silent reader(s)

Khasiat Si Lincin

1 balasan ikhlas

RM 7.41 .dibundarkan menjadi RM 7.40. 1.5 litre

Kebaikan Tumbuhan Lidah Buaya

1. menghentikan pertumbuhan tumor
2. merendahkan kadar kolesterol
3. memperbaiki sel darah
4. menambah oksigen di dalam darah
5. menghalang penyakit kidney stone dan kesan kafein dari kopi dan teh
6. memberi keseimbangan asid/alkali di dalam badan
7. menyembuhkan penyakit ulser, sistem penghadaman
8. mengurangkan tekanan darah tinggi dengan merawat punca penyakit tekanan darah tinggi, bukan hanya simptom
9. menambah mineral, vitamin, enzim dan nutrien di dalam badan
10. mempercepatkan sembuh dari kesan melecur, terbakar
11. merawat luka sehingga tidak meninggalkan parut
12. berfungsi sebagai first aid kit (peti pertolongan cemas), berfungsi sebagai bandage kerana ia bersifat anti-bakteria
13. menghentikan kanser colon
14. sebagai pelincir salur perkumuhan
15. menghilangkan buasir
16. meneutralkan gula di dalam darah
17. memelihara buah pinggang dari penyakit
18. menghalang jangkitan
19. memberi keseimbangan elektrolit seperti minuman tenaga
20. memelihara muka, kulit dan membaiki sel yang rosak
21. menguatkan ketahanan badan (sistem imunisasi)

Kandungan Tumbuhan Lidah Buaya

1. Air
2. 20 mineral
3. 12 vitamin
4. 18 asid amino
5. 200 phytonutrien
6. enzim
7. triterpen (phytonutrien yang mengurangkan gula dalam darah)
8. glyconutrien & glycoprotein
9. polisakaraid
10. acemann, mannose-6-fosfat polimannan
11. fenolik glikosid
12. dihidrokomarin

credit to Secret Medicines

cancer colon - merupakan kanser yang terdapat di dalam usus besar (kolon) iaitu bahagian bawah sistem pencernaan kita .
buasir pembengkakan sel-sel yang melapisi saluran dubur (ada 4 tahap,dalaman & luaran)elektrolit -cecair yang bercaj untuk mengimbangi caj dalam cecair badan , mungkin orang yang ada belajar chemistry faham istilah ni .huhu.semoga sebarang penyakit dijauhkan .ameen.


Tergaru Terharu

4 balasan ikhlas



Setelah bergelen-gelen resepi sesat masakan yang aku sebarkan setiap sudut di blog ni , akhirnya seakan diiktraf tiba-tiba. hai hakak , tak menyempat nak pikir bisnes untuk bazaar Ramadhan ker ? huhukk. mark word paling sedap tu , aku sendiri tak pernah pikir ada keyword macam tu . mungkin cucur badak pun ada resepi ikut negeri . ehh. kalau macam tu , cucur badak Penang paling sedap walaupun dah tak letak udang raja -.- mesti hakak tu kecewa bila , 

pagi-pagi buka internet , niat hati cari resepi , resepi takdakkk !!! haha -.-


indah khabar dari rupa , ku bajet bagaikan berjuta-juta lemon resepi ku dah kongsikan padahal ada dua saja sebenarnya Malaysia Rare Foods & Kuew Tiao Gram-Gram . Itu pun dah tak da rupa resepi .biar lah itu hak kita kan , hak untuk berkongsi cerita dan drama . bagi memenuhi carian kata itu walaupun kak tu mungkin dah kecewa dengan penemuannya , mungkin langsung block blog ku ini lepas tak jumpa resepi cucur badak paling sedap -.-

Kemungkinan Resepi Cucur Badak Nogori

Bahan Inti :

1 biji kelapa parut putih
6 sudu besar cili kisar ( 10 biji cili kering dibuangkan biji - direbus dan dikisar halus) 
3 biji cili padi *(pilihan sekiranya nak pedas)
3 sudu teh serbuk jintan manis*(lebih sedap kalau jintan ini disangai dan ditumbuk halus)
5 batang serai* - dipotong kecil
2 ulas bawang putih*
8 ulas bawang merah*
2" kunyit hidup*
70g udang kering - dibasuh dan direndamkan terlebih dahulu
2 1/2 sudu makan gula
1 sudu teh pati ayam
Sedikit garam
Sedikit minyak masak

Cara Membuatnya :

Kisarkan bahan-bahan yang bertanda * sehingga halus. Masukkan udang kering dan putarkan sebentar jerr.....agar uadang kering tidak terlalu hancur dan halus.
Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar tadi sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar dan dan tumiskan lagi sehingga cili agak garing.
Masukkan garam. gula dan pati ayam. Rasakan kesuaiannya dengan selera kita.
Masukkan kelapa dan kacaulah sentiasa sehingga sebati dan agak kering sedikit.
Walau pun kering tetapi masih ada lembab sedikit, kerana MA suka intinya lembab dan tidak terlalu kering.
Sejukkan dan sedia untuk digunakan sebagai inti cucur badak.

