silent reader(s)

Doktor Atau Rawatan Islam

0 balasan ikhlas




Kesekian kalinya terasa bergunanya kewujudan Google . google saja simptom penyakit pun boleh tahu apa penyakit kita. tak perlu jumpa doktor , tak perlu beratur , tak perlu keluar rumah , tak perlu tunggu turn , tak perlu takut terjumpa jiran di pintu masuk klinik , tak perlu pakai baju , tak perlu apa-apa yang perlu .

Dibalik kemudahan haprak yang kau mungkin percaya , ada fakta mengatakan wujud penyakit berbeza yang menunjukkan simptom yang sama pada peringkat mula . rasa sedih tak kalau kau sebenarnya ada penyakit bahaya yang mungkin kau sempat berubat , tapi disebabkan kau nak mudah , kau google dah yeah kau seronok sebab google cakap kau sihat saja , cuma perlukan rehat .

To make thing worse , kau dapat idea nak kaitkan simptom kau dengan perkara-perkara mistik , sepatutnya kau jumpa doktor tapi tiba-tiba kau terbaca perubatan islam untuk sakit mistik . sudah suhu badan asyik berubah kadang seram sejuk tengah malamnya panas merengau ,berlarut berhari-hari. rasa suhu pula tak sama pada setiap bahagian tubuh kau .


Despite of all things/info you discovered regard on the symptoms , sikap pemalas untuk ambil tindakan lebih bermaharajalela di setiap pelusuk minda serabut kau . jadi kau putuskan untuk teruskan dengar lagu Everybody Lies .sekian.

Soal Jawab Tunang Pemarah

0 balasan ikhlas



Saya berstatuskan seorang pelajar. Selepas SPM saya telah brtunang tapi saya dan tunang tak merancang pun akan bertunang scepat ini. Semuanya atas kehendak keluarga. Kami memang suka antara satu sama lain. Orang tua saya kalau bleh nak saya nikah secepat mgkin tapi mereka tak pernah tahu yang saya masih mahu belajar. Sekarang saya masih belajar di pra universiti. Jadi tempoh pertunangan kami terpaksa dipanjangkan selama dua tahun. Untuk pengetahuan ustaz, tunang saya brumur 38 tahun. Dia seorang yang bertanggungjawab, ada pegangan agama yang kuat tapi dia seorang yang panas baran dan ego. Sudah setahun kami bertunang dan macam-macam masalah yang kami hadapi, kami selalu bergaduh. Mungkin faktor umur yang membuatkan kami tak ada keserasian. Kami pernah bercdang nak putuskan pertunangan ini tapi masing-masing tak nak malukan keluarga. Saya juga rasa saya masih belum dapat sesuaikan diri lagi dengan keluarga dia.


Soalan saya :

1) Pada pandangan ustaz apa yang boleh saya buat untuk serasikan diri saya dengan keluarga dia?

2) Bagaimana nak berhadapan dengan lelaki seperti ini?

3) Patut ke saya teruskan hubungan ni atau putuskan?

4) Kami jarang bergaduh secara brhadapan, biasanya di dalam sms. Kadang-kadang dia suka menggunakan kata-kata kesat. Apa yang perlu saya buat untuk menegurnya tanpa menambah kemarahan dia lagi?

5) Adakah permintaan tempoh pertunangan yang panjang ni membuatkan dia bosan kerana terpaksa menunggu?


RESPON USTAZ

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Pertamanya terima kasih kerana sudi bertanyakan saya. Sejujurnya saya tak bercadang untuk masuk campur dalam urusan pertunangan yang rumit sebegini. Kerana bimbang jika pandangan ustaz akan merosakkan perhubungan ini. Namun, apa yang saya beritahu ini adalah pandangan peribadi yang mungkin betul dan mungkin juga salah. 

Keutamaan saya adalah untuk membantu saudari membuat pilihan yang betul dalam masa yang sama perlu kepada perbincangan dengan pihak keluarga. Jika saudari sudi bertanyakan saya bermakna saudari perlukan pandangan. Jadi, ini sekadar pandangan sahaja dan saudari berhak untuk menimbangkan pandangan ini sebelum memilih apa-apa keputusan.

Soalan pertama saudari,

1) Pada pandangan ustaz apa yang boleh saya buat untuk serasikan diri saya dengan keluarga dia?

Selagi saudari tidak bergelar isteri kepada lelaki tersebut. Tiada apa-apa kewajipan atas diri saudari untuk menserasikan diri dengan lelaki itu atau keluarganya. Ini adalah perkara yang kita semua perlu faham. Bukan tanggungjawab saudari untuk mengambil hati bakal pasangan dan keluarganya. Itu bukan suruhan agama kepada bakal pengantin perempuan.

