silent reader(s)

OST HidayahMu Ramadhan Kau Yang Satu

0 balasan ikhlas


Lirik Kau Yang Satu by Nazmi Irfan

Tidak terungkap dengan rasa
Tiada cerita yang seindah kita
Tetapi ku akur
Bayangmu menjauh
Bagiku hanya kau yang satu

Selagi nyawaku bersama
Selagi jasadku di bumi nyata
Gelisah menunggu
Rinduku bertemu
Bagiku hanya kau yang satu

Bila cinta tak lagi bersama
Bila rindu tak mungkin menyatu
Dan masih ku tunggu
Kau kan ada di sampingku
Menemani lena dan jagaku
Hanya kau yang satu

Jangan Seronok Sangat Bila Check In Hotel

0 balasan ikhlas



Assalamualaikum dan salam berserta pendedahan bilik hotel yang kita sering dengar namun kita menafikan atau hesitate untuk percaya atau tak. tapi, ini sekadar kajian tentang kebanyakan hotel sahaja ya.bukan semua.sebenarnya isu ini meliputi semua jenis commercial accomodations.

Pengetahuan baru buat anda yang tak tahu cara room service beroperasi . nampak kemas kan ?haha. petugas yang kena kemas bilik hotel ni diberi masa lebih kurang setengah jam saja untuk kemaskan bilik di hotel. makin besar hotel makin banyak bilik yang perlu dikemas. bunyi sangat memenatkan. untuk hotel bertaraf 5 bintang mungkin tiada masalah bagi pihak pengurusan untuk mengupah banyak tenaga kerja , tapi sejauh mana ketelusan para pekerja itu bekerja ?


Guna Gelas Di Bilik

Sekali pandang tak ubah meja kaca kat kedai emas.takda cap jari. sempurna sebagai sebiji gelas hotel. dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah dalam bandar merakamkan yang gelas di bilik jarang dibasuh.

lebih teruk, disembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. petugas yang menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas pun ada. so tiup-tiupkanlah semangat kerajinan anda dengan bawa cawan dari rumah. malas juga, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.tapi... tak jijik kah?


Cerek Air di Bilik

best bila boleh bancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk.tambahan kebanyakan hotel di Malaysia suka letak sachet kecil Nescafe dalam setiap bilik kan.malangnya, dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui sebenarnya cerek kerap dijadikan tempat meletak kondom terpakai hingga dia sendiri minum air yang dijerang kat rumah dia saja. petugas pun naik fobia nak guna cerek di hotel.

Pintu Bilik Hotel

bercuti di hotel bajet atau hotel mewah bukan isunya, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan. setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu.tak kiralah betapa canggih sistem keselamatan pintu hotel, ia tidak selamat yang anda sangka.sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staf hotel sendiri. be prepared of any sudden things . mana tau tiba-tiba ada guest bilik lain yang mabuk tersalah bilik?

Minum Air Dari Paip
guna air mineral sebagai air minuman. jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. kisah pengunjung cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.

oh anda masih optimis, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? mereka melaporkannya kepada pihak hotel sebab tak tahan dengan rasa air yang agak pelik.setelah diselidik, selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel itu.


Bersandar di Tingkap Bilik

tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur. ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel.hotel murah atau hotel mewah bukan kisahnya, kedua-duanya tidak selamat. try google hotel window fall .see for yourself.

Pengalaman sendiri

hotel paling tinggi darjat kebesaran yang saya sendiri pernah masuk 4 bintang saja dengan keluarga. tak pernah check in berdua dengan bukan mahram, just to clearify things. Cititel Hotel , boleh la..nasi goreng dia sedap -.- usia ketika itu terlalu awal untuk faham erti kebersihan. itu check in kan.

latest,pengalaman menjadi saksi penyediaan makanan sebelum satu event besar melibatkan orang-orang ternama berbuka puasa. sangat membuka mata hati nih. bayangkan YB makan pun benda yang status kebersihan diawang-awangan. menjadi pelajar amali di sebuah hotel merupakan pengalaman jijik yang menyedarkan diri , semua yang indah tak seindah yang kelihatan sebenarnya, bahkan disebalik proses menyediakan sajian yang mengamalkan konsep " cepat-cepat buat kerja, capai saja segala yang ada". kalau benda kotor yang dekat dengan kau , yang tu la kau guna , kau takda pilihan lain, orang yang pantau kau suruh kau buat camtu. so bila next time kau check in hotel berapa bintang pun , sebenarnya tak se-gah mana pun. dan jangan lupa, cium bau gelas dulu sebelum kau guna haha.

Semua Benda Naik Dia Saja Turun

0 balasan ikhlas


Assalamualaikum dan salam berserta pesanan , informasi dan peluang hoho.kalau nak tahu apa yang turun , boleh singgah  sini yang bertarikh 15 November 2015. selalu baca hiburan saja kan ? tambah-tambah jenayah lagi kemain laju kau . okay jangan terasa. sekali sekala ambil pusing pasal keadaan pasaran mentah di Malaysia tak salah kan . ketepikan sikit bisnes emas tu sat .

Jika anda berminat untuk cebur diri dalam bidang mentah di Malaysia , kebetulan saya ada seseorang yang sedang mencari rakan niaga untuk bisnes dia .aku tak rasa aku medium yang sesuai untuk sampaikan berita benar . haha. but who knows .contact me if you are so into this.

Nampak tak kecelaruan diatas ? saya sampaikan maklumat berkaitan harga minyak sawit mentah dijangka menurun disebabkan inventori yang sedia ada masih dalam jumlah yang banyak untuk bulan-bulan yang lepas sambil menawarkan sesiapa untuk cebur diri dalam perniagaan tu ? semua benda ada pros and cons anyway.tak nak ambil risiko , jangan gelar diri sebagai usahawan.