BAHAN DOH KELEDEK

Bahan-bahannya :

1500g keledek putih
200g tepung gandum (berat 13% - 15% daripada berat kelek yang telah direbus dan telah dileyekkan)
1/3 cawan gula kaster
1 sudu teh garam

Cara Membuatnya :

Kupas kulit keledek, potongkan kecil dan bersihkan. Masukkan air dan rebus hingga empuk serta masukkan garam. Rebuskan anggaran 25 minit.
Bila keledek telah empuk, toskan airnya sehingga kering.
Masukkan dalam bekas lain dan leyekkan keledek itu hingga hancur. (guna anak lesong batu)
Ketepikan keledek yang telah dileyek tadi sehingga sejuk.
Sukatkan berat keledek yang telah dileyekkan tadi.
Kemudian masukkan gula dan sebatikan.
Masukkan juga tepung sedikit demi sedikit sambil diulikan adunan sehingga boleh dibentuk.
Sekiranya adunan masih melekit ditangan dan tepung telah habis ...jangan risau.
Basuh tangan dan keringkan. Salutkan tangan dengan sedikit tepung dan bulat-bulatkan adunan kepada bebola kecil. Berat anggaran 30g setiap satu bebola.
Leperkan doh, masukkan inti dan tutup rapat.
Bulatkan dan leperkan sedikit. Salutkan tepung ditangan sekiranya doh melekat.
Susunkan diatas dulang plastik (tidak taburkan tepung pun tak apa).
Panaskan minyak dikuali dan gorenglah cucur badak tadi separuh masak untuk disimpan sebagai sejuk beku.
Jika digorengkan untuk makan, bolehlah digorengkan sehingga kuning cucur itu, dengan sentiasa membalikkannya, agar cucur tidak hangus. 

credit to Mama Ana Bukan Baby Ana Milik Siapa sebenarnya Mama Ana saja , ku rasa sesedap jantung ku tambah bagi glam bunyinya .

Fitrah Manusia

1 balasan ikhlas

 


" Aku bukan lah terlahir hebat , tapi aku ingin menjadi hebat dari mencontohi mereka yang hebat "

" Aku hanya dari kalangan rakyat biasa namun aku punya cita untuk menjadi luar biasa "

" Aku bukan istimewa hingga dikejar ke sana sini aku cuma akan berusaha membuat seseorang yakin dirinya sangat istimewa " 



Cinta seharusnya menguatkan bukan melemahkan . seperti Nabi Ibrahim Alaihisalam yang cintakan Allah sehingga dia menurut perintahNya untuk menyembelih puteranya sendiri Nabi Ismail Alaihisalam . Cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusof yang berbuat pelbagai cara untuk cintanya hingga beliau berserah kepada Allah . Penghijrahan Rasulullah dan sahabat-sahabat dari Mekah Al-Mukaramah ke Madinah Al-Munawarah, kerana cinta yang menguatkan mereka ! cinta !cinta kepada agama , cinta kepada suruhan Allah . satu perkataan yang sama kita guna hari ini ! cinta . bukan couple . sejarah pun membuktikan cinta itu sifatnya menguatkan segala yang lemah .

Perjuangan pejuang kemerdekaan Tanah Melayu pada suatu masa dahulu , Dol Said , Mat Saleh , Mat Kilau , Rentap , just to name a few ,last baca pun masa PMR dulu,tak ingat sangat lah.tambahan,kalau tulis banyak-banyak pun kalau copy paste saja tak guna juga kan . perjuangan cinta pada negara ! itu pun cinta .

Definasi cinta semakin hilang makna bila kurun bertukar kurun . sebab cinta sekarang bukan hanya cinta .zaman sekarang kan , semuanya zaman secukup rasa . tak cukup lah kalau cinta saja .perasa nafsu pun didorong sekali . cliche ? kenyataan . wait , nafsu banyak segmentasi dia okay . nafsu amarah , nafsu memberi rasuah , nafsu serakah . sebagai contoh , nafsu amarah , suami sendiri kelar si isteri dek cemburu . nafsu memberi rasuah , pilihan raya pun tak bersih , nafsu serakah pula , tak perlu dibincangkan lagi , setiap hari kes pembuangan bayi yang berlaku di sini . Malu pula nak mention di sini itu di mana . puan-puan , tuan-tuan, ketahui lah anda ada pasangan diluar sana yang berkahwin lebih 5 hingga 10 tahun tapi masih tak dikurniakan zuriat , dan anda dengan mudah flush ke dalam lubang tandas , buang dalam longkang , melakukan penderaan , membunuh , membakar ? spesies kebiadaban apakah ini . aku dah tak nampak cinta .aku nampak nafsu saja .