Melainkan saudari sendiri yang mahu mengambil hati ibubapa lelaki itu. Maka di sana saudari boleh melakukan beberapa usaha untuk menserasikan diri dengan keluarganya. Usaha ini bukan wajib ya, ia sekadar harus dan sunat jika ianya selari dengan batasan syariah. Cuma harus diingat, keserasian tidak boleh dibentuk dalam masa sehari dua. Terutamanya bagi orang yang berbeza latar kehidupan dan cara berfikir. Keserasian memerlukan banyak proses dan masa. Apa yang pasti, ia berlaku melalui proses bersilaturrahim. Memandangkan saudari dan keluarganya adalah saudara seagama. Maka apa salahnya untuk kita berbaik-baik dengan orang seagama. Malah jika kita pandai bersilaturrahim tanpa ada berlaku perlanggaran batas agama, maka usaha itu dianggap sebagai sunat.

Untuk serasi kita perlu banyakkan aktiviti bersama dan cuba saling memahami cara berfikir masing-masing. Ia akan memakan masa untuk mencapai hubungan yang baik. Tiada jalan pintas dan memerlukan banyak kesabaran. Nabi SAW ada mengajar agar kita saling bertukar hadiah atau saling memberi untuk menambahkan rasa kasih sayang. Selain dari itu, kita perlu banyak bersalaman dan menyebarkan salam. Dengan erti kata lain, kerap bertemu. Hanya itu sahaja cara yang sepatutnya boleh mengeratkan silaturrahim. Soal berjaya atau tidak, itu bergantung dengan izin Allah SWT.

Soalan kedua :

2) Bagaimana nak berhadapan dengan lelaki seperti ini?

Saya tidak pasti apakah soalan saudari ini menunjukkan saudari ‘takut’ atau merasa ‘sukar’ untuk berhadapan dengan tunang sendiri. Sebagai seorang perempuan tidak sepatutnya saudari merasa takut dengan bakal pasangan. Kerana dia seharusnya menjadi pelindung dan penjaga. Jika di awal perhubungan sudah ada rasa takut, risau dan bimbang. Ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan sikap lelaki ini.

Jika saudari takut, maka saudari tidak perlu berhadapan dengan lelaki ini. Bawa diri sajalah. Kerana apa gunanya hidup dengan lelaki yang menakutkan. Namun, jika saudari merasa ‘sukar’ untuk berhadapan dengan lelaki ini atas faktor komunikasi. Maka ini perlu kepada proses penambahbaikan dalam komunikasi. Biasalah, semua orang tidak sempurna. Untuk saling memahami perlukan masa.

Soalan ketiga

3) Patut ke saya teruskan hubungan ni atau putuskan?

Jika saudari melihat dan percaya bahawa lelaki ini ‘merbahaya’ dan boleh ‘menyakiti’ hati saudari atas pemerhatian saudari sepanjang perhubungan. Maka, wajar sekali saudari putuskan sahaja hubungan. Tiada orang yang mahu hidup dengan lelaki yang ‘bengis’ dan ‘zalim’. Malah tidak sepatutnya saudari menjadi mangsa kepada lelaki sebegitu.

Namun, jika saudari melihat bahawa lelaki ini tidak merbahaya dan tidak akan menyakiti saudari. Cuma dia memiliki kekurangan dalam komunikasi. Maka, itu wajar untuk diberi ruang untuk dia memperbaiki diri. 

Cuma, saya agak keliru apabila saudari mengatakan bahawa dia seorang lelaki yang mempunyai pegangan agama yang baik namun bersikap panas baran dan suka mengeluarkan kata-kata kesat. Sepatutnya seorang yang memiliki pegangan agama yang baik tidak bersikap panas baran dan mengeluarkan kata-kata kesat. Harapnya saudari tidak keliru dengan akhlak sebenar seorang muslim. Namun, pada kacamata saya sepatutnya seorang lelaki yang berusia 38 tahun ini memiliki perwatakan yang matang dan menyenangkan. Bukan sebaliknya.

Soalan keempat

4) Kami jarang bergaduh secara berhadapan, biasanya di dalam sms. Kadang-kadang dia suka menggunakan kata-kata kesat. Apa yang perlu saya buat untuk menegurnya tanpa menambah kemarahan dia lagi?

Inilah sebenarnya yang saya sedang usahakan dengan menulis buku soal jawab percintaan. Iaitu ingin menjelaskan kepada kaum wanita bahawa mereka tidak sepatutnya berusaha ‘mengambil hati’ lelaki yang panas baran dan tidak tahu menghormati hak-hak wanita.

Saya sentiasa hairan apabila ada wanita yang sanggup ‘merelakan’ dirinya dimaki hamun, dihambur kata-kata kesat, disakiti, ditekan dan diambil hartanya oleh lelaki asing sedangkan lelaki itu belum menjadi suami. 

Jika semasa bertunang saudari sering menjadi mangsa tempat melepaskan kemarahan. Malah si lelaki bukan sahaja tidak tahu memberikan rasa senang, sebaliknya dia sentiasa mendatangkan kerunsingan. Maka saudari tidak perlu ‘fikirkan perasaannya’. Sebaliknya saudari kena banyak berbincang dengan keluarga akan situasi ini. Biar keluarga yang cuba menenangkan hati lelaki itu. Bukan saudari.

