silent reader(s)

Wahai Peniaga Online Yang Buntu

0 balasan ikhlas



Pembiayaan Mikro Penjaja dan Peniaga Kecil (Pembiayaan Mikro-i MPPK) diperkenalkan oleh KPDNKK melalui Bank Rakyat kepada penjaja dan peniaga kecil untuk membantu menaik taraf perniagaan.

Jumlah Pembiayaan Sehingga RM 3,000

Tempoh pembiayaan 12 - 36 bulan (setahun - tiga tahun)

Ciri Produk

- Penjamin tidak diperlukan
- Tiada kadar keuntungan
- Tiada bayaran proses
- Tiada cagaran

Kelayakan

1) Warganegara Malaysia berumur 18 – 60 tahun

2) Terbuka kepada individu atau penjaja
dan peniaga kecil yang menjalankan mikro enterpris secara sepenuh masa

3) Mempunyai lesen/permit/daftar perniagaan yang sah
dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

4) Tidak muflis

5) Jenis pemilikan yang dibenarkan adalah:

Pemilik tunggal
Persendirian
Perkongsian

6) Aktiviti perniagaan yang dijalankan tidak bertentangan dengan Syariah

7) Menjadi ahli persatuan yang berdaftar (daftarlah diri mana-mana persatuan penjaja atau persatuan berkaitan perniagaan,sebab anda akan perlukan surat sokongan dari mereka)

8) Tidak mempunyai pembiayaan mikro yang masih berjalan di mana-mana bank/
agensi
. Bagi pelanggan yang telah menjelaskan sepenuhnya pembiayaan mikro di
mana-mana bank/agensi, adalah layak memohon pembiayaan mikro di bawah program
ini

Dokumen Semasa Permohonan Pembiayaan

Borang Permohonan Pembiayaan Mikro-i MPPK
Salinan kad pengenalan
Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Caj

1) Duti setem RM5.00 setiap RM1,000.00 atau sebahagian daripadanya
2) Takaful Ditolak daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan

Untuk sebarang kemusykilan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat di talian 1-300-80-5454.

( ramai yang dah mohon pembiayaan nih tapi ada yang berbulan-bulan tunggu , habuk pun takda, cuba sajalah , mana tahu Bank Rakyat kawasan anda terlebih efisien )

Pandang Pertama

0 balasan ikhlas






Assalamualaikum. kalau ada yang betul-betul ikuti blog aku sebelum nih mesti tahu apa pandangan aku pasal topik nih. jadi tak perlu dah aku nak bebel panjang .tapi since aku takda kerja nak buat sekarang ,maka harus lah aku bebel jugak.aku mungkin terlihat macam seseorang yang mesra alam semacam secara maya. in real life , aku lah si sombong si perasan bagus dan kadang-kadang aku rela dilabel lain-lain yang teruk yang mana satu manusia mampu gelarkan aku.


Idea nak bebel pasal nih timbul lepas aku pikir balik apa yang jadi masa aku kat luar pagi tadi .dalam perjalanan balik , ayah aku singgah satu restoran nasi kandar. aku yang hampir 3 minggu tak terima sinaran UV, terpaksa tadah kulit yang makin men-dracula dan terpaksa makan jugak. tapi bab makan tu bunyi macam tak terpaksa pun sebab dah lama sangat aku berpisah dengan nasi kandar. disebabkan ,mungkin takda seorang blogger pun yang pernah tulis benda camni ,ada ka blogger kurung diri pun, aku rasa bertanggungjawab penuh untuk kasi tau , bila aku dah lama tak keluar rumah , langsung tak , tiba-tiba masuk tempat public , orang-orang tengok kita , satu perasaan akan muncul .pikir lah sendiri. 


Dalam ramai tu , ada satu family duduk betul-betul meja berdekatan pintu masuk , aku kira terdiri dari makcik pakcik agaknya. masa aku berdiri , tercengang , okay satu lagi pasal aku , kadang-kadang akan jadi satu masa aku blur dengan sekeliling dan takkan respon dengan apa-apa untuk seketika.seolah sistem badan berhenti kecuali jantung la, kalau tak, takda la entri nih. aku macam tengah interpret apa yang tengah jadi. padahal masa tu aku tengah tunggu untuk pilih lauk. 


Lepas deria aku kembali berfungsi atau 5 saat kemudian ,aku ternampak seorang perempuan yang usha tepat ke jantung aku. percaya lah. selalunya aku akan tunduk ja kalau dah mata bertemu mata .okay kali nih aku tenung balik. dia duduk dengan family dia,meja yang berdekatan pintu masuk tadi. aku tak perasan sebab aku masuk menunduk saja berjalan tak meliar pula mata cari pandangan. stop. itu saja ceritanya.bagi aku,nasi kandar lebih menyelerakan dari pandang perempuan.


