silent reader(s)

6 Jenis Pandangan Mata

4 balasan ikhlas



Setelah bertahun-tahun aku hidup , pelbagai jenis pandangan mata aku telah terima . termasuk pandangan curi-curi .agak-agak macam heroin dalam filem hindustan yang duk sembunyi muka dibalik sari tu ? tu teruk sangat .aku pun tak pasti wajah sederhana aku ni mampu goyahkan hati wanita india atau tak . ayat poyo ka gedik . pandangan curi-curi nih selalu kita dapat dalam kelas kan . kalau suka , cakap la suka . tapi malu woo kalau tertangkap masa curi-curi pandang , tersilap curi , dia boleh pikir kita suka dia ! sebab tu , aku masa dalam kelas , aku tengok cikgu saja . sebab tu pernah simpan hati kat cikgu sendiri ! ok. masa tu aku baru form 2 . dia cikgu Mathematics sementara saja . aku masih boleh rasakan perit tu sampai sekarang bila aku dapat tahu dia tu sebenarnya isteri orang sudah . haha. ok.kita dah terkeluar tajuk.



Sinis. jenis pandangan mata sinis ni memang menyakitkan jiwa . sepanjang aku hidup , spesies pandangan ni aku terima dari seorang teman kelas masa dalam kolej . budak perempuan dari Terengganu . masa first semester , dia ok .yang pasti selepas satu adengan aku tercakap dengan nada tinggi .terr. fuuuhh. mesti sampai sekarang dia masih fikir , macam mana budak pendiam pemalu macam aku boleh tercakap dengan nada tinggi kat dia .langsung tak gentleman. walaupun kisah tu berlaku pada tahun 2012 rasanya . tah-tah sampai malam ni pun dia duk pikir lagi .serius lepas hal tu , dia suka sindir-sindir manja kat aku . bila lecturer yang ajar subjek Teknologi Komputer dan Maklumat aju soalan, dia akan paling badan dan muka dia tepat kat aku ,kau bayangkan, sambil cakap " cer miss tanya student yang selalu dapat A ". tu pun aku pelik , dia orang Terengganu tapi kenapa suka berdialek Perak . tapi dia kelakar walaupun tak comel . aku benci tapi suka lawak dia .


Suka larikan bola mata.bila bercakap saja , dia akan larikan pandangan dia ke arah lain . kadang-kadang tong sampah warna hijau tua tu pun dia sanggup telek tajam sampai tembus , aku rasa orang camni boleh scan berapa ekor ulat yang ada dalam tu .orang macam ni selalunya tak berminat dengan apa yang kita tengah sampaikan . orang macam ni , kita kena ringkas saja dengan dia . kalau dia berminat , dia sendiri akan tanya kau . contoh , kau nak gitau dia semalam kau termakan tomyam yang ada lipas .kalau kau nak cakap dengan dia , cakap saja " tomyam lipas ! " pastu kau sambung buat kerja kau tanpa tunjuk sangat kau teruja nak cerita pasal lipas tu ,walaupun kau memang teruja .


Mata bertemu mata , dia tak alihkan langsung pandangan , sampai kau sendiri yang mengalah .  mungkin dia tengah geram sangat dengan kau . suka untuk aku khabarkan , aku sendiri pernah alami . bunyi macam dalam drama .yes dia seorang perempuan .bukan nyah. dia antara salah seorang kawan perempuan aku, yang aku anggap betul-betul kawan . ironinya , sebelum kejadian tu aku ada terbaca satu ayat sarcasm .if a girl stare right into your eyes more than 5 seconds kalau tak silap , she either really mad at you or wanna have sex with you .ok ini memang terlebih . nama pun sarcasm .apa yang aku rasa , dia cuma nak baca hati aku . puingpuing.boleh. selalu saja tanya status aku sepanjang kami di tempat praktikal yang sama . ok aku perasan .


Pandangan mata intim . 18 SG .dari mata , turun ke bibir , lompat balik ke mata .berenang balik ke bibir.macam anak katak pulak mata kau. selalunya macam ni macam gatal sangat . bila bercakap dengan orang , aku akan sedaya upaya untuk tak pandang bibir dia . aku rasa macam .. rasa macam.. buat apa nak pandang pun . bukan takut tergoda . cuma tak selesa nak pandang . tak nak tahu pun bibir dia cerah merah jambu ka , sakura white ka , merekah ka , ada kulit kering ka , aku tak nak tahu pun !!!!!!! sebab tu kot aku tak nak tengok .huhu. boleh.


Melirik mata dari atas ke bawah dan bercakap sambil gigit bibir . gigit bibir sendiri ok . itu isyaratnya TAK TAHAN !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! cepat-cepat lah tarik dia masuk tandas .kang tercirit-birit kat situ jugak . abaikan saja orang macam ni . macam tak cukup saja beras kat rumah . kalau dia ada jilat-jilat bibir sambil buat semua tu , kau panggg sekali saja . hilang kot simptom tu semua .nah selesai sudah .


Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan (menundukkan) pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” Firman Allah lagi, “Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan (menundukkan) pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya….” (Surah An-Nur, ayat 30-31)


 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be