silent reader(s)

Aku Tak Nak Kurus

1 balasan ikhlas


Assalamualaikum. katakan apa saja kau mahu , sesungguhnya aku wifi addicts. seminggu lebih hidup tanpa wifi . sengsara sangat -.- bila dah buka blog , wajib check search keywords. setiap kali aku check , aku harap ada sesuatu yang boleh dibahas . kali ini , kita ada search keyword , aku tak nak kurus !

tak kisah anda tu lelaki atau perempuan , adakah anda kurus atau berisi ?boleh saya assume , anda seorang yang berisi ? bukan kurus atau berisi tiang utama , kalau kurus tapi tak sihat tak ada guna. tapi kalau berisi sikit tapi tak ada masalah kesihatan , itu berisi bahagia hoho. kita nak fitness bukan fizikal .

dan untuk orang yang on diet untuk kurangkan berat badan , jangan la letak aim anda untuk kurus sahaja . tapi untuk sihat juga . dan hindari letak asbab anda nak kurus disebabkan orang lain . memang orang cakap , a lil pressure bagus untuk kejayaan tapi mostly akan bawa negative effects untuk mind setting kita. kita nak cantik figure untuk mata kita sendiri , bukan mata orang . 

please believe in my words , zaman moden sekarang , penampilan luaran yang sempurna tanpa ilmu masih tiada tempat dalam kalangan cerdik yang pandai . jika fizikal anda kurang , tapi intelek anda tinggi , be happy  with it . at least ,kalau orang lain tak suka, shafiq like that kind of human hoho. jangan fizikal kencang , otak zero!

Pantang Larang Masuk Rumah Baru

2 balasan ikhlas




Assalamualaikum. selamat petang . sebenarnya banyak gambar yang aku nak kongsi kat sini. gambar-gambar yang aku dapat dari tempat baru . yang paling penting , aku dah rasa bakso . hoho sekian lama hanya memandang menatang tu , semalam aku sudah jamah dia! hoho cukup jahat tak bunyi tu -.-

Aku bajet entri nih entri much needed updated. sebab otak aku tak boleh simpan data lama-lama. boleh crack.tak banyak sangat benda yang aku boleh cerita pasal atmosfera baru nih . tapi ada la sub-sub topik. bunyi macam banyak pula  -.-

Put aside lah gerai cinonet tuh . aku dah frust tahap thermometre pecah. apa kaitan ? bukan aku tak bersungguh , much efforts and not to forget how much i financed for the stall .i cant bear the frustration .

Neighbourhood, well its a boring topic to talk about. what would you expect jiran-jiran di perumahan metro ? apa yang kau buat , diorang dengar , apa yang diorang buat kau dengar sikit saja. sungguh tak adil. sebab rumah kau kosong lagi -.- aku bersin tengah-tengah malam , seakan thunder sound effect .sebab echo.bayangkan bunyi bila aku jatuhkan tangga besi .haha. sabar sajalah jiran.

Peer jiran . rumah kanan kiri sudah berkeluarga . aku saja bujang . pastu petang semalam ada la sorang budak perempuan . sekali kilas saja aku terpandang masa aku nak keluar dari rumah , mungkin form 2 atau 3. budak-budak lah kira. sesi terpandang dipandang dua tiga minit . aku hairan kenapa orang lain mampu pandang orang lain lebih dari seminit sedangkan orang yang kau pandang tak pandang kau dah . aku orang baru kat kawasan kejiranan tu , yang lain kira bapak senior dah, mungkin itu asbab aku dipandang. benda baru memang camtu kot.

Peer aku. jiran-jiran harap bersabar dan biasakan diri. aku jenis tak peduli orang. kalau terpandang orang pun , kalau kau tengah senyum , then aku akan senyum . kalau aku tersengih sebelum orang senyum , memang itu bukan aku. mungkin qarin aku -.- my bad. aku bukan peramah.aku seorang pemalu yang tak berlokasi tepat . aku berjalan dengan sangat fokus . umpama ada track tersedia . kepala dengan badan aku takkan beralih ke kanan kiri untuk tegur orang atau untuk meng-usha orang .

Kedai makan terdekat.sub topic ni paling penting bagi orang bujang . belakang rumah , selang dua blok atau lorong , ada restauran berderetan . tapi ada satu kedai yang macam special . eh bukan sebab waiter dia bertudung labuh dan muda. sebab authentic thai la. so for first time fright macam aku , bila bercakap dengan orang yang macam tu , tiba-tiba lidah rasa kurang inci ,bukan terbelit kata tapi pause 2,3 saat baru aku boleh order makanan yang aku nak .well typically me. malu oh malunya.

