Hati sudah berubah
Ini korang dapat lihat sendiri dari cara dia melayan korang, mungkin dia sudah ada yang 'baru' jadi korang di abaikan. Hati dan fikiran sudah ada pada yang baru,perasaan pun sudah menjadi tawar, korang ada atau tak, sama je bagi dia. jadi korang sudah menjadi tak penting bagi dia. Maka dia akan jadi macam biskut, kejap ada, kejap tak ada.

Aku Buat Dosa Tapi Aku Kaya

0 balasan ikhlas



Satu perkataan yang selama ini aku hanya biasa dengar diperkata suatu ketika . satu kejadian awal pagi yang aku saksikan di suatu kawasan jalan raya berdekatan suatu pasar pagi . satu perkataan yang hinggap di otak , istidraj ? tak. perkataanya adalah , bongkak !


Selalunya aku bukan begini. tidak se-judgemental ini. tak se-retarded ini . tapi kelakuan si folan memang hodoh . si folan yang menunggang bike bersama isteri , disebabkan usia mereka biar aku agak mereka sudah bernikah , hendak masukkan kemegahannya ke dalam ruang parkir . itu tak ada salahnya .


Apa yang hodoh lagi menjijikkan pada aku ? kelakuannya menggesa seorang budak yang sedang menolak motor dan cuba menyeberangi jalan sibuk dengan kenderan tak berputus,hanya kerana dia nak ruang tu . aku lihat motor budak tu ternyata bocor tayar belakangnya . resah dan geram , itu yang aku rasa budak tu tengah berperang dalam otak dia terhadap si folan besar motornya lagi besar buta pada hatinya .andai jumlah kemanusiaan si folan sekaya duitnya , tidak lah dia bertindak sedemikian . semua orang kaya tu individualistik ? semua orang yang berduit tu tak sabar?

Tak juga. orang kaya  yang retarded akalnya saja. dan terima kasih juga untuk seorang teman yang tak kurang kayanya juga atas alunan suaranya merdu memuji Rasulullah yang dihadiahkan pada aku di pagi hari , jarang pagiku bermula dengan sesuatu alunan mulia sebegitu . semoga persahabatan ini berkekalan walau tak setiap hari kita bersapa .


Istidraj Dua Orang Nelayan


Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang taat membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu. Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab, “ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”
Nah, jangan kecewa bila diuji, tidak berjaya / gagal walau sudah menyusun rencana yang matang. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH.

ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap suatu perkara, itu hanyalah untuk perkara itu saja, masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna.

Rasulullah SAW bersabda: ”Jika engkau melihat Allah sedang memberikan kepada seseorang , sesuatu dari dunia yang ia sukai, sedangkan ia masih saja tenggelam dalam kemaksiatannya, maka ketahuilah itulah yang dinamakan Istidraj

(Kemudian Rasulullah SAW membacakan firman Allah SWT: Al Qur’an surah Al An’aam (6) ayat 44.) (HR. Ahmad dan Thabrani, dalam kitab As Syu’ab)
 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be