Maaf lah termasuk dalam topik berat pulak . aku sendiri masih kanak-kana untuk membincangkan isu serius begini . cuma berharap kita berhenti menyibukkan diri dengan selfie , dubmash , dan apa-apa mak nenek yang lain . aku tak percaya kita terlalu sibuk dengan arus perdana sehingga topik ahklak sekadar selintas lalu saja itu pun masa siaran berita hanya pada waktu puncak , seharian dari itu semuanya rancangan televisyen hanya hidangan hiburan sahaja .anak-anak muda dengan hanyutnya  , golongan lebih dewasa dengan arusnya tersendiri . yang penting , kita cuma cepat melenting sahaja , bukan mencegah atau merawat penyakit dalam masyarakat .

semakin kita membenci sesuatu itu , bermakna kita sedang mengangkat sesuatu itu di carta terpenting sebenarnya

Simple Notes For H

1 balasan ikhlas


Assalamualaikum ! Selamat berhujung minggu bermalas-malasan berindu-rinduan berbenci-bencian . boleh karut tara tuh . Dulu ku rasa haters atau H hanya remaja keanak-anakan di muka buku cuma . twitter. tak sangka di blog juga ada ya. huhu. ku memain saja tuh . jika ada , entri ni khas buat mu sayang .

Sikap Menilai Penulisan Orang Lain

Sebenarnya tak semua orang sedar , untuk menjadi seorang penilai karya orang lain , anda perlu mempunyai kemampuan menilai dari semua sudut , jika penilaian mu pun tertumpu satu sudut , anda berharap orang yang berkarya itu tampil versatile ? ingat satu perkara , tak semua orang menulis untuk satu tujuan yang sama . anda mungkin menulis untuk dikenali atau diteladani , alhamdulillah , tapi jangan expect perkara yang sama dikehendaki oleh individu lain yang menulis tak seperti penulisan atau perkongsian anda . salah satu sebab , laman blogspot ini hak persendirian , berkarya lah mengenai ilmu di sekeliling mu , mungkin untuk berkongsi pengalaman , mungkin untuk melepaskan sedikit bebanan , just dont expect others will be exactly like you .

Berfikir Sebelum Bertindak

Sebelum buat sesuatu hal atau update satu entri , memang ku perlu tapis sehabis mungkin semasa menaip pun , supaya tiada sentimen kaum , warna kulit , skala badan , cuma sesuatu akan terlepas juga dari tapisan . maafkan ku andai itu juga buat sesiapa yang tidak dapat menerimanya seadanya .mungkin itu juga mengundang sesi penghakiman untuk penulisan ku .

Berkongsi Yang Bermanfaat

Jika penilai itu mengikuti penulisan aku dari awal penglibatan ku di laman blogspot , tentu tidak keluar pendapat yang bias begitu .huhu. jika kita menonton cerita di tengah jalan , agak-agaknya adakah kita akan faham atau boleh lihat flow cerita itu dengan baik ? siapa anda untuk mengatakan shafiquestevenson.blogspot.com hanya lah satu laman blogspot tiada manfaat dengan sewenangnya. ku cuma insan biasa , kadang berkongsi ilmu , kadang berkongsi cerita hati , kadang berkongsi resepi tak sedap , tak mengapa lah jika begitu fikiran mu .huu.

Aku Lapar Nih

Biar patah hati ku . biarkan lah . aku pergi demi hidup mu perut ku .jum sarapan !

salah cara didikan - anak menjadi liar
salah cara teguran - anak memberontak 

Stuck In Your Past

2 balasan ikhlas






cinta tak perlu dijual beli dengan duitmu


all we ever want is more
all we had than before


i've given you too much but now taking back my love
you think material's the reason i came


mungkin terlalu manis menjadi racun
telah ku lihat ku amat kenali sangat
cinta berubah



ku kutip serpihannya dan cantumkannya semula
walaupun ku jatuh tapi tak tersungkur



dengan nada lagu dan irama 
ku luahkan jua rasa kecewa

Bukan cinta , tapi masa yang sudah dibazirkan.. tak mungkin dapat dibeli dengan sebijik kereta ferrari merah kau pun ..jauhnya kita dari masa yang dah berlalu,jauhnya tak mungkin kembali..manfaatkan setiap saat.be inspired or become an inspiration huu

