silent reader(s)

Kupas Lagu Marvin Gaye By Charlie Puth

0 balasan ikhlas


Rentak lagu yang macam catchy bagi saya la. orang lain mungkin tak. well saya pun tak selalu suka lagu yang orang lain suka -.- fair enough. memang susah nak cari lagu omputih yang tak ada unsur seks dalam lirik. seolah butir yang keluar dari fikiran mereka semua lucah belaka kan ? itu cara mereka. kita yang di Malaysia menerima kemasukan produk hiburan dari negara-negara asing , sebagusnya faham disebalik sesuatu lagu tu sebelum melalak di karaoke .golongan yang mementingkan niat mesti akan cakap ikut niat kita la . ingat tak lagu Lady Gaga , Justin Bieber yang dikata memuja-muja Freemason bagai ? itu lah pentingnya jangan suka membabi buta dan jangan percaya membabi buta . ada betul ada juga salahnya . 

Pandangan peribadi saya , lirik dalam Marvin Gaye ni tak lah offensive sangat. cuma ada beberapa phrase seperti lets get it on tu dieertikan suatu ajakan untuk memulakan hubungan seks. ada la part yang menggambarkan situasi tu. cuma bayangkan lagu tu untuk orang-orang yang halal untuk didatangi , so takda masalah kan ? jangan tuju dekat awek atau mak sendiri sudah. tuju untuk isteri boleh lah. untung-untung bertambah zuriat umat Islam. apa-apa pun yang penting , bersederhana lah. takat miming bunyi sudah kalau takut terbayang macam-macam masa nyanyi lagu ni -.- tapi yang betul-betul jaga diri sila jangan dengar lagu ni. official video lagi lah jangan .selalunya kalau lirik dah menghala situ, video pun tak kemana situ juga ,manakan tumpah kuah kalau tak ke lantai

Highlite Part

Let’s Marvin Gaye and get it on
You got the healing that I want
Just like they say it in the song
Until the dawn, let’s Marvin Gaye and get it on

We got this king size to ourselves
Don't have to share with no one else
Don't keep your secrets to yourself
It's karma sutra show and tell

There's loving in your eyes
That pulls me closer
It's so subtle, I'm in trouble
But I'd love to be in trouble with you

Fakta Marvin Gaye

Marvin Gaye was an American soul singer, songwriter, and musician.Let's Get It On was one of his hit songs

April 1, 1984,his father fatally shot him at their house.So dalam industri hiburan di Malaysia , kita ada Tan Sri P Ramlee kan. macam tu juga lah orang di America . Cuma sedikit ngeri la sejarahnya. Banyak anugerah yang diterima Marvin , selepas kematiannya. yang ditembak ayah sendiri.

So si Charlie Puth mula menyanyikan lagu dia sendiri yang mungkin antara bentuk tribute pada si Marvin (walaupun setakat nama saja diletak) . so lagu Marvin Gaye ni lagu Charlie Puth . released on February 2015 tahun ini lah.

Sekadar informasi untuk orang-orang yang belum tahu saja. yang tahu , tak salah datang baca naikkan pageviews A Gentleman To Be . mesti ada orang cakap apa benda la buang masa kaji sesuatu takda faedah . tapi tak pa, anda ada hak untuk berfikiran camtu. saya buat carian sebab tak puas hati dengan lirik lagu Marvin Gaye ni. curiousity . duk nyanyi lets marvin gaye get it on menatang hapaa tusal cari tahu juga

WW : Kenangan

0 balasan ikhlas



Perspektif Lelaki Berambut Panjang

2 balasan ikhlas
       


Assalamualaikum dan selamat pagi. selama beratus kali/hari mandi , cuma hari ini terfikir nak kupas isu ni. sejak alami fasa kejatuhan semangat , perubahan demi perubahan yang saya sedar berlaku pada diri. boleh er berubah tanpa sedar.berubah tanpa niat. selalunya orang membunuh tanpa niat kan. ada makhluk berubah tanpa niat -.- miliki rambut yang panjang menyemai rasa keprihatinan yang meluap-luap yang dulu tak wujud

Masa zaman sekolah menengah , ada satu soalan yang sampai sekarang saya ingat walaupun bukan saya yang ajukan , " ustazah, perempuan boleh ka pakai seluar jeans? kan seluar jeans tu menyerupai pakaian lelaki ".

