silent reader(s)

Seram Peminat Psiko

2 balasan ikhlas


Wah indahnya dunia bila diri kita ada peminat . walaupun kita mungkin seorang yang cinonet mahupun picisan dalam dunia yang serba gah dengan glamor kala kini . setiap langkah kita , jatuh kita , ada yang ambil peduli termasuk timing tidur kita , kan ? berapa kali kita kentut dalam sehari pun dia tahu , walau kita sendiri mungkin lupa untuk kira .banyak sangat kan. maklum lah badan berangin. siapa pun jangan terasa na. badan kita semua ada angin.

Laman Sosial

Part yang tak best bila ada pemuja rahsia adalah once anda dapat tahu sejauh mana si dia peduli sama diri anda. boleh dikatakan semua bentuk laman sosial yang anda punyai , dia sedia tahu. yeah , google adalah teman subahat . 

Kehidupan cinta

Anda jangan terkejut kalau dia tahu siapa bekas kekasih anda yang ke 78 ,sedangkan anda sendiri kena flashback 3x untuk ingat . boleh jadi juga , dia stalk sesiapa sahaja yang dilihat rapat dengan anda,dalam real life mahupun maya. ataupun , dia tahu apa hadiah yang anda dapat untuk hari jadi yang ke- 100. 

Ambil gambar

Hal ni selalu nampak di instagram . budak-budak perempuan post gambar-gambar artis korea. eh tak ada kaitan ? kalau boleh semua gambar anda dia akan muat turun ke dalam apa-apa gajet yang dia ada . selain download , boleh juga screenshot . mungkin dia pergi ke kedai gambar untuk cuci gambar tesebut kemudian bingkaikan , untuk diletak di sisi meja belajar dia .love motivation konon. itu kalau dia seorang student . banyak perempuan buat guna gambar artis korea . itu kira psiko jugak kot , terlalu memuja.

Jadual harian

Pukul 10 pagi temujanji bersama selimut hingga ke jam mata terbuka. pukul 3 petang keluar merayau. pukul 5 petang tengok cerita upin ipin . pukul 8 malam ada di rumah. pukul 9 buka whatsapp . pukul 11 malam cubaan masuk selimut . pukul 12 kadang tidur kadang online . semua aktiviti yang rawak anda sudah ada dalam buku catatan dia .

Status

Pernah baca status berbunyi doa/permintaan ? yang paling aneh pernah saya baca , ya di instagram. doa seorang perempuan untuk seorang artis korea. kurang lebih berbunyi , " i wish you keep on being strong, stay awesome , and dont forget i loveeee you Min hoo baby " . are you kidding me. put aside wishes tu ,bagaimana mungkin anda boleh mengagumi individu lain yang langsung tak tahu pun tentang kewujudan anda ? harap sesiapa sahaja boleh bezakan minat dengan kegilaan semata . dan jangan lupa video peluk memeluk bertudung diatas pentas .eh. tersilap. 

Emosi

Part paling comel bagi yang ada peminat tegar . seperti pasangan bercinta , mood orang yang diminati menjadi mood orang yang meminati . jika anda sedang sedih ataupun gembira , nescaya dia pun sedang dalam keadaan tu juga . peminat hard core umpama kekasih tak dianggap . mungkin dia lah yang menganggap diri dia kekasih anda , bak kata orang , pengiktirafan diri sendiri . sangat sentimental.

Kelebihan

satu saja benda baik pasal ada peminat fanatik , bila anda rasa lupa sesuatu pasal diri anda , anda boleh rujuk pada dia .nescaya dia tak lupa.
 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be