silent reader(s)

Sejak Bila Aku Jual Beras

2 balasan ikhlas





Terharu . itu saja yang mampu ku luahkan bila aku belek-belek keywords yang menjadi jambatan antara pembaca dengan blog aku . T.T . suka aku untuk berkongsi gambar skrin tembakan atau bahasa lebih cekap screenshot .boleh. tapi dukacita sebab aku dah lupa cara nak install dropbox , yalah berjemaah lah kau ketawakan aku . aku akui bila dah lama tinggalkan dunia blogging , aku dah lupa semua benda berkaitan blog . jangan tanya aku pasal SEO , muntah darah kau dengar aku explain ilmu sesat kat kau nanti . carian kata berbunyi begini :

JENAMA BERAS PALSU

kau dah kenapa , sejak bila aku tukar proficient jadi penjual beras . mungkin dia terlampau teruja nak cari maklumat sabun susu beras rasanya . tak menyempat . itu makan dia .terkeluar jenama beras palsu .kalau aku jumpa kau , dua ayat ja layak untuk kau ! kau kelakar ! tanda seru tu jangan dikira , nanti jadinya tiga pulak. mesti dia rasa honoured kalau dia taip jenama beras palsu sekali lagi, naik entri ni.


Aku ada satu lagi cerita sedih , aku dah lupa cara follow blog orang yang nama blog dia tak naik di profile dia . sapa-sapa yang tahu , tolong lah bantu lah blogger picisan inih . dan jika ada blogger yang aku terlepas pandang untuk follow anda balik tu , boleh buat-buat singgah kat ruang chat yang ada gambar kucing tertonggeng tu , tinggal-tinggalkan lah link blog anda terus disitu , saya betul-betul sudah lupa cara nak cari caranya , lagi pula bila diketik gambar di situ ya di blog saya itu , langsung hilang terus widget .bermasalah sudah blog aku kaya tuanya juga ya . ini la masalah aku , bila nak cuba bersopan tak sah kalau tak keluar bahasa indonesia .hm. itu saja cerita aku untuk hari ni . T.T


selamat malam .. aku dan hati unta mahu beradu :'



Wahai Wanita Idaman

2 balasan ikhlas



Fizikal

Dia mesti putih , bebas parut jerawat , mulut lembab 24 jam tak ada kering pucat , dahi jangan luas sangat aku tak suka main bola , apa kaitan , luas kan associated dengan padang kan -.- mesti subur sesubur sayur-sayuran di pasar pagi , bah kata aku , segar baru dipetik , apa kaitan . aku tak suka sekeping papan , tak suka juga yang berlebihan hingga sukar bergerak , as long as semua tanggungjawab dia mampu lakukan dengan size dia , boleh ? senyuman dia , wajib semanis kurma yang dalamnya dikorek buang bijiknya dan ditambah coklat cadbury didalamnya, boleh ?okay cukup lah dengan luaran , ada apa dengan fizikal , secantik-cantik siapa pun , bila tubuh dimamah usia , hilang juga segala yang cantik tu .dan tolong lah jangan impikan gadis berkulit cerah sahaja , diskriminasi warna kulit ! biadab ! gedik pulak duk letak tanda seru -.-

Rohani

Rohani , kalau ilmu agama dia lebih dalam dari aku , Alhamdulillah . sekurangnya bila aku ada buat salah , dia ada untuk tegur aku .tapi jangan berlebihan pula , hari isnin-jumaat mengaji alhamdulillah , balik rumah tengok saluran Al-Hijrah .eh. alhamdulillah . then setiap malam aku tidur dulu sorang-sorang sebab dia sibuk dengan kitab .ohh jemm ! suami sepatutnya diutamakan.kan. sampaikan kalau kau nak berpuasa sunat , kau kena gitau suami dulu.

Karakter

Sikap dia , lembut , manja , suka menjerit bila suka , kau dah kenapa nih .pelik bebenor selera . aku tak suka perempuan menjerit bila marah . aku tak kisah kalau dia lebih matang dari aku , bak kata aku , usia bukan penghalang kita .hukhuk. seorang wanita matang dalam kebudak-budakan . boleh teman aku makan ice cream kat McD . tapi takder kongsi-kongsi , aku tak reti makan makanan orang lain dah makan . yang paling penting , aku suka dimanjakan ! atototo -.- wait , kematangan memang tak datang dengan usia , tapi makin meningkat usia kita bermaksud lebih banyak pengalaman kita kan !

Educated

Pelajaran , aku suka perempuan yang pandai . kalau diantara pandai dan kurang pandai , tengah-tengah pun boleh .tak lah aku rasa tergugat sangat nanti. eh. pernah ker aku rasa tergugat dengan wanita ? hukhuk. at least kalau dia pandai , bila dia tengah mengandungkan anak aku nanti , aku boleh curahkan soalan-soalan SPM add math yang aku masih simpan untuk dia selesaikan . jauhnya melayang -.- well. nama pun family planning . zuriat yang bijak menjadi keutamaan nampaknya , padahal ada yang lebih utama , sepatutnya perisian jiwa janin tu sendiri dengan amalan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran .hai duniawi ohh duniawi.

Gedik

Tahap gedik . aku okay kalau dia gedik sebab aku tahu , gedik dan perempuan tak dapat dipisahkan . tapi pondan pun ada yang gedik -.-kalau gedik bila berdua dan bertahap tu okay . kalau terlebih gedik , aku takut aku pulak tekanan jiwa nak melayannya . ohh jemm !! aku lagi takut kalau aku yang gedik -.-


Lone Ranger
my favourite girl .


sudah-sudah lah mengarut . aku sendiri tak pernah rujuk senarai ciri-ciri wanita idaman sebelum jatuh cinta . mungkin tak sempat . since falling in love is free falling , without restrictions , precautions . just falling ..uhh madah berhelah pulak pagi-pagi buta nih -.-
aku ada ayat lagi untuk buat kau termuntah-muntah kat sini , "jika kita jatuh hati pada seseorang kerana kelebihan yang ada pada dirinya , jadi bertahan lah dalam cinta dengan mencintai segala kekurangannya pula" 
tahniah sebab kau baca sampai habis . #muahciked nampak permainan disitu.


 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be