Ustazah tu jawab, " pakai baju labuh menutup punggung , pakai seluar jeans longgar,pakai tudung menutup dada , masih nampak macam lelaki ka ?tak nampak macam lelaki, longgar, boleh pakai "

So kalau saya adapt kan benda yang sama di sini ? aci dop ? lelaki berambut panjang, dengan kumis,janggut dan lain-lain bulu maskulin , masih nampak macam perempuan ? perspektif harus selari dengan syarak. syarak benarkan , eh kau nak juga banned habis-habisan lelaki berambut panjang ? melawan tuan nampak.

Bagi saya itu perspektif kuno sedalam-dalamnya. seandainya seseorang lelaki itu ada isu suntuk masa atau desakan kesibukan harian yang membataskan penjagaan rambut , dibolehkan memotong hanya ke aras cuping telinga. namun, rambut yang dipanjangkan hingga aras bahu masih sunnah.

Tak dinafikan , kena jaga beberapa aspek. supaya tak tersasar menyerupai perempuan. ha la dah panjang , pastu ditocang-tocang berlebihan. itu dah kelaut. sebab dah menyerupai dandanan kaum Hawa sebenarnya.dan bagi saya, biarkan rambut tanpa diikat itu lebih selesa. rapikan dengan gel atau wax yang bersesuaian bila keluar supaya tak menyerupai hantu kak limah pulak. disebabkan gen family saya memang berambut lurus, agak mudah diurus , setiap kali bershampu memang boleh capai skala ke enam -.-

Dan bagi yang berambut panjang tapi tidak gemar guna apa-apa produk kat rambut tu disarankan guna shampu & conditioner saja, trust me, berkesan. at least ,for me. conditioner bukan berfungsi meluruskan rambut yang kerinting in case sapa-sapa yang berambut kerinting tu , jadi jangan risau kerinting kau hilang -.- conditioner memudahkan penjagaan rambut kita. baiki kutikel rambut yang rosak. selain buat rambut kita lembap.rambut yang kering susah diurus & mengerbang kalau panjang .keadaan kering tak bagus untuk kulit kepala kita juga. nanti mula lah ada dialog ni :

rambut dah la nipis ! berminyak pulak tu ! iklan ni haa lawak .iklan pusat rawatan masalah rambut . jangan kehilangan orang yang tersayang hanya kerana rambut haha. tapi tak semestinya kita jaga diri sebab in sake of someone. walaupun bujang, kita kena jaga penampilan jugak. penampilan merangkumi aspek kesihatan , kebersihan , pencernaan -.- perempuan dalam iklan tu betul-betul buat orang-orang rambut nipis sangat terhina terkeji haha. alhamdulillah kita subur rambut.

hukum lelaki berambut panjang Sesungguhnya memanjangkan rambut adalah sunnah. Sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Ahmadrahimahullah taala :

memanjangkan rambut itu adalah sunnah, seandainya kita mampu pasti kita sudah memanjangkannya. Akan tetapi hal ini perlu penjagaan dan perhatian.
Ibnu Qayyim dalam kitabnya (Zadul Maad) berkata :

Rasulullah tidak diketahui membotak kepala , kecuali dalam ibadah (haji dan umrah).
Sesungguhnya sudah datang hadis-hadis sahih yang menerangkan akan sifat (model) rambut Rasulullah Alaihi as-sholatu was-sallam. Di dalam kitab (Al-Mughni), dikatakan; Dan rambut manusia itu disukai seperti model rambut Nabi Sholallahu alaihi wa sallam, apabila panjang sampai ke bahu, dan apabila pendek sampai ke cuping telinganya. Kalau dipanjangkan tidak apa-apa. Imam Ahmad telah menyatakan seperti itu.
 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be