silent reader(s)

Follow Untuk Unfollow

4 balasan ikhlas





Assalamualaikum . hal ni selalu jadi bila ada certain people yang immature (rasanya) walaupun retis pun sama saja , masa followers cinonet kemain kau follow sana sini , at certain point kau rasa kau dah cukup gah dengan jumlah followers kau , kau pun mula unfollow sekodi demi sekodi dari instagram , twitter , blog , huh blog ? mungkin blogspot / google account tengah cuci scammer atau inactive account . mungkin..

proudly saying , semalam campur hari ni , genap 8 orang sudah unfollow A Gentleman To Be .i dont feel bad because we're already made an agreement from the start  right , it said if you have no sense of alien you may follow this blog , maybe the furious 8 become the 8 wonders of aliens , maybe. so dont bother to know who are the 8 person.

nevertheless , aku sendiri pernah unfollow beberapa blog sebenarnya . antaranya blog yang suka keluarkan entri menghentam tak berasas , entri mengarut sangat , dan blogger pilih bulu . bulu 1 , bulu 2 , bulu 3. haa bulu ke-empat blogger cinonet , so dia tak hiraukan langsung padahal kau boleh nampak dia hanya membalas teguran/sapaan orang ternama . bagi aku , orang camtu perlu dihapuskan. bukan disula sampai mati tapi diberi kesedaran , walaupun mustahil orang yang diatas mampu berjalan dibawah , kalau ikut norma bumi. kan kau dah boleh sentuh bintang , kenapa kau perlu tenung rumput berlumpur , kan ?

Nasib Baik Cantik

0 balasan ikhlas


Assalamualaikum dan selamat pagi dari pencinta Mathematics . untuk orang yang kenal aku mesti tahu aku sedang berbohong ataupun menipu dengan kenyataan sebegitu. kejadian ini berlaku tidak kurang dari 2 jam selepas entri ini diumumkan .pardon for the bad camera.

dengan hebahan waktu kejadian , maka dengan ini , aku adalah morning person !dan ya , tak berkerjaya. kalau di tempat aku , bungkusan nasi lemak guna kertas yang terpakai selalunya surat khabar lama saja . kat sini , makcik yang jual tu guna buku sekolah anak dia tingkatan 3 atau 4 rasanya . sebab yang tertera adalah sub topic math parallel line , dan yang paling penting tulisan anak dia cantik . wajib perempuan . adakah orangnya secantik tulisannya ? tak berminat nak tahu. yang pasti anak dia mesti masih muda. sebab Pelajaran & Pembelajaran Sains Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) baru berapa tahun saja berkuatkuasa untuk ditukar ke bahasa Melayu since batch aku terlepas ambil spm dah -.-

walauapapun , Math Science Biologi Kimia Fizik Add Math lebih praktikal , mudah difahami kalau dalam bahasa Inggeris , bagi aku. tidak lah pula niat dihati nak rasa diri hebat berbahasa Inggeris , cuma terms akan lebih complicated untuk dihadam sebab silibus yang kita terima adalah rujukan luar yang berbahasa Ingeris kan, bila diolah , diterjemah perkataan bombastik , sebab perkataan Inggeris tak semua boleh diterjemah dalam Bahasa Melayu dengan maksud yang mudah .akan ada persilangan yang akan buat mereka yang straight akan lebih pening , bagi aku. walaupun kadang-kadang istilah yang diterjemah ke Bahasa Melayu berbunyi lucu .tapi bagus lah ada juga bahan menggelikan hati masa kau jawab exam , kan dwi bahasa . 1 bahagian dibaca untuk dijawab , 1 bahagian dibaca untuk kurangkan stress dewan exam.

bagi siapa-siapa yang berminat nak tahu harga nasi lemak atas tu , nasi tu 150 cent malaysia ringgit sahaja. lauk sotong kering .bukan lauk kesukaan sebenarnya .tapi tiap kali tercenggang masa orang tanya nak lauk apa, ,mesti sotong jadi mangsa. terpilih tanpa sengaja.
 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be