silent reader(s)

Apabila Anda Menjadi Pilihan Kedua

6 balasan ikhlas





Assalamualaikum dan salam berserta amaran dari orang yang dah lama tak marah kaw2 nih. sebagai orang yang pernah menjadikan perbuatan memberi harapan palsu pada seseorang sebagai hobi tak sengaja , i have something to talk about this .first and foremost , i have changed like totally.i guess. penting untuk clearify benda ni sebelum yang membaca bertindak mencemuh .so,be someone's second choice is not your fault, thats her/his disorder .orang lain tu yang tak pasti dengan perasaan dia sendiri , so nothing wrong with you haha. as someone's second choice , you should consider this :

Bila dia sibuk , anda kena buat-buat sibuk

Dia ada schedule yang padat .nak texting anda pun tak sempat. hujung minggu dia terisi dengan futsal atau fitness class(kononnya.who knows) .nak phone call memang jauh punggung dari lubang flush (jauh panggang dari api).anda nak keep texting dia,minta perhatian macam budak kecik yang hilang botol susu? no way. anda kena isi schedule anda juga walaupun anda mungkin sedang on leave/cuti semester mungkin.yang penting , jangan biar ada waktu terluang langsung.waktu yang terluang akan buat anda fikirkan dia .cuba lah join apa-apa persatuan atau kelab yang boleh buat anda aktif sepanjang anda kelapangan. biar dia nampak, anda langsung tak terkesan dengan kesibukan dia, sebab anda pun ada life sendiri.

Jangan selalu ada untuk dia

Kita sedang bercakap tentang satu makluk yang letakkan anda di tempat tercorot. should you treat that someone as your priority? hell no.dia layan anda sebagai seseorang yang remeh.picisan.bagaikan melukut di tepi gantang.haa amik kau peribahasa. seseorang yang jarang ada bila anda perlukan dia, sometimes you gotta teach him/her what he/she taught you all this while. dengan itu saja dia akan sedar sakitnya hati anda diperlakukan macam tu. jangan pernah lemah kerana simpati.

Tangani isu emosi

Jangan sesekali biarkan hal perasaan mengawal hidup seharian anda. anda mula mengasingkan diri.rasa tertekan.urusan seharian tergendala. prestasi kerja/belajar terjejas.no jangan biarkan pengaruh orang sebegitu buat hidup anda jadi messy, berantakan kata orang Indonesia. hilang segala yang anda ada sebelum anda bertemu si makluk itu , really not worth it. you are free to be anything. so dont choose to be negative.

Have some respect to yourself

You are worthy. dont let that someone give you a value to yourself. bare this in your a lil messy mind , pengiktirafan paling tinggi seseorang boleh dapat adalah dari diri sendiri. diri sendiri adalah sesuatu dekat dengan kita . jika betul anda hormat diri anda , anda takkan biarkan harga diri anda dipijak digoreng dicanai dihenyak dikoyak dipanggang sewenangnya.

Belajar berdikari

Oh payahnya. tapi anda kena ingat , dia bukan selalu ada untuk anda. tanpa anda sedar, anda dah pun berdikari sepanjang ketiadaan dia di sisi anda saat anda perlukan seseorang. mula berdikari dengan sedar pula yah.ini semua mind setting , anda mungkin diperdaya fikiran anda sendiri yang anda cuma ada dia sebagai tempat bergantung harap .padahal dia sibuk dengan kehidupan dia sahaja.

Anda perlu masa

Tunjukkan dia kedudukan dia dimana. jika dia anggap anda sekadar pengisi masa senggang, begitu juga anda menganggap dia sebagai pemenuh masa lapang anda sahaja.letak diri sendiri dalam kedudukan teratas dalam setiap perkara. jangan utamakan orang lain lebih dari diri sendiri. mungkin mulanya, anda akan rasa diri anda kejam dan pentingkan diri , lambat laun anda akan dapat output yang terbaik once anda berjaya istiqamah dalam menjaga harga diri . dia akan berfikiran anda sejenis makluk selfish, so lantak, jika betul dia bersungguh dengan anda , dia akan sedar semua yang anda lakukan adalah refleksi layanan dia kepada anda selama ini . jika dia tak sedar-sedar , you should know that when you know you're standing in someone's least priority , you should start walking.

 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be