Dalam hal ini, saya ingin jelaskan bahawa sebelum saudari berkahwin. Saudari tidak perlu ‘memujuk’ dan ‘mengambil hati’ tunangan saudari. Sebaliknya jika ada masalah sebegini, kongsikan pada keluarga khususnya bapa atau abang. Biar mereka masuk campur dan bantu.

Soalan kelima :

5) Adakah permintaan tempoh pertunangan yang panjang ni membuatkan dia bosan kerana terpaksa menunggu?

Semua lelaki berusia akan merasa tidak tahan untuk menunggu. Memang ia suatu tekanan dan menyukarkan. Jadi, jika dia tidak sabar menunggu biarlah dia mencari calon lain sahaja. Saudari masih ada impian dan mahu meneruskan pengajian. Jika bidang yang saudari ceburi itu baik untuk agama dan masyarakat. Tidak salah untuk saudari belajar sehingga tamat. Malah tunang saudari sepatutnya memberi sokongan.

Namun, tidak juga menjadi kesalahan jika saudari berkahwin semasa belajar asalkan tunangan saudari bersedia untuk menyara kos pengajian dan memberi sokongan sepenuhnya sehingga saudari berjaya dalam pengajian. Jika si lelaki setuju menyokong pengajian saudari, maka tiada alasan untuk saudari melewatkan perkahwinan.

KESIMPULAN

Saudari ada menyebut, risau nak putuskan hubungan sebab nak jaga air muka keluarga. Biar saya jelaskan bahawa ‘air muka’ ini tiada maknanya jika perkahwinan saudari tidak bahagia. Adalah lebih memalukan jika berlaku perceraian selepas berkahwin berbanding putus tunang. Biarlah terjejas air muka keluarga sebab putuskan pertunangan awal, jika terbukti dari awal lagi saudari tidak serasi. 

Apapun, semua ini perlu kepada penilaian dari ahli keluarga juga. Sebagai perkongsian pengalaman peribadi, kebanyakan hubungan yang tidak ‘tenteram’ semasa pertunangan selalunya akan membawa ‘konflik’ selepas perkahwinan. Melainkan si lelaki berubah dengan kembali kepada hukum agama serta mengamalkan kehidupan berpaksikan hukum yang sahih.

Malah kebanyakan kes jika semasa bertunang si lelaki sudah suka memarahi dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada tunang. Itu sudah jelas menunjukkan sikap sebenarnya dan amat jarang lelaki yang mampu merubah sikap selepas perkahwinan. Oleh itu, semua manusia tidak sempurna. Jika mahu memberi ruang untuk si lelaki memimpin rumahtangga kita. Maka kita perlu bersedia dengan sabar, banyak bersolat serta berdoa.

Jadi, saya tidak tahu apa yang terbaik untuk saudari. Namun, hanya saudari wajar memutuskan apa yang terbaik untuk kehidupan saudari. Berbincanglah dengan ibubapa dan banyakkan berdoa. Semoga Allah membantu kita. 

Sekian, wassalam.

Credict to : Ustaz Cinta

Janji Ada Rupa

0 balasan ikhlas


Hampir 95% manusia berkata , rupa tak penting , janji hati cantik . ada beberapa tempat/situasi , anda akan nampak kepentingan rupa .

Permodelan

bagi saya seorang contoh model yang hodoh . mampu ?


Promoter Kedai Jamu

okay bagi saya nama kedai jamu yang tak ada orang masuk tu .


Pekerja Butik Pakaian

pernah nampak promoter berisi dan gelap warna kulitnya dalam sebuah butik ? kalau berisi dan gebu , selalu la nampak kan. jangan nafikan .


Hotel Front Office

bagi nama hotel yang letak staff yang agak kekurangan rupa di bahagian kaunter hadapan , dan jangan lupa bagi sekali harga bilik yang paling mahal . (dari harga bilik kita boleh tahu taraf sesebuah hotel , dan hotel yang maju tahu betapa pentingnya fungsi front office untuk hotel)


Psikologi Umum

" muka nampak suci , takkan dia penjenayah " ,  " tengok muka pun dah tahu mesti kaki pecah rumah " . tengok betapa rupa buatkan kau layak atau tak untuk buat jenayah.


Tengah Bersanding

" wah suami handsome , isteri cantik , moga berkekalan " ,
kalau salah satu hodoh , kau nak minta diorang bercerai bila ada anak 3 orang ? shrek betul pemikiran kau.


Apa Yang Belum Clear

tak semua orang yang berisi tak ada rupa sebenarnya. dan tak semua yang ada cylinder cutting body tu cantik/handsome. nilai rupa kita tak layak dinilai mereka yang buta pertimbangannya . mereka yang terlalu menonton televisyen. mereka yang hidup dalam dunia kartun sailormoon .mahupun barbie .pertimbangan mereka mati sebenarnya.


Kenyataannya

we're living in denial . am i wrong ? but you cant be right for all time .
 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be