silent reader(s)

Adakah Aku Diambang Kematangan

0 balasan ikhlas


Assalamualaikum . sekarang 2.07 am mengikut waktu antarabangsa Jepun . di Malaysia ,kita kan gmt +8 kiranya 1.07 am kan . sekilas pandang jumlah entri dalam blog ni pun dah berkurangan , sebenarnya telah diubah ke draft . terlalu banyak entri lagha lagi melaghakan aku sendiri , tanpa sedar aku lenguhkan jari untuk mengetengahkan sesuatu isu dengan ujubnya ,yang paling tak boleh diterima entri pasal jodoh,Ya Allah rasa betapa ujubnya bila orang kerdil seperti aku bercakap lantang soal hukum .

Jika ada yang mencari keberadaan facebook juga twitter aku , dengan riang kata ingin ku khabarkan kedua-duanya sudah tiada . sama ada itu untuk selamanya atau hangat-hangat tahi itik , WaAllahualam . jika dipermudahkan , untuk selamanya . laman sosial memang satu keperluan sekarang , untuk berniaga , untuk membeli dan lain-lain . tapi bila setiap laman sosial yang wujud semuanya kita perlu ada , adakah itu masih keperluan ? tepuk dada tanya pilihan hati . cukup lah laman instagram untuk aktiviti business dan blog untuk aku jadikan medium luahan jari . boleh. In sha Allah ini cubaan aku untuk menjaga diri .ini pendapat aku. setiap manusia punya perspektif berbeza kan . ada yang setuju dengan aku , mungkin . ada yang mungkin katakan aku old school. tapi tiada yang dapat sangkal , hiburan yang berlebihan akan keraskan hati kita .WaAllahualam.





 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be