silent reader(s)

Wahai Pemegang Lesen Kereta Motor 2015

1 balasan ikhlas





assalamualaikum. sebagai pengajaran dari apa yang jadi pada saya yang terlupa tarikh lahir adalah tarikh renew lesen pemandu , saya dapat tahu sistem denda terkini oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), yeah selepas ditahan dalam satu roadblock semalam hoho.sedar lah aku sekarang , ingat tarikh lahir rupanya mustahak .


tak kisah anda pemegang lesen yang mana satu , sama ada Learner Driving Licence (LDL), Probationary Driving Licence (PDL), Competent Driving Licence (CDL), Vocational Driving Licence (VDL) , jika terlewat sehari pun , anda tetap dikenakan denda nih . tapi untuk lesen LDL, saya kurang pasti pulak sebab lesen L kan special sikit dia punya caturan , tempoh renew dia pun lain , ada 6 bulan kan.


denda nih tak merugikan ,cuma bagi orang yang pergi pejabat pos dengan ngam-ngam RM 30 , bajet untuk renew lesen motor kereta setahun , memang akan rasa sebak sikit depan kak pejabat pos tu sebab harga yang dikenakan adalah RM 62.10. sebab apa berganda ? bagi orang spesies saya , jenis bila kena baru tahu , dan sekarang anda belum kena lagi jadinya tak tahu lagi lah kan , saya rasa penuh tanggungjawab nak gitau , anda akan dikehendaki membayar untuk 2 tahun terus . bagus bagi orang yang prepare hadap sistem denda yang acapkali dikemaskini , like me. kita bayar untuk lesen kita juga , bukan burn untuk denda saja .2017 baru lah kena renew pulak kisahnya hoho.


dan bagi sesiapa yang tertanya-tanya nationality saya, yes sy orang Dutch yang lahir di Malaysia.terlupa nak tanya orang kaunter tu , RM 2.10 tu gst ker -.- tahniah Malaysia , anda dihadiahkan gst .
 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be