#BUJANGGETAWAY

2 balasan ikhlas

Assalamualaikum . hari ini hari sabtu , i'm in a blue . selalunya orang monday's blue . biar jala , hidup nak ikut cara orang memang lah boleh kan tapi penat lah .ehh. ohh. harap tiada pihak yang terasa dengan gambar yang aku muat naik dalam entri ini .tapi kalau nak terasa juga , silakan.aku tak mampu nak buat apa-apa. takkan aku nak sula hidung kau -.- 


Daripada sibukkan diri dalam bilik , tangisi apa-apa yang perlu ditangisi ,ratapi apa-apa yang minta diratapi, aku pun keluar dengan rakan sebaya,lebih tua,dan lebih muda sikit, yang penting semuanya halal.. tapi tak lah setiap malam . kadang-kadang siang . kenapa aku explain kat sini. sejak bila blog aku perlukan explaination -.- tak mo tak mo jangan kau jadi judgemental bha .aku sula hidung kau dengan sauh flying dutchman nanti .apa-apa pun semalam memang sedap ! sebab makanan dia sedap lah jugak . terima kasih for the treat ! sebenarnya yang tu yang menyedapkan semalam -.-


Selalunya orang yang buat bujang getaway tu bakal pengantin kan , buat semua aktiviti best dalam masa sehari , ehh? aku terjumpa hashtag tu sebenarnya . aku rasa macam sama saja dengan entri Bachelor Night Fever . tapi bujang get away bukan makan saja kot . contohnya buat aktiviti best macam pergi Legoland -.- Genting Highland maybe . tempat-tempat yang kau nak pergi . terserah .yang penting jangan bawa bakal isteri , tu baru bujang getaway . amalan orang Barat rasanya benda alah ni . as long as tak ada aktiviti salah , aku rasa boleh saja kita buat kan . dan aku tiada kaitan dengan bujang getaway . -.- aku suka jalan-jalan cari pasal .


enjoy lah waktu bujang sebelum masuk ke alam atau fasa kongkongan -.- aku rasa orang sekarang memang dah hidup dalam fasa kongkongan bila bercinta . bayangkan , betapa fikiran kita ni terkongkong , tapi terpulang pada diri masing-masing . tapi biar lah kita dibebani tanggungjawab itu sesuai pada waktunya . apa kes masa bercinta pun kena sentiasa berada dalam radar ! huarrghh ! bila dah nikah , lain cerita , memang pasangan kena tahu keberadaan kita kan . senang sikit hati dia , tak risau , mana tak nya boleh dia pesan diapers , ikan pari , ikan kembung , itu pun kalau dia tahu masak -.- kalau tak , pizza , dan berapa ribu jenis instant food yang dia boleh order . terpulang pada tekak bakal-bakal isteri kau .

sebelum nikah , dia suka bunga , selepas nikah yang tu makan dia -.-


Dan Manusia Pun Mula Berkicau..

2 balasan ikhlas




Sekarang pukul 5.50 PM waktu Malaysia . aku sangat sibuk melagha sekarang setelah seharian berada diluar rumah , ke sana sini mencari telaga air zam-zam .boleh. Alhamdulillah segala urusan yang aku plan semalam aku dah settle hari ni .hari ini hari yang agak panas . sekian pendapat aku pasal cuaca. tajuk entri aku bajet tajuk novel eh. Dan Daun Pun Berguguran. huu pernah baca masa habis PMR. daun ka rindu , aku tak ingat -.-

Mari lah hiburkan hati sendiri dengan membaca kicauan manusia-manusia yang berkicau tak kira masa ! dengan senang hati aku response kicauan anda semua di sini XD salah eh aku kongsikan tweet-tweet diorang kat sini ? tapi aku tak mention nama pun kan . boleh la eh.semua dibawah copy cat sesungguhnya.entri siap 6.59 -.-




cina raya. Melayu cuti.

Melayu raya. Melayu cuti.

India raya. Melayu cuti.

Sapa pemalas sekarang?




= Ohh you mean Myanmar ? Vietnamese ? Bangladesh ?-.-


-Afraid to text first because afraid that i'm disturbing people.


= Then dont !

-aku tak minta lebih.
aku just nak kau tau cemana rasa rindu membuak buak yang aku tengah tanggung. tu je dah cukup.




= rindu berbuih-buih lah ni -.- agak-agak sampai tahap boiling point tak
-wak ada perempuan lain kan?

"Mana ada, sumpah."

"Jgn main sumpah, nanti makan diri".
Perempuan sangat bijak buat lelaki serba salah




= one thing for sure , tinggalkan lelaki yang banyak berjanji dan bersumpah , sebab lelaki yang baik tidak mempunyai masa untuk menabur janji melainkan insyaAllah dan kesungguhan nyata .huu




-Nak puaskan hati manusia sampai kiamat pun tetap tak pernah puas."

= kau tak pernah tengok orang yang makan satay 50 cucuk..terlentang puas !