To be honest , aku mudah jatuh hati. tapi tidak sesekali sebab luaran . aku jugak picky,tapi bukan fizikal yang aku cari.sebab tu aku tak ada pengalaman love at first sight .my bad,or good somehow. aku adalah satu spesies yang mampu menerima seseorang seadanya, kalau rupa isunya.kalau perangai isunya , as long as that someone never give up on me, i'l never leave someone sebab perangai dia .bunyi poyo tapi itulah kebenaran yang ada yang tak semua mampu terima. moving on can be easy once i meet someone better.perhaps.and someone better come in my way like once or twice in a lifetime hoho.


Keindahan suatu rupa mampu menarik perhatian sesiapa saja, keindahan sekeping hati akan mengikat hati yang lain selamanya. cliche tapi betul pada aku. apa guna rupa yang cantik tapi tak menenangkan bila dipandang. terjuih mulut sana sini, terjelir lidah bila selfie, terjilat gigi . kau ingat comel ?perempuan cantik ada merata-rata ,kadang kat pasar malam pun kau boleh jumpa,tapi perempuan yang pelihara diri dan tak menunjuk-nunjuk tu yang susah dicari .

Terpisah Aku Dari Bumi

0 balasan ikhlas




assalamualaikum . pertama kali aku dengar satu jam yang lalu dalam kereta . first assumption terjah otak aku , that must be her. it so her words.so aku dengan separa teruja balik buka laptop . dengan modal bait-bait lirik bercelaru , aku search meditasi sebab sound camtu .semua puisi yang dia pernah karang , aku mungkin tak mampu baca dengan lantang sebab aku bukan ingat sangat semua benda. hari lahir sendiri pun tak mampu lagi aku kira apatah orang lain. mungkin orang lain tak rasa bonding nih tapi bila kita jumpa seseorang yang setiap katanya kau mampu angguk setuju,ikhlas , sebab kau faham setiap bait , bukan angguk kepala dengar alunan musik , padahal satu apa tak masuk otak.terlalu malas.kebiasaan. fynn. i cant agree with you more than this, u just so right.

Intro (Fynn Jamal)

demi jalan-jalan yang sunyi
yang dipaksa aku berseorang
di bingit malam...aku...berani...
manusia terlalu perlu berkelompok
kalau sendiri serasa mati
tetap aku tak sudi beramai
aku berani...aku berani...
(levitasi)

Verse 1 (Fynn Jamal)

lima belas ribu tiga ratus dua puluh empat saat
aku hitung akhir detik kita dekat-dekat
masih aromamu kuat sitrus yang melekat
akal berselirat urat ke belikat sarat
ku tak pasti apa terjadi
sumpah ku tak pernah begini
tolong khabarkan, cara lekaskan
cepatkan, pantaskan masa berjalan
kau sesungguhnya ketagihan

biar satu dunia terbutakan matanya, pandangnya
biarkan, mungkin pada mereka kau tak terlihatkan
jasadnya, biarkan
perlu apa dihebahkan
bukannya pertandingan
yang terpasti, kau di sisi
yang ku rasa

Chorus

levitasi...
hadirmu membawa misteri...
ku terpisah dari bumi...
terapung
di awang-awangan...
bersama kita keasyikan...
rasakan levitasi...

Verse 2 (Kirana)

sunyi, lari, dengan hingarnya cinta yang kau bawa, sini
meski ku sendirian menongkah, seorangan menadah
ku tak lagi terkejut, terhinjut, diserabut berserah pada ribut
cukup kita tahu apa yang kita tahu
cukup dengan cukup apalah orang tahu
terapung, tergantung ke langit hujung berdua ke tua cinta diusung

dunia bagai membubuh matanya di depan aku
mencari cela, silap, hina dan gelap aku
seakan menyuruhku berhenti bergemuruh
bila beransur guruh berlabuh di langit tujuh
perlu apa dihebahkan, bukannya pertandingan
yang terpasti kau disisi, yang ku rasa

Chorus

levitasi...
hadirmu membawa misteri...
ku terpisah dari bumi...
terapung
di awang-awangan...
bersama kita keasyikan...
rasakan levitasi...


(Bridge : Puisi Fynn Jamal)


entahlah tentang manusia...
mungkin pada riuh...datang kekebalan...
mungkin pada bising...muncul kekuatan...
maka riuhlah, maka bisinglah
aku tak hairan
angin kencang aku tak takut
dengar aku jerit pada langit, gunung, rimba dan laut
aku berani...aku berani...

Verse 3 (Kaka)

kotakan nawaitu
katakan nan hakiki
madunya masih ditagihi
dari tabir balaclava ku dihakimi
masih digembala rejim yang menzalimi
ay...nyalakan pelita hindari kegelapan
nantikan cahaya nur bergemerlapan
di petala lapan emas berdakapan
nantikan keberangkatan

dalam perjalanan
dengar lagu Rindu
senandung lama yang memilu
dihargainya satu, dibencinya seribu
restukan ekstradiksi ke halaman nibiru
sakti dan magika mainan seketika
di persada kalachakra jangan leka
demi kebebasan, esok yang merdeka
hati terbang mencari yang Esa

 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be