silent reader(s)

Sahabat Palsu Backstabber

0 balasan ikhlas



Assalamualaikum dan salam wangi dari insan yang baru mandi -.- siapalah saya untuk bicara soal sahabat . saya pun tak ada sahabat ! haha.gelak bangga. sesungguhnya selemah-lemah manusia yang tidak ada teman,yang lebih lemah adalah mereka yang mensia-siakan sahabat. bayangkan sahabat saya yang mungkin wujud seorang dua tu terbaca blog nih , agak-agak terasa menusuk tak ? sesedap rasa mengaku takda sahabat -.- well memang ada .cuma sekadar kawan, belum sampai ke tahap sahabat.

Masa era sekolah menengah dulu ada dua tiga anak kucing berlari manakan sama si kucing belang. masa waktu remaja hingusan dulu ada la dua tiga orang yang jujur dan ikhlas bersahabat dengan si anti-social nih. tapi yang mangkuknya, saya yang tak terima. saya akan menjauhkan diri. dan antara dua tiga orang tu ada seseorang yang sehingga kini saya tak lupakan. jika saya berkongsi jantinanya, mesti tipikal perspektif akan terus menghukum saya dilanda cinta. saya tak faham sebab yang munasabah, perempuan takkan mampu bersahabat dengan lelaki,dan lelaki tak boleh bersahabat dengan perempuan .sedangkan salah seorang bff fynn jamal pun seorang lelaki yang turut menjadi sponsor pembedahan juna comel tu -.- dan sekarang menjadi sahabat kepada suami dia lagi tuh. apa yang mustahil wahai manusia typical ?

Malas nak bahas pasal tu kang ada pihak jatuhkan hukum saya menggunakan alasan tu sebagai token untuk beramah mesra sana sini . orang yang ada sahabat , mesti pernah dikhianati kan ?well saya sendiri ada pengalaman camtu . jenis manusia bermuka-muka . ini waktu ipt lah. semester satu , satu kelas berkawan. seriously saya ingat zaman ipt zaman mengubah personaliti anti-social tapi meleset! cerita durjana dari mulut dia masa dibelakang kita akhirnya sampai ke telinga nih. rupanya camtu bila ada sahabat. so start semester dua tiga dan seterusnya setiap hari , setiap waktu, setiap kelas, saya hanya bersendiri .orang yang pernah kena tipu kaw2 saja faham perasaan serik tu . kalau kau tak serik , tu belum kaw2 la tu. ataupun kau pun dah adapt dengan manusia hipokrit!ataupun kau pun macam tu -.-

Manusia berkawan hanya untuk kepentingan domestik dia. semakin hari semakin bertambah sebenarnya spesies macam ni. cuma tak semua pecah tembelang lagi.lepas baca entri ni, anda mungkin fikir saya yang terlalu biarkan diri affected dengan benda lalu. terpulang. berkawan tak salah, cuma bare this in mind , be prepared of your friends ,tak semua musuh tu nyata. and for those yang ada pengalaman dengan kawan hipokrit nih , if you dont mind , boleh komen kat bawah .Wallahualam.

Dicemuh Kerana Berbahasa Inggeris

0 balasan ikhlas


Assalamualaikum dan adeh. sakitnya hati Allah saja yang tahu. al-kisah di suatu forum terbuka, saya yang sedang leka menonton cerita yang ada , tiba-tiba di ruang chatting terbuka ada seorang hamba Allah menegur semua yang ada ,disebabkan username dia agak kebaratan saya pun balas dengan bahasa inggeris. everything goes smooth until. haa yang ni nak cerita sangat. ada yang join conversation. nope i dont feel bothered by his existence there but the way he behaved,like totally.