-Benarlah.
"Semakin kita dewasa, semakin kita tak nak meluah, semakin kita sunyi dan hanya mahu menjaga hati agar tidak saling menyakiti."

= tak semua telinga mendengar untuk memahami .
-Nak lelaki yg penyayang? Carilah lelaki yang cintakan kucing sbb lelaki macam ni mengikut sifat Rasulullah yg sayang akan kucing." - Ustaz

= aku pernah sayang seekor kucing tapi time tu masa aku tingkatan 3 atau 4 rasanya tapi sekarang dia dah tak ada lama dah . itu lah satu-satunya kucing aku pernah sentuh sampai hari ini , rasanya takkan ada lagi kucing yang aku boleh sayang .dramatis tak -.- tapi ini kisah benar . maksudnya aku pernah jadi penyayang lah ni ? tak sangka.

-Malaysia: Tempat di mana bila artis berkahwin ditaja ribu riban, bila orang susah nak sambung pelajaran ditapis-tapis permohonannya
= sila aju soalan ini pada si penganjur lah lebih layak mereka menjawabnya ! dari taja retis , kan molek taja pelajar ? aku ker -.-

-“I write to remember, and sometimes to forget.

= two different ways but heading same destination 
-Jangan rendahkan dirimu untuk mendapatkan sesuatu, tapi rendahkan hatimu untuk berikan sesuatu
= lelaki atau perempuan , kedua-duanya ada maruah diri yang perlu dijaga .huu

-Stop looking for perfect partner . Just find someone who knows how lucky they are when they have you :')

= cliche but freaking true .
-Kadang aku keliru, aku ni bosan atau kesunyian. 🏻

= mungkin kau lapar je kot bro
-"Banyak-banyak orang, orang apa yg paling menakutkan?"

"Hm, orang jahat lah."
"Tak lah, orang yang pura pura baik."

= banyak-banyak orang , orang apa yg paling menakutkan ?"
orang yang aju soalan pastu dia jawab sendiri -.- dalam 1 tweet

-Aku ni nampak je da dewasa da matured.. tapi orang tak tahu hati aku ni mcm tisu perngai mcm budk2 sikit biasala perempuan kan..

= nyang saya pun perempuan .

-Tadi kupas kentang.. Skrg nie buat air gule pulak.. Bosang!

= 27.9k tweet dia ni ,mostly aktiviti seharian dia . aku ingat aku orang yang paling mengalami kebosanan parah..


Disclaimer

0 balasan ikhlas

General Notice

http://shafiquestevenson.blogspot.com provides these pages as a public sharing . Only information that has been reviewed and cleared for dissemination will be published on http://shafiquestevenson.blogspot.comhttp://shafiquestevenson.blogspot.com makes no warranties with respect to the document, or any part thereof, including any warrantees of title, non-infringement of copyright or patent rights of others, merchantability, or fitness or suitability for any purpose.

These pages are expected to represent the http://shafiquestevenson.blogspot.com in a professional manner.


Responsibility for Pages

The page developer is responsible for reviewing, clearing, and maintaining information posted on http://shafiquestevenson.blogspot.com. The page developer is ultimately responsible for information appearing on the page.


Current information

We cannot and do not warrant that the information on this server is absolutely current, even that every effort is being made to ensure that we keep updating A Gentleman To Be as current as possible.

Penafian

http://shafiquestevenson.blogspot.com adalah blog peribadi yang mengandungi perkongsian kisah dan pandangan pemilik blog yang sama sekali tidak berkaitan dengan mana-mana pihak . Sebarang persamaan idea yang tidak disengajakan amat dikesali .

Segala saranan dan pandangan pemilik blog adalah satu bentuk perkongsian umum dari perspektif penulis blog dan sebarang bentuk kecederaan yang dialami individu yang mengikut suatu saranan yang ada dalam http://shafiquestevenson.blogspot.com adalah diatas tanggungjawab individu itu sendiri .

Pemilik blog berharap hak persendirian merangkumi idea dan gambar dan lain-lain yang ada dalam blog ini dihormati oleh para pembaca sewajarnya . Terima kasih .


Warning !

This blog may content BAHASA MELAYU with a mixture of English . If you have a heart failure or allergic to language mixing , please reconsider to read this blog and consult to your doctor before reading . The owner of this blog does not reponsible for the cause of your disease after reading this blog and all its contents . Millions thanks .

Ditelan Mati Emak Diluah Mati Bapa

1 balasan ikhlas

motif masih dikaji -.-

Penafian : Entri ini tidak tersangkut atau berpaut dengan mana-mana emak ayam atau bapa ayam di Bukit Bintang , lorong Haji Taib , dan lorong-lorong Chow Kit atau mana-mana lorong yang wujud tanpa pengetahuan aku .

