silent reader(s)

Cari Pasal

0 balasan ikhlas






Sesuatu yang berkaitan EMOSI selalunya ada cara berbeza untuk ditangani . Si A mungkin suka jika orang lain memujuknya bila dia sedang jauh hati , tapi individu lain yang mungkin sebaiknya kita namakan dia Si B expect orang lain biarkan dia sendirian . Si C pula mungkin lebih prefer bergaduh sampai jatuh tangga . talak pun boleh . Berbeza pendekatan mengikut citarasa individu itu sendiri . fuuhh. ingat senang ka taip ayat skema sambil tahan kentut . kau ingat ini lawak.


Credit to penpatah.blogspot.com . Normal la bila kita dilanda sesuatu tu , kita search google pun benda yang berkaitan lah kan . aku tengah patah bengkak hati kot sekarang ni .aku search la cara memujuk hati lelaki . atau erti kata lain yang lebih sedih , cara memujuk hati sendiri . boleh . bunyi memang asing tapi suka hati aku lah .


Jadi entri ini mungkin lebih kepada merapu . atau lebih kepada cara aku abaikan rasa kecewa .boleh.tapi yang lebih tragis , semakin aku cari benda untuk distract , semakin aku rasa kecewa . rasa macam kelakar tapi tak tahu la kau gelak ka tak . first of all , bak kata drama , bila kecewa saja , mesti ayat ni keluar , " aku nak tumpukan perhatian pada studies ". aku pun dengan bersemangat , search portal uitm . kononnya nak usha sikit pasal sarjana muda aku . sekali dia keluar berdesing . fuuhhh.impak dia umpama kau jalan dengan confident cecah langit tapi tersembam muka kat dinding kaca jernih yang kau tak perasan ada .boleh kau bayangkan sakit tu. permohonan untuk sarjana muda telah ditutup bulan 3 . heaven & earth kan . tadi rasa sedih , tapi sekarang rasa macam kelakar pulak .


Bercakap pasal further studies , mesti ada orang tak tahu pointer diploma aku . sekadar dekan di pinggiran . tak nak la cakap pasal ni . boleh . senang cita kau anggap ja aku dapat 4 flags . mudah kan . ber-husnozun lah kamu semua .


Seterusnya , aku cuba buat celik gajet . tengok ayat tu . buat bijak kan . sekarang aku rasa menyesal . phone asus aku dah nauzubillah minzalik . aku cuba root kan phone aku . sekali lagi aku kecewa . root tak menjadi , demo video duk keluar tak berhenti macam cirit tau tak . tapi kalau cirit ,sakitnya di situ.erk. dari pukul 8 malam sampai sekarang , i mean baru kejap tadi baru aku berjaya factory reset asus kesayangan ! kau ingat senang nak padam demo video asus . mencabar urat kentut tau tak . aku cuba reset asus dengan mencari kat setting , rasa ada ker ? memang tak ada la kan. pastu google sampai terburai jari aku.tiba-tiba hari ni aku amalkan budaya membaca kan. demi asus kesayangan .nilai sentimental tu.last aku download root explorer , memang dah give up habis-habisan . aku pun cuba tap masa demo video tu rancak terbuka . fuuuhhhhhhhh !!!! kun fa ya kun . alhamdulillah .akhirnya terkeluar juga screen dialogue , minta password . masa tu mata aku dah berkaca . mesti kau ingat aku nangis . mata bersinar-sinar harapan macam mata shin chan masa minta simpati .akhirnya . berjaya aku padam demo video tu . nyehnyeh . semangat kau nyah baca ayat aku nih . so kalau kau jadi camni , harap kau faham la . demo video tu takkan terpadam dengan hanya soft reset/restore/format . mahupun hard reset . sebab aku ada buat sebelum aku download root explorer tu , memang tak berkesan pun .

Sekarang dah hampir pukul 1 .. bak kata Lady Antebeliung , its quarter after one ..im all alone..and i need you know .. huahuahua. antebellum . rasa masanya aku menyeru fitrah untuk melegakan sengal hati dan badan nih . lagi pula , red blood cells mahu bertambah atau memperbaik keadaan cell yang rosak . rasanya di hati ni . mengada pulak ayat tu .



Quote for the day - If you feel sick of trying . just take a break . makan meggi palu kan . then continue . as long as you are trying , the opportunities to win are always there .
 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be