silent reader(s)

Definasi Seksi

1 balasan ikhlas




Assalamualaikum dan salam berhajat dari orang yang ada hajat .selama berkurun hidup dengan definasi dari kamus , google , dewan bahasa dan pustaka , hari ini saya nak definasikan beberapa perkataan ikut citarasa sendiri . lemas ah ikat diri dengan penemuan orang lain .stop baca. orang yang stereotype takkan berminat dengan perkara bercanggah norma. jadi better klik pangkah dan teruskan hidup stereotype anda.

Oh anda sejenis stereotype yang degil rupanya . masih membaca nampaknya.okay saya mulakan beberapa perkataan , dan ya , berkaitan perempuan. sesuatu yang menarik minat saya -.-

Rare

perempuan yang rare tu dia tak layan semua orang . selalu post gambar dengan caption yang takda sapa faham. bukan sebab dia letak caption bahasa Jerman ,dia seorang saja faham dan orang2 yang sama rare dengan dia. otak dia tak dangkal. dia mungkin terlalu memilih dengan sapa dia nak dikelilingi. tak perlu seorang lelaki untuk bakar semangat dia, dia sendiri adalah api. ada seseorang dalam hati dia tapi dia memilih untuk tak berkongsi umum dan mungkin orang yang disukai tu pun tak tahu.

Sexy

perempuan yang seksi tu berambut panjang dan lurus .mungkin sedikit beralun sebab dia bertudung. wangian yang sederhana.dia lebih memilih berjalan jauh untuk mengelak berjalan di depan lelaki-lelaki yang dia rasa kaki usha. kalau dia student , masa presentation, setiap butir perkataan yang keluar bagai peluru sesat boleh tembus ke hati sapa-sapa saja yang terpegun dengan yakinnya percakapan dia di hadapan umum. confident girl is superb.

Heavenly girly

perempuan yang mampu meragut kedudukan jantung ke kaki .wahh hyperbola nyah. bila dia gelak dalam khalayak, tangan dia menutup mulut , mata dia memandang ke tanah atau lantai yang tak bercorak. of course gelak tak berdekah-dekah. kat rumah mungkin dia berguling kalau gelak. itu bukan hipokrit,tapi beradab. selalu yang kita tengok perempuan gelak sambil bertepuk tampar belakang kawan dia ada lah -.-

Manja

bila dia dengan kawan-kawan perempuan , dia ada 1001 pujukan untuk tenangkan kawan dia yang bersedih sebab apa-apa saja. walaupun mungkin dia sendiri ada isu sendiri. bagi saya, perempuan yang manja tu , luaran dia tegas .personaliti dia sangat berbeza bila dia dengan orang yang terdekat. bukan merengek 24 jam itu mengada ! orang yang ada koleksi kata-kata lembut untuk disebar pada orang lain, itu manja.orang yang keras hatinya takkan keluarkan perkataan yang lembut,percayalah. dalaman yang lembut, itu definasi manja bagi saya.

A Gentleman To Be Kena Banned

0 balasan ikhlas



Assalamualaikum dan salam teruja dari orang yang tak berapa teruja sangat nih. apakah perasaan anda bila anda tahu blog anda telah di banned ? excited. oh yes. tapi sebelum kita beramah dengan tajuk tu, kita melencong sikit boleh. baru-baru ni saya ada cakap pasal saya dicemuh kerana berbahasa Inggeris kan. cerita ni berkaitan ruangan forum tu juga tapi takda kaitan dengan isu bahasa tu.

Disebabkan saya sign in as verified user , terpampang kat situ nama saya & gambar. instead of jadi loser yang bermuka-muka dibalik emoticon untuk menghina orang sesedap rasa? pengecut. ada user yang menjaja tajuk entri blog saya kat situ. jaja tajuk tak kisah bro/sis , mungkin bro lah. yang tu kira publisiti murahan untuk blog saya,kiranya. yang pedih tu, siap komen lagi. dan siapa kau untuk komen blog personal aku? nampak marah tu. huhu. dia cakap "hahahambar". at least saya ada blog dan bukan seorang loser yang stalk orang lain untuk cari bahan isi nafsu jijik desakan iri hati .yes.puas hati aku, nyah. 

Kalau orang lain nak salah anggap, terpulang. ini bukan kali pertama orang gunakan saya sebagai target prejudis mereka.jauh sekali nak bangga. mungkin terbiasa berkawan dengan ramai perempuan, saya cepat get along dengan kenalan perempuan ,terutama sekali kat social networking nih. bila perempuan/lelaki lain tengok, rasa berdarah eh? orang lain tak boleh terima hakikat tu.manusia biasa yang stereotype kan. biasa lah.

Kembali pada tajuk , beberapa hari lalu saya buka laman babab.net , search entri blog sendiri -.- eleh orang lain pun pernah buat ja cuma tak pernah ngaku. surprisingly, takda post langsung dari A Gentleman To Be. haa marahh marahhh. haha. dengan husnozun, saya pun check la kriteria blog yang berpotensi di buang dari laman tu. mesti semua orang tahu kan. blog yang content kelucahan, blog bosan , blog advertorial , blog yang menjaja tak hengat . hoho memang takda langsung kena mengena dengan blog saya. tak la bosan sangat. ada satu unsur tu ada kena mengena , berbunyi " tak update 6 bulan dan keatas ". 

Dengan semangat waja , saya isi kotak untuk minta babab.net check balik keputusan mereka banned blog saya. ayat saya ? ringkas dan sentimental of course. hoho. " tolong lah babab.net , tolong masukkan balik domain saya ke dalam babab.net demi kesejahteraan sejagat hendaknya ". percaya tak? sebenarnya saya tak ingat sangat pun ayatnya. tapi ringkas saja. sikit camni lah , " saya sudah kembali aktif blogging. jika itu puncanya." hujung ayat letak alamat email gmail yes itu saja. alhamdulillah hari ni sudah dibuka blokirnya hoho. terima kasih babab.net kerana efisien sangat. dapat tahu pun sebab tadi ada check referring site ada dari babab.net.

Jiwa Sakit

2 balasan ikhlas



Kadang mati kadang hidup
ada masanya terbuka bebas ada masa tertutup rapat
bercahaya seketika gelap gelita bertahun rasanya
bersirat luka berdenyut juga

Terleka dia terhukum kita
wujud satu setiap semua
kurniaNya bahkan diduga kerananya
tanpa dia seluruh anggota merana

Jauh dari mata sentiasa didada
umpama kekasih dalam nyata
dipuja cinta kerana dia ada
sakit dia bila cinta tiada

hati boleh jantung pun juga
anugerah Tuhan kepada kita
jangan dimanja jangan diluka
biarkan dia berfungsi seperti asalnya

 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be