silent reader(s)

Andai Perempuan Itu Tahu

0 balasan ikhlas





Andai kau tahu di sebalik semak berlonggok-longgok jejaka yang tak segan menyatakan perasaan cinta mereka terhadap kau , ada seseorang yang hanya melihat gelagat mereka semua . Andai kau tahu perasaan cinta bukannya pertandingan bila cinta diterima , kita perlu bersorak umpama pasukan sorak berbangsa Korea yang pakaiannya seksi-seksi belaka .erk. Mungkin seseorang itu mempunyai kesedaran sivik bahawa dirinya bukan lah stok sado yang boleh merempuh jejaka-jejaka lain yang berebut mendapatkanmu.tiba-tiba mu.mooo.Mungkin juga seseorang itu juga tak mengganggap kau bola ragbi .(kita bayangkan bentuk ragbi jap boleh) perlu disamun cinta bagaikan permainan Ragbi .


Sometimes i wish i could pause the time and having an ice cream. could i. Andai kau tahu hati seorang lelaki yang bukan kebanyakan sukar untuk kau duga . Mereka yang kau kenali mungkin bisa bermanis kata memuji mu sedia tapi bukan seseorang itu . Bila dia lebih memilih mengkritik kau dari bawah hingga keatas , atau dari atas ke bawah , mana-mana pun boleh , itu yang perkara tak menyenangkan kan . Setidaknya kritikan buatkan kita terjaga dari kesempurnaan yang palsu.


Andai mereka tidak wujud pun , persaingan tetap akan wujud . seseorang itu mahu mencintai kau hari ni lebih dari mencintai kau semalam . atau kelmarin dulu . seseorang itu bersaing dengan dirinya yang tak pernah puas .Dia takkan puas menyayangi seseorang wanita yang membuatkan dia berubah . sebenarnya bukan kau yang mengubah dirinya melainkan dia rasakan kau layak dihargai bukan dipermainkan .jap aku tak faham dengan ayat ni.kau faham tak.


Sedia kau tahu di sebalik persembunyian seseorang itu , masih juga ada yang mencuba keruhkan jernih rasa ini ,bukan hanya perempuan ,lelaki juga menyimpan hati pada seseorang itu. sebenarnya sebelum ni pun tak jernih sangat,ada keledak sikit.sipi-sipi gitu. Andai kau benarkan seseorang itu tahu punca nipisnya keyakinan di hati kau wahai wanita .Apa kau tak pernah jumpa ayat google berbunyi " jangan hukum seseorang berdasarkan masa silamnya " ataupun " tiada insan yang berdosa tiada masa depan , tiada insan yang berjaya tidak punyai masa lampau " betul tak .aku pun tak ingat sangat sebenarnya .



** 'seseorang itu' bukan aku -.-
 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be