silent reader(s)

Satu Panggilan Telefon Dari Orang Jauh

2 balasan ikhlas


Assalamualaikum dan salam sakit dari orang tak berapa sihat nih .ku akui terkadang aku agak positif dan setiap kali aku positif mesti tak kena dengan situasi .tapi mungkin aku hanya positif bila badan dalam keadaan lemah,pertimbangan tak berapa waras kot. Semua orang yang ada smartphone mesti peka dengan isu hangat baru-baru ni kan. tapi sebenarnya sindiket ni dah lama ada cuma kadang-kadang kita lupa wujudnya dia . mungkin isu promosi RM 1 oleh 7 Eleven menjadi topik hangat menenggelamkan topik-topik semasa yang lain -.-

Yes scammer call. dengan pangkal +6037 . masa aku tengok nombor tu rasa syak wasangka gak tapi aku risau kalau tu panggilan penting .tak tahu dari punca mana aku boleh terfikir panggilan tu penting. so aku jawab call tu. wahh suara seorang wanita dihujung talian .entah kenapa dalam keadaan aku tak sihat ni, tambah dengan rasa prejudis meluap-luap ,aku sempat bayangkan muka perempuan yang tengah bercakap tu -.- adeh. my bad. tapi tak sempat seminit pun dia bercakap, aku terus letak. haha. rasanya dia ada cakap dia pihak bank .terus aku block nombor tu.jangan memain dengan aku -.-

Lepas aku bergolek dua tiga round atas katil, aku rasa macam rindu nak bercakap dengan pegawai perkhidmatan Ambank. padahal aku takut sebab panggilan tadi . takut pihak tu boleh akses ke akaun aku yang tak berapa basah tu.sebab ada group whatsapp yang cakap sepupu dia la ayah tiri dia la yang account banj terus kosong lepas jawab call. takut juga urusniaga aku bermasalah sebab ada ketirisan camtu. aku pun call Ambank untuk dapat kepastian tahap bahaya panggilan tu dan possibility untuk account aku ditembus dan dihakis.

suara pegawai perkhidmatan tu dia umpama ajak aku untuk hayati titisan hujan .suara yang mengantuk sangat. yes dia perempuan. aku yang ada first time calling disorder nih memang cakap agak gementar la. ada ka istilah tu? entah. gementar sampai bila dia tanya , " boleh gitau jenis account deposite dengan Ambank?". aku pun jawab current account & account semasa. okay dia gelak. tapi aku sempat cover macho sikit ,sebab aku sempat perbetul sebelum dia gelak. sapa2 yang pernah on the phone dengan aku, tahu lah aku macam mana setiap kali pertama bercakap.semacam ketul emas dalam mulut,memang susah nak cakap.

Sebenarnya ni bukan kes pertama dalam sejarah hidup aku. masa kali pertama kena dulu, aku siap gitau nombor kad atm aku. aku tak tahu la kenapa boleh jadi camtu sedangkan aku sangat berjaga-jaga. aku cepat percaya orang kot. dia cakap yakin sangat. aku yang sedia aware dengan benda-benda ni pun terkena. tapi serius la, selalunya panggilan scammer mesti dari perempuan yang bersuara sesuatu.bukan manja . tapi bila aku dengar, aku rasa aku takkan kena tipu dengan dia. aku harap sangat takkan ada kali ketiga. sebab aku tak percaya diri aku -.-

Soundtrack Hello Mr Perfect Engkau By Siddiq Safian

0 balasan ikhlas

Lirik Engkau - Siddiq Safian

Dirimu bagaikan bintang di hatiku
Selalu terangi malamku
Selalu dalam tidurku

Dirimu bagaikan mata air cinta
Memberikan ku kesejukan
Dalam dahaga hidup

Engkau datang di saat ku sedang sedih
Air mata membanjiri hati
Tersakiti lagi

Biarkan hati ini untuk mencintaimu selamanya
Kerna ku tahu kau tak akan sakiti aku
Hanya dirimu harapanku untuk ku hidup dan kembali
Menuai cinta yang hilang di dalam hidupku

Seakan bintang yang menerangi malam
Kau hadir menjadi cahaya gelapku
Dan membawa luka ini terbang jauh dari hatiku
 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be