silent reader(s)

Air Detox Halau Makluk Tanpa Jasad

0 balasan ikhlas

 

Assalamualaikum dan selamat tengah hari pada yang baru bangun . satu malam yang panjang dan meletihkan. bunyi macam pengantin baru tak. bila bangun pagi tadi , badan rasa sakit gila kot . maksud aku , bahu kiri aku sakit . semalam macam malam-malam sebelum ni , rasa gerun tu memang ada bila bersendiri kan . cuma yang bagus , semalam aku tak ingat pun hari semalam tu malam jumaat walaupun aku ada cakap pasal malam jumaat semalam .ada banyak benda huni kepala otak , sampai tak cukup memori, untuk ingat hari dan tarikh .nasib baik lah aku masih ada sesuatu yang ajaib yang boleh ingatkan aku setiap kali aku terlupa , telefon. 

tapi jangan salah faham , bahu aku sakit ada asbab sahih . aku tidur mengiring semalaman . memang for sure sakit la. ironinya , aku baring sebelah kanan tapi bahu kiri yang sakit. tapi tak apa, aku optimistik kalau bab objek tak berjasad , aku rasa aku sakit sebab aku baring salah posisi . lagi pun tidur tak berlapik tilam kan , memang badan akan sakit , cuma pagi ni rasa extra sakit .padahal biasa saja tidur atas lantai keras. 

walaubagaimanapun , pagi tadi aku tetap nekad untuk beli limau nipis . optimistik memang optimistik tapi kemaslahatan diri kena titikberat juga kan . tak rugi pun kalau buat . sekurang-kurangnya kalau ada makhluk yang baru berniat nak menumpang atau mengacau , dapat dihindari , InsyaAllah. dah dia tengok kita solo saja dalam rumah banyak bilik kosong , dia pun terbit niat nak teman . takmau takmau takmau.kita takmau camtu .

untuk perkongsian umum , aku beli 7 biji buah limau nipis. yes dragon ball ada 7 biji semuanya. sebab ada orang cakap angka genap tu mengundang duit . okay aku tipu . untuk info anda, aku cuma basuh bekas spray dengan pisau. minta perhatian , aku tak basuh limau tu . memang bersebab. sebab aku malas. haha. nak halau objek tu , nak basuh-basuh pula , memang lagi honoured dia nak berdamping nanti. lagi satu , memang pekat pati limau tu aku buat , tak tambah gula , bukan sebab takut semut datang , tapi aku takut aku tertumpah dalam jug , termasuk ketul ais , aku pulak yang hirup tu nanti . diri aku pun tak boleh dipercayai. lagipun ini air ubat,bukan nak buat sugar wax. dari 7 biji limau nipis , aku dapat pati dalam anggaran 50-60 ml rasanya . itu kalau kau hirup , untuk 7 keturunan kau tak perlu risau pasal sembelit dengan kolesterol .

jangan pula fikir , aku sibuk dengan limau nipis saja , aku ada iqamat juga dalam setiap bilik yang ada. azan pun boleh dan digalakkan . ada orang suruh azan kat setiap penjuru , baca Yaasin lepas solat dengan mengaji Al-Quran .

huh tak puas hati betul . entah apa keywords yang terlarang dalam entri ni.
 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be