silent reader(s)

Kun Anta

2 balasan ikhlas

Maraton entri sebelum delete google account . boleh .lagu yang dah lama viral dalam kalangan muda-mudi .boleh aku nak tolong terjemahkan liriknya ? bait-bait maksudnya sangat melekat di hempedu . semua orang pernah cuba jadi diri orang lain .tak perlu kau geleng . secara sedar atau tak. masa kecik atau besar . kita pernah. tolong jangan deny . nak deny jugak . lantak. padahal sebenar-benar kesempurnaan adalah menjadi diri sendiri tanpa paksa orang lain terima diri kita . setuju .eh.


Ketika ingin bersaing dengan yang lain, aku ingin meniru perwatakan luar dan dalamnya.

Jadi aku boleh jadi seorang yang lain hanya untuk berbangga.

dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan.

Tetapi yang kuperoleh hanyalah kerugian di atas perwatakanku ini.

Kita tidak memerlukan harta untuk menambahkan kecantikan, kecantikan dari dalam (jauhari) ada di sini di dalam hati ia bersinar.

kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa yang tidak ada, yang tidak sesuai dengan kita, itulah kecantikan kita. semakin bertambah hingga ke atas.

Jadilah diri kamu sendiri pasti akan menambahkan lagi kecantikan yang sedia ada.

Sungguh aku menerima mereka tetapi tidak pula aku meniru perwatakan mereka melainkan apa yang aku terima itu aku telah redha.

aku ingin menjadi seperti diri aku sendiri inilah aku.

hal ini ku rasakan sudah cukup dan aku sangat pasti.

Aku akan jadi mengikut kemampuan diriku aku tidak perlukan orang lain menerima ku.

aku akan jadi apa yang aku suka kenapa aku perlu peduli tentang penerimaan mereka terhadap ku.

Quote for the day
Paste in your mind , you live for yourself , not for others satisfaction or expectations

Wanita Lebih Berusia Menjadi Pilihan Hati : Tanda Bukan Jodoh Baik

0 balasan ikhlas

Assalamualaikum . Alhamdulillah seorang lagi retis hot sado sudah kahwin . tapi jangan terpedaya jika anda fikir entri ini untuk si retis itu . huhu.tapi kalau anda berkeras untuk berfikir sedemikian rupa , silakan. aku sedar siapa lah aku nak menghalang minda-minda bijak untuk berhenti berfikir kan .aku hanya lah seorang manusia sederhana , dengan rupa sederhana , hanya mampu mencairkan hati setengah penduduk bumi sahaja. boleh.

Let be on the main kickstart , betul ker perempuan lebih berusia lebih digemari golongan jejaka bujang ?okay kita substitute 'digemari' dengan 'menjadi pilihan' .kang ada yang terbayang iklan carrier junior .

Disukai kanak-kanak , Digemari ibu bapa !! eh


Contohnya , katakan , let say , ibaratkan aku ni berumur 20 tahun sekarang , si perempuan pula mungkin 28 tahun , rasanya apa reaksi family ? menari keriangan atau cakap aku dah kena minyak siku .eh. dagu ker lutut.kalau part punggung mesti boleh buat berbotol-botol minyak tu  . asal sapa tak pernah cuba eh. aku dah bagi idea ni .

Entri ni macam melalut kan . tak bahas pasal wanita tua dan lelaki muda pun . tapi biar lah , orang lain boleh saja buat camtu .letak tajuk lain , isi lain . ayat cari gaduh tak ni. pendapat aku bukan lah mewakili seluruh golongan lelaki , of course , bagi aku , usia memang bukan isunya , tapi satu yang pasti , wanita yang lebih berusia lebih kurang bercakap kosong , lebih terbuka untuk menerima kekurangan , bila bergaduh mungkin mereka lebih bertindak sebagai 'agen penyejuk' hati lelaki yang berdarah muda kan . KAN. tapi ada saja perempuan yang muda tapi matang . well . 1:100,000,000. boleh camtu nisbahnya ?haha.susah nak jumpa kan . kalau dah jumpa pun , mungkin dah selamat jadi isteri orang .

As far as i might concerned , kalau kita sifatnya api , pasangan kita yang jenis cool . atau berpura-pura cool .yang penting cool tu ada . pasangan yang contra sifat kita tu akan lebih tangkap ngam kuat .pernah dengan ayat ni ? " perbezaan itu menyatukan kita " , " kita saling melengkapi " , " hogoh pahang hogoh ".boleh lah tu.


Selamat Membaca :D


1. Senarai Perkara Yang Tidak Kamu Setuju

Kamu mempunyai senarai tentang apa yang kamu tak suka tentang pasangan kamu lumrah manusia tak sempurna dan banyak kelemahan, tetapi apa yang kamu tak suka tentangnya dia mampu di senaraikan berpuluh-puluh dan kamu simpan dengan rapi di hati kamu dan tak mahu menunjukkan kerana kamu sayang dia.


