silent reader(s)

Tergaru Terharu

4 balasan ikhlas



Setelah bergelen-gelen resepi sesat masakan yang aku sebarkan setiap sudut di blog ni , akhirnya seakan diiktraf tiba-tiba. hai hakak , tak menyempat nak pikir bisnes untuk bazaar Ramadhan ker ? huhukk. mark word paling sedap tu , aku sendiri tak pernah pikir ada keyword macam tu . mungkin cucur badak pun ada resepi ikut negeri . ehh. kalau macam tu , cucur badak Penang paling sedap walaupun dah tak letak udang raja -.- mesti hakak tu kecewa bila , 

pagi-pagi buka internet , niat hati cari resepi , resepi takdakkk !!! haha -.-


indah khabar dari rupa , ku bajet bagaikan berjuta-juta lemon resepi ku dah kongsikan padahal ada dua saja sebenarnya Malaysia Rare Foods & Kuew Tiao Gram-Gram . Itu pun dah tak da rupa resepi .biar lah itu hak kita kan , hak untuk berkongsi cerita dan drama . bagi memenuhi carian kata itu walaupun kak tu mungkin dah kecewa dengan penemuannya , mungkin langsung block blog ku ini lepas tak jumpa resepi cucur badak paling sedap -.-

Kemungkinan Resepi Cucur Badak Nogori

Bahan Inti :

1 biji kelapa parut putih
6 sudu besar cili kisar ( 10 biji cili kering dibuangkan biji - direbus dan dikisar halus) 
3 biji cili padi *(pilihan sekiranya nak pedas)
3 sudu teh serbuk jintan manis*(lebih sedap kalau jintan ini disangai dan ditumbuk halus)
5 batang serai* - dipotong kecil
2 ulas bawang putih*
8 ulas bawang merah*
2" kunyit hidup*
70g udang kering - dibasuh dan direndamkan terlebih dahulu
2 1/2 sudu makan gula
1 sudu teh pati ayam
Sedikit garam
Sedikit minyak masak

Cara Membuatnya :

Kisarkan bahan-bahan yang bertanda * sehingga halus. Masukkan udang kering dan putarkan sebentar jerr.....agar uadang kering tidak terlalu hancur dan halus.
Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar tadi sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar dan dan tumiskan lagi sehingga cili agak garing.
Masukkan garam. gula dan pati ayam. Rasakan kesuaiannya dengan selera kita.
Masukkan kelapa dan kacaulah sentiasa sehingga sebati dan agak kering sedikit.
Walau pun kering tetapi masih ada lembab sedikit, kerana MA suka intinya lembab dan tidak terlalu kering.
Sejukkan dan sedia untuk digunakan sebagai inti cucur badak.

BAHAN DOH KELEDEK

Bahan-bahannya :

1500g keledek putih
200g tepung gandum (berat 13% - 15% daripada berat kelek yang telah direbus dan telah dileyekkan)
1/3 cawan gula kaster
1 sudu teh garam

Cara Membuatnya :

Kupas kulit keledek, potongkan kecil dan bersihkan. Masukkan air dan rebus hingga empuk serta masukkan garam. Rebuskan anggaran 25 minit.
Bila keledek telah empuk, toskan airnya sehingga kering.
Masukkan dalam bekas lain dan leyekkan keledek itu hingga hancur. (guna anak lesong batu)
Ketepikan keledek yang telah dileyek tadi sehingga sejuk.
Sukatkan berat keledek yang telah dileyekkan tadi.
Kemudian masukkan gula dan sebatikan.
Masukkan juga tepung sedikit demi sedikit sambil diulikan adunan sehingga boleh dibentuk.
Sekiranya adunan masih melekit ditangan dan tepung telah habis ...jangan risau.
Basuh tangan dan keringkan. Salutkan tangan dengan sedikit tepung dan bulat-bulatkan adunan kepada bebola kecil. Berat anggaran 30g setiap satu bebola.
Leperkan doh, masukkan inti dan tutup rapat.
Bulatkan dan leperkan sedikit. Salutkan tepung ditangan sekiranya doh melekat.
Susunkan diatas dulang plastik (tidak taburkan tepung pun tak apa).
Panaskan minyak dikuali dan gorenglah cucur badak tadi separuh masak untuk disimpan sebagai sejuk beku.
Jika digorengkan untuk makan, bolehlah digorengkan sehingga kuning cucur itu, dengan sentiasa membalikkannya, agar cucur tidak hangus. 

credit to Mama Ana Bukan Baby Ana Milik Siapa sebenarnya Mama Ana saja , ku rasa sesedap jantung ku tambah bagi glam bunyinya .
 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be