Kita sedang bercakap tentang satu bendalir yang setiap rumah wajib ada , not to forget ,mempunyai nilai eksport jutaan ringgit dalam setahun melalui produk-produk yang mengandunginya. start dari produk makanan ais krim, marjerin, food fats hingga lah bab produk penjagaan diri seperti krim pencuci,bahan solekan, sabun dan ubat-ubatan. kalau tak , tak dipanggil tulang belakang KDNK.

Plus,ini keperluan domestik kita. ingat semua rumah mampu guna minyak jagung , minyak soya , minyak biji matahari ? minyak sawit is an alternative.but im not saying its an alternative due to poverty -.- orang yang mampu tapi berjimat pun guna meh. tahniah Malaysia ! anda dihadiahkan gst.

Kenali Sikap Melalui Gaya Tulisan

0 balasan ikhlas




Assalamualaikum dan salam analitik kepada jiwa-jiwa yang ringan lagi berat kandungan akalnya. 365 hari keluarkan entri pasal emosi pun tak boleh jugak. haha. ikuti kajian yang dibuat oleh Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah  :

Kajian Gaya Penulisan Anda (Graphology)

Pertama : Tekanan
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di
bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak
memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak
memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain,
peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang,
berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat
setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan
sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang
perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau
kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah,
mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan
kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah 

iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Hidup Segan Mati Tak Mau

0 balasan ikhlas




Assalamualaikum dan salam beserta paranoid , prejudis , prasangka . well itu dah cukup gambarkan keadaan aku pada masa tu. macam manusia lain, bila dengar pepatah atau phrase yang berlapik , mesti kita fikir negatif. apa yang jadi tu seminggu yang lalu atau dua minggu  , aku pun tak berapa ingat sebab dah erase part of my memories haha. ya-ya ja.

Masa benda ni jadi, otak memang berserabut macam serat kat roti whole fibre Gardenia . tak terhitung kan. pastu ada satu mahkluk Tuhan nyanyi part ni " hidup segan mati tak mahu..." pastu dia tanya aku, " hang pernah dengar lagu tu?" .as you expected , memang aku bengang masa tu.aku rasa dia tengah nganjing aku. aku tak tahu asbab aku boleh lupa yang memang wujud lagu tu. tapi hari tu memang aku lupa, yang aku fokus, aku yakin dia perli masa depan aku yang tergendala.. haha. kesian dia yang rajin minta lagu terbaru dari aku -.-

Kadang-kadang niat manusia ni disalahtafsir. tragis.pengajaran yang aku dapat , bila otak berserabut , kita akan nampak semua benda negatif .aku masih cari titik positif tu. mungkin dengan cara berkhalwat dengan kesunyian ni , aku dapat temukan diri aku yang hilang . jika sudi , doakan aku yang baik-baik, wahai silent readers.


Cara Lupakan Hal Tragis

0 balasan ikhlas


Assalamualaikum dan salam dari orang yang bersemangat nak post entri nih.boleh. selamat pagi dan semoga hari ni ada keajaiban. haha. instead of harapkan lebih baik dari semalam. aku harap hari ni beratus kali lebih baik dari semalam, itu namanya keajaiban haha. take a look at this :

Kenalpasti mana satu benda hang nak lupa

kenalpasti orang yang terlibat , nilai sentimental ,emosi anda kepada benda tu sama ada marah atau sedih dan etc .in detail

Cerakin secara spesifik

analisa lagi.contoh , tak boleh lupakan bekas kawan yang dah sign in as musuh atau sesuatu kematian . memang tak boleh lupa manusia tapi bukan tempat , particular perfume's smell , nama sesuatu tempat , atau apa-apa rancangan tv yang dia pernah kenalkan kat hang. tuliskan semua benda kalau hang tak mampu ingat dalam otak melainkan hang tahfiz yang kuat hafazan lah. termasuk kehadiran orang baru yang resemble seseorang dalam masa lepas hang. write it down.

Meditasikan semua detail tu masa hang tengah berseronok

Fokus atau tumpukan fikiran hang pada semua details tu masa hang tengah bergelak sakan dengan sapa-sapa. ini antara cara nak jana rangsangan kepada perkara happy.kita tak mampu nak lenyapkan sepenuhnya kenangan/perkara yang dah berlaku, kita cuma mampu kurangkan rasa sakit emosi kita tu.

Press the button

Yes the delete button. bunyi macam psiko tapi ini antara caranya. bayangkan sesuatu yang hang nak lupa tu ada dalam sebuah kotak, sebuah kereta, sebuah rumah, dan simbahkan minyak diesel. of course diesel paling murah kot. ka ada lagi murah. terbakar itu simbolik pada terhapusnya sesuatu yang hang nak lupa tu. well cara ni berkesan pada individu yang 99% kuasa mengawal perjalanan otak dia ada pada dia sendiri. rasanya manusia biasa cam kita yang otaknya dipengaruhi emosi marah ,sedih , susah nak praktik cara ni dengan berkesan.

Jumpa mereka

Pakar hipnosis atau mereka yang bergelar hipnotis. tapi tak semua orang boleh dihipnosis. macam ubat jugak, berbeza reaksi ikut badan .dalam keadaan diri yang dihipnosis, kita lebih terbuka untuk menerima pandangan .ada testimoni yang berjaya ada yang berjaya lupakan sementara saja. treatment ni dikatakan paling relaxing untuk menyahkan perkara lalu yang ada dalam kotak memori anda. penyakit yang kita sedang bercakap ini adalah penyakit jiwa, so hipnoterapi sangat sesuai. berdoa semuanya baik-baik saja.



 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be