2. Selalu menjauhkan konflik antara kamu berdua

Jika berlaku salah faham itu biasa, tetapi apabila setiap masalah itu selalu cuba di jauhi dan bukan mencari penyelesaian., di simpan terus di dalam hati. Jika lama-lama di simpan jika berlaku konflik nanti masalah kecil pun boleh jadi besar kerana rasa tak puas hati yang berlarutan.


3. Dia tak pernah hiraukan tentang kesihatan mu

Sebagai contoh, dia tahu kamu alahan tetapi bersama kamu dia tetapi hisap rokok dan tidak mempedulikan kamu.( nyehnyeh .aku bukan perokok) boleh.

4. Dia sentiasa mahu perubahan dari kamu tapi dia tak mahu berubah dirinya sendiri.

Dia mahu kamu berubah untuk jadi lebih baik, sebagai contoh dari memakai baju yang seksi kepada yang lebih sopan dan bertutup. Dari tak bertudung ke memakai tudung, dia mahukan perubahan kamu.Tapi bila tiba dia ? dia tak mahu lakukan perubahan , katanya susah untuk lakukan perubahan..

5. Dia tidak mempercayai dengan kamu

Kepercayaan ada teras dalam perhubungan , tetapi kalau tidak ada kepercayaan itu bagaimana perhubungan itu mahu di teruskan ? sebagai contoh kamu mahu pergi keluar tengok wayang dengan kawan-kawan dia meminta kamu laporkan setiap 1 jam apa yang kamu buat ? sebagai pasangan perlu ada toleransi dan kepercayaan.

6. Dia tak pernah menyokong apa yang kamu suka (impian dan cita-cita )

Sebagai contohnya impian kamu adalah teringin mahu jadi doktor , tetapi apa yang si dia katakan bahwa " tak payahlah jadi doktor , perempuan bila dah kawin tugaskan kat dapur juga " .

7. Dia selalu buat kamu bersedih, duka dan tiada mood

Bila jumpanya tak sah kalau tak bergaduh, tak sah kalau kamu mesti tak menangis kerananya. Sehinggakan menjejaskan aktiviti harian kamu dan buatkan kamu tak ada mood. Buat itu tak boleh , buat ini tak berkenan di matanya.

8. Dia tak pernah hargai dan peduli apa yang kamu buat

Dalam perhubungan saling menghargai satu sama lain itu satu pekara yang penting, tetapi bila kamu buat sesuatu untuk dia, tapi dia tak hargai ? kamu cuba masak mee goreng dan minta dia rasa ," awak saya tak makan mee goreng la ,lain kali tanya dulu sebelum masak tu,sama ada saya suka atau tidak" Si dia belikan tudung, "ishh awak nie belikan tudung nie tak cantiklah tak pandai betul pilih warna"

9. Tiada chemistry atau keserasian

Keserasian itu penting kerana kamu adakan hidupnya dengannya dalam jangka waktu mungkin lama. Jika setiap hari bergaduh, salah faham sikit bertumbuk, tak boleh buat salah sikit maka nak marah-marah? bagaimana nanti bila dah berkahwin ?

10. Dia tak pernah membicarakan tentang masa depan hubungan kamu berdua, hal perkahwinan dan membawa jumpa ibu bapanya.

Tujuan perhubungan cinta antara lelaki dan perempuan itu untuk apa ? bukankah untuk ke arah menjadi yang halal atau perkahwinan ? Jika hanya untuk couple ? rasanya itu bukan tujuan untuk kamu hidup. Dan tak pernah perkenalkan langsung pada ibu bapa kamu ? itu membukti dia tidak serius dengan kamu. Fikir-fikirlah.


Ini hanyalah pandangan sahaja, tiada kaitan dengan siapa-siapa yang mati atau baru keluar toilet atau sesiapa sahaja pun. Hidup kita adalah mencari perhubungan yang halal dan di restui oleh ibu bapa dan ALLAH. Jika ke arah pekara yang baik in sha ALLAH Dia aturkan yang baik-baik untuk kamu, bersangka baik dengan ALLAH. Jika ada kesepuluh ciri-ciri ini kepada pasangan kamu maka fikir-fikirkanlah.


Tak semestinya ada 10 pekara di atas tak bahagia, boleh bahagia. pucuk pangkalnya adalah diri kita sendiri.Jodoh itukan rahsia Allah siapalah kita untuk menafikannya. Setiap manusia boleh berubah jika di berikan peluang. 10 tanda-tanda ini hanya sebarang rujukan sahaja, mari kita sama-sama muhasabah diri.credit to http://www.ikahwin.my/

 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be