Maksud ditelan mati mak diluah mati bapa : seseorang dalam keadaan serba salah dalam membuat satu keputusan atau membuat satu tindakan kerana pilihan yang dia ada akan memberi akibat yang berbeza .

demikian cara termudah untuk orang yang dah 150 juta kali cuba download dropbox dan tak menjadi .

Sebenarnya aku sendiri tak tahu maksud amput , tontolou . since keywords berbunyi begitu , aku pun dengan gigihnya dan gegehnya membuat keputusan untuk mencari dan berkongsi di sini .harap semua dapat terima lawak dibawah , kita light-light saja jangan terlalu serius nah . budak-budak sekarang kalau kita tak bagi maksud sesuatu perkataan atau frasa kata , dia lebih laju untuk search sendiri di google.com . lagi parohh. nak beritahu pun terlalu awal , tapi kalau tak beritahu pula dia boleh dapat maksud yang salah atau dia akan menemukan penemuan baru , semuanya serba salah .


demikian nampaknya aku tidak sebegitu berjaya mencari maksudnya cuma , lawak diatas serba sikit bagi petunjuk maksud benda alah tu kan .

Dan untuk kesekian kalinya aku ingin berkongsi entri - entri yang berkaitan carian kata pembaca yang menemukan blog aku ini . 

sabun susu beras berbahayaJangan Pakai Sabun Susu Beras K Brothers 
what is a scorpio likeI'm Your Scorpio

amput nenekNenek Masih Bernafsu


shafiquestevenson.blogspot.com : terima kasih kerana sudi menaip alamat blog saya dengan sempurna sifat . amazing ! 

jenama beras palsu : memang tak ada dalam blog ini . tapi anda boleh baca info berkaitan beras palsu di umikasum.blogspot.com atau lebih dikenali dengan Yumida . huu



Sejak Bila Aku Jual Beras

2 balasan ikhlas





Terharu . itu saja yang mampu ku luahkan bila aku belek-belek keywords yang menjadi jambatan antara pembaca dengan blog aku . T.T . suka aku untuk berkongsi gambar skrin tembakan atau bahasa lebih cekap screenshot .boleh. tapi dukacita sebab aku dah lupa cara nak install dropbox , yalah berjemaah lah kau ketawakan aku . aku akui bila dah lama tinggalkan dunia blogging , aku dah lupa semua benda berkaitan blog . jangan tanya aku pasal SEO , muntah darah kau dengar aku explain ilmu sesat kat kau nanti . carian kata berbunyi begini :

JENAMA BERAS PALSU

kau dah kenapa , sejak bila aku tukar proficient jadi penjual beras . mungkin dia terlampau teruja nak cari maklumat sabun susu beras rasanya . tak menyempat . itu makan dia .terkeluar jenama beras palsu .kalau aku jumpa kau , dua ayat ja layak untuk kau ! kau kelakar ! tanda seru tu jangan dikira , nanti jadinya tiga pulak. mesti dia rasa honoured kalau dia taip jenama beras palsu sekali lagi, naik entri ni.


Aku ada satu lagi cerita sedih , aku dah lupa cara follow blog orang yang nama blog dia tak naik di profile dia . sapa-sapa yang tahu , tolong lah bantu lah blogger picisan inih . dan jika ada blogger yang aku terlepas pandang untuk follow anda balik tu , boleh buat-buat singgah kat ruang chat yang ada gambar kucing tertonggeng tu , tinggal-tinggalkan lah link blog anda terus disitu , saya betul-betul sudah lupa cara nak cari caranya , lagi pula bila diketik gambar di situ ya di blog saya itu , langsung hilang terus widget .bermasalah sudah blog aku kaya tuanya juga ya . ini la masalah aku , bila nak cuba bersopan tak sah kalau tak keluar bahasa indonesia .hm. itu saja cerita aku untuk hari ni . T.T


selamat malam .. aku dan hati unta mahu beradu :'



Wahai Wanita Idaman

2 balasan ikhlas



Fizikal

Dia mesti putih , bebas parut jerawat , mulut lembab 24 jam tak ada kering pucat , dahi jangan luas sangat aku tak suka main bola , apa kaitan , luas kan associated dengan padang kan -.- mesti subur sesubur sayur-sayuran di pasar pagi , bah kata aku , segar baru dipetik , apa kaitan . aku tak suka sekeping papan , tak suka juga yang berlebihan hingga sukar bergerak , as long as semua tanggungjawab dia mampu lakukan dengan size dia , boleh ? senyuman dia , wajib semanis kurma yang dalamnya dikorek buang bijiknya dan ditambah coklat cadbury didalamnya, boleh ?okay cukup lah dengan luaran , ada apa dengan fizikal , secantik-cantik siapa pun , bila tubuh dimamah usia , hilang juga segala yang cantik tu .dan tolong lah jangan impikan gadis berkulit cerah sahaja , diskriminasi warna kulit ! biadab ! gedik pulak duk letak tanda seru -.-