i was so annoyed but then saya tak respond dengan maki hamun padahal itu lah yang berada di carta teratas dalam fikiran masa tu. so dari gaya kebencian dia datang mencelah perbualan kami dengan " ekeleh " dan " woiiiiiiii " , i guess he assumed that i am a malay yang tak berbangga dengan bahasa ibunda , is it ? but wait, im not malay. i'm malay plus chinese plus fabolous. you know. sapa2 boleh bayangkan tak kalau saya berbahasa hokkien disitu , apa pula ya dia nak maki ? sangat rasist dan menghina and im quite sure he's pure malay. his thoughts already reflects his bangsa. but im not saying that malay is that kolot, even myself is part of malay and i'm not that kuno to have that kind of thoughts. rasa nak ngamuk tak baca luahan perasaan yang berbahasa rojak ? should you see the disclaimer part before reading my blog -.- but hey, having rojak language prove that you know more than one language right. thats a plus.

so , makian berlarutan kinda someone create their own storms and get upset of it ? i dont know. sapa yang kenal cara saya, should know that i got millions of sentences with sarcasm haha. my bad huh. orang tengah marah, kau pegi curah-curah minyak diesel lagi, minyak mahal sekarang , membazir saja . ada seorang disitu yang nasihatkan saya untuk pedulikan saja orang yang maki tak berhenti-henti tu. orang tu koho lama koho berahi dia memaki saya haha. antara ayat dia , " poyo cakap bi ingat orang lain tak faham " , " pe masalah dia ni nak good2 dalam sini " , " bodoh ker otak tinggal ke ape " , " aku pun tahu bi takder nak menunjuk ".

so his last words be like " haha tolol nak poyo tak bertempat ". and i conclude to him , " get urself yoga class trust me you need it badly hoho " then dua-dua belah. orang yang marah dan yang dimarahi. few minutes later , ada orang datang dengan slogan " bahasa menunjukkan bangsa" i dont know one of his supporters or another typical malay or himself haha with different username ? such losers. untuk pure malay then that slogan will suited them well , as for me and those who having variety of races in their blood stream, how bahasa menunjukkan bangsa works? terima lah hakikat , di Malaysia juga ada anak peranakan , kacukan . and not to forget , ruangan forum terbuka tu juga selalu dibangkitkan isu pergaduhan team bola/semangat team yang melampau sampai saling maki negeri masng-masing dan juga isu perkauman . ayat yang saya masih ingat la, " cina babi " then ada orang balas " melayu lembu " and i was like hoho.

in a nutshell , mungkin si brother tu tak puas hati sebab orang yang berbahasa inggeris dengan saya tu perempuan. so mungkin dia datang 'ekeleh' dan 'woi' sebab tak puas hati ? isu cemburu sampai bawa ke isu bahasa malah bangsa ? sangat merugikan. dan membuang masa . could someone sees me as i am ? rather that assume that i keep flirting for 24 hours ? so here i admit that my grammars isnt that good and im still learning but i dont need anyone to correct me haha. at least, not in public. malu doh. and saya kurang kawan-kawan lelaki .saya tak tahu kalau ada orang lain yang ada isu sama dengan saya tapi setakat ni saya saja rasanya. fitrah seorang lelaki adalah tegas bukan kasar, dengan bahasa kasar maki hamun tak pepasal , saya tak suka. then bila berkawan dengan lelaki kurang kasar, ada saja selalu simpan perasaan adeh. bila berkawan dengan perempuan , love relationship selalu tak berjaya sebab dikelilingi kawan perempuan . so im numb. susah jadi diri sendiri lagi susah hidup dengan cara sendiri . i feel so alone but i chose it that way. i have no  close friends.so anyone feel free to be the first one ?

Mimpi Ular Duit Hilang

0 balasan ikhlas


Assalamualaikum kepada yang terserempak dengan blog saya nih. terutama ular diatas ni. dan tak lupa, happy dewali pada kawan-kawan sekolah menengah yang menyambut.oh yes mimpi itu sekadar mainan tidur. tetapi, ada orang mampu bagi jaminan , jiwa dia langsung tak terusik bila bermimpi sesuatu yang bahaya ? oh rupanya saya juga manusia typical. so i've googled it right away haha.

