silent reader(s)

Bahana Viral Berita Membuta

0 balasan ikhlas
ayyan..hmm..



bukan kes dera. bising gak mulut perempuan kelantan -.- ohh kalau aku boleh katakan disini , ada sesuatu berwarna kuning sebelah badan baby tu. ketahui lah sesiapa yang hamil , duduk serumah sebilik sekatil se apa lagi , dengan seorang perokok iaitu menjadi perokok pasif mempunyai peluang untuk mendapat anak yang dilahirkan sumbing .isteri-isteri sedunia , berhenti lah jadi perokok pasif , dan suami berhenti lah merokok.eh.ohh.


Assalamualaikum . Disebabkan aku tertengok Wanita Hari Ini di tv3 tengah hari semalam , aku pun bagaikan diseru-seru untuk menulis satu entri padat untuk bercakap mengenai video dera anak yang kecoh baru-baru ini . Di sini ada dua perspektif yang kita boleh lihat , pertama adalah kes dera yang sudah terjadi atau sedang terjadi ataupun bertahun-tahun sudah ..ku menunggu dirimu akhirnya kau menjadi milikku. maaf.


Perspektif kedua , orang yang mengecohkan perkara ini . siapa ? jengjengkejang ! kita ? tak . kome. aku memang takkan berkongsi sesuatu yang aku sendiri tak arif atau tahu menahu hujung pangkal cerita . Berbalik pada Wanita Hari Ini , bukan golongan pengganggur , minah kilang , mat pit , mat ganja , aih mat ja ni ok minah ganja , tetapi golongan pendidik , golongan ibu bapa , golongan intelektual lah semuanya yang juga terlibat dalam penyebaran video tersebut . yes ! kita kena kongsikan semua benda ! yes semua benda ! semua benda yang terlintas di news feed kita ! biar lah betul atau salah , sedang terjadi atau sudah terjadi , janji kita kongsi !!!!!! kongsi semuanya !!! yeahhh. bahagianya hidup berkongsi , kan


Tertanya-tanya tak apa yang mungkin terjadi kalau sikap berkongsi berita secara melulu nih diamalkan secara radikal ?agaknya ada kaitan dengan radikal bebas atau gamma rays atau beta yang boleh tukarkan kita menjadi hulk ? abaikan saja soalan aku dan rujuk ayat dibawah :





وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ
1. Firman Allah Taala: Jangan kamu ikuti apa yang kamu tidak tahu tentangnya.

[ Surah al-Isra’ ayat 36 ]




وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَاْلَ: كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ. رَوَاهُ مُسْلِمٌ.

1549/1- Daripada Abu Hurairah r.a., sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda: Cukuplah seseorang itu (untuk dikatakan) berdusta (apabila) dia mengutarakan semua perkara yang didengarnya.
Hadis riwayat Muslim.

 Yes , memang facebook ada button share this , memang kita ada account youtube , kita ada blog , tapi itu semua bukan token untuk kita berkongsi sesuatu tanpa siasat kesahihannya .Dengan menghina . mengeji si ibu tu , itu takkan membantu mangsa yang didera pun . Apa yang tertera , orang Malaysia suka marah di youtube , suka berkongsi tanpa menyelidik , suka mencemuh di umum , itu kah imej kita sebagai rakyat Malaysia . Andai rasa sangat bertanggungjawab , banyak pihak berkuasa yang boleh menjadi rujukan sekiranya kejadian dera itu masih terjadi . Pesalah tetap bersalah , tetapi ingat , Malaysia masih mempunyai rang undang-undang ya ! Kuasa menghukum dan mencemuh bukan ditangan kita .

Hobi ini semoleknya dikikis secara serius hingga ke tunas . Hobi berkongsi berita belum sah status . Cuba tukar minat tu , berkongsi resepi kek oreo cheese ka , air bandung hijau ka , boleh jugak aku rujuk untuk jadikan menu berbuka puasa nanti , tak gitu kak jah , kak temah , kak tipah , bang li , bang otoman , bang toyyib ?


tiba-tiba

 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be