Rohani

Rohani , kalau ilmu agama dia lebih dalam dari aku , Alhamdulillah . sekurangnya bila aku ada buat salah , dia ada untuk tegur aku .tapi jangan berlebihan pula , hari isnin-jumaat mengaji alhamdulillah , balik rumah tengok saluran Al-Hijrah .eh. alhamdulillah . then setiap malam aku tidur dulu sorang-sorang sebab dia sibuk dengan kitab .ohh jemm ! suami sepatutnya diutamakan.kan. sampaikan kalau kau nak berpuasa sunat , kau kena gitau suami dulu.

Karakter

Sikap dia , lembut , manja , suka menjerit bila suka , kau dah kenapa nih .pelik bebenor selera . aku tak suka perempuan menjerit bila marah . aku tak kisah kalau dia lebih matang dari aku , bak kata aku , usia bukan penghalang kita .hukhuk. seorang wanita matang dalam kebudak-budakan . boleh teman aku makan ice cream kat McD . tapi takder kongsi-kongsi , aku tak reti makan makanan orang lain dah makan . yang paling penting , aku suka dimanjakan ! atototo -.- wait , kematangan memang tak datang dengan usia , tapi makin meningkat usia kita bermaksud lebih banyak pengalaman kita kan !

Educated

Pelajaran , aku suka perempuan yang pandai . kalau diantara pandai dan kurang pandai , tengah-tengah pun boleh .tak lah aku rasa tergugat sangat nanti. eh. pernah ker aku rasa tergugat dengan wanita ? hukhuk. at least kalau dia pandai , bila dia tengah mengandungkan anak aku nanti , aku boleh curahkan soalan-soalan SPM add math yang aku masih simpan untuk dia selesaikan . jauhnya melayang -.- well. nama pun family planning . zuriat yang bijak menjadi keutamaan nampaknya , padahal ada yang lebih utama , sepatutnya perisian jiwa janin tu sendiri dengan amalan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran .hai duniawi ohh duniawi.

Gedik

Tahap gedik . aku okay kalau dia gedik sebab aku tahu , gedik dan perempuan tak dapat dipisahkan . tapi pondan pun ada yang gedik -.-kalau gedik bila berdua dan bertahap tu okay . kalau terlebih gedik , aku takut aku pulak tekanan jiwa nak melayannya . ohh jemm !! aku lagi takut kalau aku yang gedik -.-


Lone Ranger
my favourite girl .


sudah-sudah lah mengarut . aku sendiri tak pernah rujuk senarai ciri-ciri wanita idaman sebelum jatuh cinta . mungkin tak sempat . since falling in love is free falling , without restrictions , precautions . just falling ..uhh madah berhelah pulak pagi-pagi buta nih -.-
aku ada ayat lagi untuk buat kau termuntah-muntah kat sini , "jika kita jatuh hati pada seseorang kerana kelebihan yang ada pada dirinya , jadi bertahan lah dalam cinta dengan mencintai segala kekurangannya pula" 
tahniah sebab kau baca sampai habis . #muahciked nampak permainan disitu.


Boleh Eh

1 balasan ikhlas



Terdiam kamu tanpa bicara . 
Tak mengulas apa kan terjadi
Nan bisu aku kerana buntu . 
Tak bisa aku memutuskan kisah kita
Cinta telah berakhir..
Kita tak mampu jadikannya cinta sebenar..
Semua akan tahu segalanya ..


Gelagat Lelaki Patah Hati

1. Santai Dan Diam
Bila seseorang lelaki putus cinta, mereka lebih santai walaupun terluka. Kebiasaannya mereka akan diam dari bercerita tentang cinta mereka yang musnah.

2. Mendekati Ramai Gadis
Ada sesetengah lelaki, bila putus cinta mereka akan mendekati ramai lelaki dan meramah mesra dengan mereka bagi melupakan anda wahai wanita.

3. Keluar Lepak Dengan Kawan
Ini merupakan perkara utama yang dilakukan oleh lelaki bila putus cinta. Mereka lebih gemar jalan-jalan dengan kawan dan melakukan sesuatu perkara bagi melupakan luka dihati.