Deskripsi mimpi saya - saya melihat seorang saudara terdekat saya memukul seekor ular sangat besar, bentuk seperti ular diatas tapi dengan saiz yang besar sangat. Makin dipukul ular tu , dia macam takda kesan langsung tapi terpelanting sampai ke atas pokok , jatuh ke tanah ,beberapa kali mendekati saya (of course takut huu) ironinya ular tu takda patuk saya,takda bersentuhan walaupun sangat rapat, dia tak kelihatan sangat bahaya, tak agresif, tapi tak berhenti-henti dipukul oleh saudara saya huhu.kami memang ada bertentang pandangan , langsung tak sama dengan ular real , dia tak agresif.ular tu macam berharap saya selamatkan dia.tiap kali pukulan,dia datang hampiri saya. sekian.

Maksud mimpi ular : carian hanya tertumpu pada yang berkaitan mimpi saya saja nah !


1) melihat ular melata di hadapannya atau mengelilinginya,bermaksud dia akan bergaul dengan musuh yang tidak membahayakannya

2) melihat ular naik ke tempat yang lebih tinggi, beerti dia akan memperoleh ketenangan, kebahagiaan, dan kegembiraan

3) melihat ular turun dari tempat yang tinggi, maka pemimpin daerah itu akan mati

4) ular ditafsirkan dengan penguasa/ seorang isteri atau anak/ seorang musuh/ harta

5) kalau ular mendekati anda, seseorang yang mencintai anda dan merindukan anda dalam diam

6) melihat atau bertemu ular kobra hitam maka kita akan di tipu oleh sahabat kita sendiri

7) melihat ular besar ditafsir akan mendapatkan pertolongan dari orang yang memiliki kedudukan

8) dikejar ular petanda ada seseorang yang mencintai anda

9) dikejar ular besar akan mengalami gangguan kesihatan atau penyakit

10) dikejar ular kecil beerti jodoh semakin menghampiri


Maksud mimpi duit hilang : tak banyak tafsiran mimpi untuk yang ni

1) ditafsir akan menerima rezeki yang halal , diri akan disenangi orang 

2) kehilangan sesuatu beerti anda akan ditimpa kesusahan selama sehari dua

3) mimpi jumpa kembali sesuatu yang hilang , rezeki yang tak diduga akan diperolehi



Al-Imam Ibnu Syahin, dalam mukadimah kitabnya Al-Isyarat Fi Ilmi al-'Ibarat, berkata:

"Islam mencerca ilmu tenung kerana hanya Allah lah yang mengetahui masalah ilmu ghaib.Saya menghindari ilmu-ilmu seperti itu dan tidak meminatinya, dan saya ingin membuat buku yang dapat mendedahkan perkara-perkara ghaib yang sememangnya diakui oleh syarak, iaitu ilmu takwil dan ta'bir mimpi."

Menurut ahli-ahli ta'bir, mimpi ada 3 klasfikasi :

1)Peristiwa yang menggembirakan yang benar yang terjadi setelah bermimpi, dan ini tidak memerlukan penafsiran.


2)Mimpi yang batil atau permainan syaitan, iaitu mimpi yang tidak dapat diperincikan oleh si pemimpi sendiri. Ertinya orang yang bermimpi itu tidak sanggup mengingat jalan cerita mimpi itu. Mimpi seperti ini dianggap batil dan tidak mempunyai sebarang makna atau takwil.

3)Keinginan nafsu. Seperti kita ketahui nafsu ada 3, iaitu nafsu mutmainnah, nafsu lawwamah dan nafsu ammarah. Mimpi seperti ini terjadi kerana pengaruh fikiran seseorang.Sesuatu yang dia lakukan atau dia khayalkan siang hari atau menjelang tidur selalu menjelma ketika tidurnya.

waallahualam
 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be