silent reader(s)

Mandi Bersama Mata Ditenung

1 balasan ikhlas




assalamualaikum . untuk entri semalam berkisar pasal cinta pandang pertama , ada lah 2,3 respon dari beberapa blogger. mungkin mereka tidak berniat nak menghakimi atau membalas entri aku tapi nak buat camna dah aku nak jugak rasa mereka respon entri aku dalam entri masing-masing. mungkin kebetulan. tapi tak apa, aku tak ambil hati hoho.

search keywords minggu ini memang bosan . antara yang menonjol bagi aku adalah mandi bersama dengan mata ditenung . aku nak tahu sangat , kenapa orang tu search perkataan macam tu. adakah dia mahu belajar cara-cara mandi bersama ataupun dia mahu melihat gambar-gambar mandi bersama ataupun dia seorang bakal pengantin yang mahu belajar adat dalam mandi bersama , sedaya upaya aku cuba bersangka baik nih .

ya mata ditenung . seacrh keywords yang tak cukup sempurna . adakah dia search sebab mata kita ditenung ataupun cara kita tindak balas apabila mata ditenung , paling tidak pun adakah maksud mata ditenung adakah permulaan cinta .haha. hanya orang mencari saja tahu maksud mata ditenung tu apa dia .

kadang-kadang search keywords orang yang tak terlampau rajin memang agak ringkas , tapi aku selalu taip penuh tanpa peduli suggestions google , aku nak betul-betul specify hal yang aku cari sebab aku nak result yang keluar betul-betul muat apa yang aku harapkan . taip sikit-sikit ni kadang keluar macam-macam . kan dah bazir masa kat situ .
 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be