Gangguan makhluk. setakat ni belum ada dan jangan pernah ada. aku pun kurang pasti tahap penakut aku kalau diganggu .takut jugak orang yang disangka berani  ni , sekali diganggu , terus histeria. oh jangan .habis hilang macho. ada petua bagi diami rumah baru , kena letak cuka dalam bekas dan diletak tengah-tengah rumah, tapi bagi aku , aku tak buat sebab bau masam cuka tu busuk, melainkan kalau ditambah dalam mee goreng. cuka hanya berfungsi begitu bagi aku. aku hanya sembur air perahan limau nipis & kasturi di keliling dinding rumah. bau masam dikata mujarab menghalau atau menghindar kehadiran makhluk itu sebab dia tak suka bau masam . kalau aku kumpul baju tak basuh banyak-banyak , adakah itu berkesan untuk menghalau dia ?rasanya tak berkesan.sebab bau badan aku begitu harum ,tak pernah capai had mula masam. merapu dah ni. selain petua tu , mainkan bunyian zikir , bacaan ayat Al-Quran , tapi bagi aku , macam tak cukup. kita sendiri kena baca ayat-ayat suci tu, bukan buka player kat laptop saja . buat saja yang mana termampu.

Jelajah pelosok/pelusuk. check sendiri lah mana satu ejaan betul. mungkin satu ejaan tu ejaan lama. atau indonesia melayu. petang semalam dalam keadaan mood down aku berlegar-legar tengok kawasan , nak tahu juga kat mana lokasi bank , pasaraya termurah , kedai telefon , kedai elektrik , dan lain-lain yang aku rasa penting . well-expected , imma good searcher. tapi aku tak berjaya cari pejabat pos. pos laju saja ada . roughly saying , harga barang sini lagi tinggi dari tempat asal aku. surprisingly , aku tak sesat langsung masa misi cari tempat-tempat tu . cuma aku lalu jalan yang sama berulang kali .itu biasa saja .

Overall .orang-orang kat sini okay lah , bersifat dengan sifat asal manusia sebab aku berpindah ke kejiranan manusia juga bukan wilayah zombie. sepanjang jalan ada gerai nasi lemak waktu pagi buatkan aku rasa nak cuba semua yang ada,boleh bertukar selera setiap pagi . waktu malam sepanjang jalan ada gerai makanan kecik besar , macam pasar malam ja sini . vending machine water filter pulak senang jumpa , dalam taman pun ada . boleh katakan ada ciri-ciri perumahan impian untuk berkeluarga nanti .suasana waktu malam, memang sunyi dalam lorong taman.cuma ada la satu dua malam bunyi ekzos motor anak jiran sebelah pukul 2,3 pagi -.- yang paling penting , penghuni-penghuni kat sini rata-rata adalah peniaga . 


No Plagiarism. All the words below , Credit to IKHTIAR MUSLIM

Jin dan syaitan biasa berada di mana-mana, termasuklah di rumah yang sedang kita huni sekarang. Waktu kita sembahyang di rumah, kan ada syaitan datang menganggu? Bahkan qarin/ jin pendamping kita pun selalu ada bersama-sama kita. Cuma mereka bukan jenis pengganggu dan perasuk, lebih kepada jenis pembisik. 

Kalau jenis pengganggu dan perasuk ini berada dalam rumah kita, ini yang menyebabkan gangguan. Boleh jadi dia menjelma, ataupun dia mengubah barang-barang, ataupun merasuk, ataupun menyakitkan kita.

Jin memang suka tinggal di rumah-rumah kosong, bahkan dalam bilik kosong di rumah kita. Tapi itu tak bermaksud dalam setiap rumah atau bilik itu mesti ada jin. Dan jika ada jin pun, tak semestinya jenis jin pengganggu. Bukan semua rumah kosong atau bilik ada jin pengganggu. Mungin satu dalam seratus buah rumah atau bilik (sekadar contoh). Wallahualam.

Antara ikhtiar yang boleh dilakukan ketika mahu berpindah ke rumah baru anda ialah:

1. Ketika masuk ke rumah itu, ucapkan “Assalamu’alaina wa ‘ala ‘ibadillahissolihin” macam dalam tahiyyat akhir. Maksudnya “Salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh.” Boleh juga dilakukan pada setiap bilik.

2. Berdiri di ruang tengah rumah, azan ataupun iqamah. Tak perlu kuat seperti di masjid, guna suara sederhana saja.

3. Buatlah kenduri doa selamat sikit. Boleh juga dibuat bacaan Yaasin ataupun kenduri tahlil. Tak mampu panggil ramai orang, buat untuk keluarga pun jadilah. Bacaan-bacaan dalam doa selamat ataupun tahlil memang mesuai untuk mengusir dan menghindarkan jin. Dengan membaca doa beramai-ramai dan buat kenduri, para malaikat akan datang bersesak-sesak. Keadaan ini akan menakutkan para jin daripada berada dalam rumah itu
 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be