silent reader(s)

Tak Boleh Tenung Mata Orang

8 balasan ikhlas



assalamualaikum . suatu petang yang berkampit-kampit menimbun rasa bosan . aku pun buka search keywords A Gentleman To Be. lepas hampir setahun aku menarik diri dari dunia blogging , memang blog usang nih dah berhantu . hohoho. jadinya search keywords pun berkaitan mistik dan sikit .

masalah atau tabiat tak boleh tenung mata orang nih dulu lah aku alami sewaktu fasa kanak-kanak beralih remaja gatal. bukan sebab takut jatuh hati .bila aku search , ada orang cakap sebab kurang keyakinan diri . pakar motivasi pun cakap camtu.

anehnya , bila masa makan masa dan aku makan piza , aku pun telah dewasa ,akhirnya. sebab aku bukan detektif conan. dia saja yang kecik sampai bila-bila. macam manusia normal yang lain , ada hari aku rasa aku segak sangat .cliche. jangan tipu diri lah kalau cakap kau tak pernah rasa.

kalau masa sekolah rendah , waktu presentation mesti aku menyorok belakang kawan , atau tinggikan buku masa presentation individu , waktu ipt menjelma aku dah berubah . ada perubahan ke arah lebih baik lah. nak cakap takda langsung kang kecik hati aku nih. lagi pula, zaman ipt aku dah biarkan fesyen pakaian merasuk diri aku, bila kita well-groomed ,automatically keyakinan kita menaik , eh.

lewat ipt jugak aku dah mampu present sorang-sorang walaupun komen yang selalu aku dapat mesti berkaitan hubungan mata aku dengan classmates .itu lah yang selalu bagi masalah untuk aku .betapa aku harap setiap kali aku present dalam kelas , semua orang cari lah aktiviti sendiri , jangan tengok aku present , bercakap lah sesama kamu , as long as aku tak habis lagi present . tapi malangnya , setiap kali aku present , tiba-tiba perempuan yang paling kepoh mulut pun diam, bagi perhatian , orang-orang lain pun tiba-tiba berminat nak dengar . semuanya tiba-tiba. arghh dugaan .

makin lama makin aku nampak , ini memang sikap aku yang sebenarnya seorang pemalu. percayalah wahai kaum Bumi semuanya ya aku lah pemalu itu .tapi bila aku berada dalam lingkungan mereka yang aku senang didampingi , aku tak malu .aku ada satu sikap nih aku gementar untuk jumpa seseorang buat kali pertama , bercakap dengan orang buat kali pertama , kira macam first time fright eh. satu lagi , aku mudah gementar kalau ditenung orang lain lebih dari 5 saat.

ada tak orang yang bila ada orang tengok kau dari atas sampai bawah bila nampak kau ? orang yang kau kenal lain la. ini orang yang kau tak kenal. kalau aku, aku akan terus tengok jugak diri aku, buat-buat cari apa yang tak kena .padahal tu cara aku untuk buat dia yang tengok tu sedar,aku tak selesa dipandang camtu.

khas untuk orang cari keyword tu maaf lah saya curi tajuk carian anda . dan maaf kalau entri nih tak membantu anda sikit pun hoho.

Lulur Tradisional Indonesia

2 balasan ikhlas


sedar diri bukan pakar bertauliah untuk bercakap atau menulis pasal penjagaan diri yang betul . saya cuma nak berkongsi seadanya dan termampu saja .bukan niat nak label produk kosmetik atau produk penjagaan kulit  yang terkini sebagai picisan , itu hak masing-masing lah nak memilih. 

penjagaan diri saya ringkas , no moisturizer , no toner , no night cream , no day cream ,no evening tea break, no sunblock . untuk harian saya guna facial cleanser saja ,itupun sehari sekali .untuk penjagaan berkala , atau erti kata lagi tepat , bila rajin saja -.- , saya guna masker atau lulur home-made yang diterbangkan dari Sabah. bahan yang terkandung dalam lulur nih semuanya semulajadi .antaranya , beras pulut , kayu manis , air asam jaya dan kunyit .bau dia persis bau kopi , tapi orang yang buat ramuan nih tak nak gitau ada kopi atau tak dalam lulur nih.boleh camtu.

kalau kau malas nak google kegunaan beras pulut untuk kulit , baca nih - wahai pemilik kulit kusam dan pucat , beras pulut membantu masalah anda dan mencerahkan !

kebaikan kayu manis pulak - mengecutkan jerawat , mencerahkan kulit , meremajakan kulit muka

kelebihan asam jaya - mencerahkan kulit , membuang sel kulit mati yang buat muka anda nampak kusam,mengubati bekas jerawat

kegunaan kunyit - mengawal minyak berlebihan , memperlahan proses penuaan iaitu garis yang ada

lulur buatan orang Indonesia yang tinggal di Sabah nih sesuai untuk orang yang takda masalah kulit , itu kalau nak kulit lagi sihat la, baby face hoho.yang penting tak sampai 50 myr pun harga dia. heheh. sesuai jugak untuk orang yang talam dua muka . eh. muka dua tona. sorry sorry.sunburn kata lainnya.

ketiga-tiga bahan asas lulur nih bergabung fungsi mereka , anda akan rasa sensasi tegang pada kulit muka anda dari saat anda sapu pada muka anda . lepas dah kering , pandai-pandai lah cuci/rinse off sebab ni bukan jenis peel-off , anda akan rasa kulit muka anda sangat lembut ,sebab saya rasa camtu tiap kali pakai dan tiap-tiap kali tak pakai , ikut keadaan kulit anda yang azali juga, kalau tak pakai pun rasa lembut alhamdulillah la. lupa nak cakap , lulur nih boleh letak di kepala , di badan , dimana-mana anda rasa memerlukan kerja-kerja baikpulih -.-

dan kata-kata terakhir , Rom tak dibina dalam masa sehari . takda istilah magical kalau nak sesuatu yang worthy , istiqamah lah dalam amal apa-apa petua , kalau asyik bertukar-tukar sampai ke anak cucu lah maintain dengan masalah kulit tu .
 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be