silent reader(s)

Tanda Seseorang Yang Pancing

2 balasan ikhlas




Assalamualaikum. Selamat petang dan salam harmoni dari jiwa separa . pancing dalam entri ni tak ada kaitan dengan pancing ikan mahupun orang . maaf sebab tulis entri membuta tuli tanpa tahu asal usul perkataan ni . mungkin loghat daerah atau sewaktu dengannya sebab memang tak ada dalam kamus .mudah kesan orang yang 'pancing' dari segi kebersihan .

Pernah tak kau minum seteguk air dalam cup ataupun kau sedut air dengan straw , tiba-tiba ada kawan kau datang minta nak kongsi minuman kau tu? respon kau?

respon normal : hulur saja minuman sambil cakap " minum sikit saja tau " , ini normal yang kedekut

respon si pancing : terus sedut sikit minuman tu dan suruh kawan kau habiskan semua padahal air tu kau baru sedut sikit .

Kau pergi satu kenduri makan berhidang , pastu ada makcik/kakak semeja dengan kau pakai baju kaftan yang lengan labuh tu , kau tengok hujung baju dia tercelup dalam kuah asam pedas kesukaan kau , terbeliak mata hati kau pastu ?

respon normal : tiba-tiba berlakon jadi penghidap Alzhemier ,yakni kau tak ingat dah apa yang kau baru nampak, terus kau senduk kuah masuk pinggan kau dan makan bertambah 3 round.

respon si pancing : sebak sekejap. pastu pujuk hati ,gerakkan tangan amik kuah lain. atau terus tak makan nasi .pergi ke ruangan cendol yang kau cari setahun dua kali saja.


Happened to be , kau keluar date dengan someone kau bercinta dalam alam maya selama 3 tahun , korang jalan-jalan kat padang kota lama , pastu dia nak nasi kandar , first time jumpa konon nak sweet la , dia pun himpun nasi dua tiga butir , cubit ayam goreng berempah 2 inci, terus dia hala kat mulut kau , kau tersengih macam kerang expired bertahun , pastu ?

respon normal : sekilas kilat mulut kau terbuka sambil mata tertutup konon nak nikmati suapan hikmat tu.fefeling konon

respon si pancing : dengan berjuta rasa bersalah ,kau bagi segala ayat untuk tolak suapan tu . 


Disebabkan cuaca Malaysia selalunya agak panas , kau pun hentikan kereta tepi jalan , untuk beli air yang dijual di tebing jalan .lepas kau order , kau pun kusyuk kira butir-butir wap air yang mengalir kat luar balang air tu , hati kau menjerit riang , tup-tup kau terpandang si penjual tu cedok air tu tertumpah-tumpah dan terkena tangan dia , dan air masuk balik dalam balang air tu , reaksi kau ?

respon normal : buat macam biasa . "alah accident kecik saja tu.."

respon si pancing : buat macam biasa.. kau hidupkan enjin kenderaan kau, agak-agak dah jauh 2 km dari penjual tu , kau buka tingkap , kau lempar air tu dan sebak untuk RM 2 kau bayar untuk air tu

Bulan december kan selalu banyak majlis kahwin , so banyak lah undangan makan katering , yang kau kena beratur panjang , ambik pinggan , tadah pinggan kat orang yang bertugas untuk agih makanan , persis di asrama tentera , selepas ambik pinggan , kau kemana ?

respon normal : beratur macam orang lain untuk dapat nasi dan lauk

respon si pancing : ambik pinggan , keluar dari queue , cari sinki berdekatan untuk basuh dulu pinggan tu , pastu beratur balik dari belakang untuk dapat nasi dan lauk .tak lupa juga, tembikai atau buah oren ataupun honeydew yang dihiris cinonet .

Si pancing sangat observant . kalau kau ada kawan , tak kira jantina , setiap kali kau buat benda yang kotor atau sama maksud ,bila handling makanan ka, dia perhati kau tanpa join atau kata apa-apa , mungkin dia si pancing .dia tengah berfikir tu .

Ciri - ciri orang yang pancing nih mungkin ada tahap , bermula yang ringan hingga ke level parah . yang aku senarai pendek diatas atas pengalaman sendiri yang nak sorok tabiat tu,kalau si pancing yang berterus terang , mungkin lagi parah . golongan pancing selalu dilabel mengada tak kena gaya . tapi setiap manusia kan ada peel sendiri . memang golongan ini akan buat kau cakap , " macam dia bersih sangat , sana sini nak bersih " . dan golongan pancing ini akan buat orang sekeliling terasa . cuma aku harap orang yang normal cuba faham juga orang-orang yang pancing ni pun ada perasaan dan cuba untuk menjaga hati orang sekeliling . bagi aku , aku dah cuba sorok tabiat ni .sebab kebanyakan orang tak senang dengan orang yang pancing . sebab perkongsian akan jadi terhad dan selalunya bab makanan , peralatan rumah dan sebagainya . golongan ini tampil sebagai bakhil untuk berkongsi alat yang ada isu kebersihan . ada yang sampai beli perkakas khas untuk dirinya kerana tak boleh berkongsi barang orang lain. sekian meluah.
 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be