4. Memaksa Diri Untuk Sibuk
Lelaki akan cuba untuk membuatkan diri mereka sibuk dengan sesuatu perkara tidak kira ianya berkenaan pekerjaan mahupun hobi. credit to sini lah


Aci dak aku nak buat review saja , bajet judger bertauliah ala-ala Paul Moss . santai dan diam eh .santai mungkin , diam , mulut tak berhenti mengunyah kot ,ok daripada merokok .Mendekati ramai gadis tak kot , dikerumuni , sebab ada kencing manis . boleh. Keluar lepak dengan kawan , aku lebih suka memandang kehijauan padi , walaupun classmates ada ajak hiking sana sini. Memaksa diri untuk sibuk , ajar aku untuk sibukkan diri seorang penggangur -.- ok macam ni " aku busy korek hidung , goyang kaki , garu jari , belek cermin .make sense. aku brief 4 point dengan sekali nafas saja , hebat kan .asyik-asyik cinta , takda entri lain ? jiwa muda memang camni bebehh. sabar jelah . bila mood berkarya tuh datang balik , insyaAllah aku tampil dengan single terbaru . eh. Shah Alam I'm Coming bebehh !! wuhuuu !! eh. lantak.

Aku ada check keywords untuk carian blog kesayangan aku ni. result sangat tak menenangkan, aku tak suka ada orang stalk .aku tak tahu kalau aku cuma paranoid atau paranoid .eh aku tulis dua kali eh paranoid tu. aku rasa dah tiga kali .lantak. aku suka ada peminat tapi bukan anda . rasa macam hilang selera nak luah dah kat sini. T.T


Pistanthrophobia

Nak Gemuk Tak Nak Kurus

1 balasan ikhlas

 

Boleh jadikan si comel kat atas nih sebagai idola untuk aspek pemakanan aku -.- senang saja kan . pertambahan berat badan bukan masalah kaum Hawa sahaja .bila aku tengok perkembangan saiz kawan-kawan kelas , aku turut rasa satu kesedaran dan kesedaran , double kesedaran bahawa saiz aku juga boleh bertambah-tambah macam jejaka-jejaka lain , even tak kahwin pun berat dah bertambah aku tengok -.-


Masa mula-mula dulu bila aku peduli pasal jerawat , peduli pasal berat badan , aku rasa aku tak normal , sebab macam keperempuanan tu menyerlah . tapi zaman sekarang kaum Adam pun dah mementingkan penampilan diri , tak salah jadi metroseksual , rasanya lah .yang paling terkini dan tak boleh belah , aku terjumpa testimoni kcolly yakni jejaka juga -.- aku tengah riang kot masa scroll instagram , terus hilang selera . bukan lah menghina , cuma aku hilang selera sebab aku terus sibuk survey penjual yang boleh  dipercayai yang jual produk tu -.- boleh . bukan lah nak tambah gebu atau mengebaskan diri , alhamdulillah aku bersyukur dilahirkan berkulit segebu siapa-siapa yang gebu . boleh. kalau ada orang Melayu nak anak segebu saya , sila kahwin dengan orang sabah berkuturunan kadazan dusun dan cina . sekian promosi perkahwinan kacukan untuk minggu ini .

Tapi kalau kacukan tak berjaya hasilkan anak gebu gebas , boleh lah cuba amalkan kcolly sekeluarga hendaknya lah ya .itu dipanggil takdir ku lit , kena lah terima seadanya bila kome dah cuba sedaya upaya , seperti kebanyakan pasangan berkahwin yang sedang mencuba di malam jumaat al-barakah ini .

apa lagi aku nak mengarut ni . siang tadi aku terima pesanan dari pensyarah melalui social networking whatsapp , iya-iya saja dia nak aku attend jugak majlis penganugerahan dekan di Shah Alam , MSU. Dia siap bagi amaran , kalau aku tak attend memang takkan dapat sijil tu .11.06.2015. make it or not,dont know .aku pun lepas habis baca whatsapp dia baru perasan ada mesej yang sama dari lecturer tu . sahih copy cat .nampak tak tahap aku tak peduli handphone -.-

Di kesempatan ini , aku berharap semua orang berpuas hati dengan kesudahan cerita Hati Perempuan . takda ku nyit , ku rap , ku pas , takda kan. sudah-sudah lah penuhkan whatsapp notification dengan benda-benda mengarut . aku sendiri pun dah cukup mengarut . memahami hati perempuan lebih sukar dari memilikinya . boleh panggil aku ku fiq pasni .




Quote Of The Day
i wanna marry someone who could say
" look boy , you're annoying , troublesome , selfish , but i will be next to you for the rest of my life , watching you changes for the better,i love you madly ."




Bahana Viral Berita Membuta

0 balasan ikhlas
ayyan..hmm..



bukan kes dera. bising gak mulut perempuan kelantan -.- ohh kalau aku boleh katakan disini , ada sesuatu berwarna kuning sebelah badan baby tu. ketahui lah sesiapa yang hamil , duduk serumah sebilik sekatil se apa lagi , dengan seorang perokok iaitu menjadi perokok pasif mempunyai peluang untuk mendapat anak yang dilahirkan sumbing .isteri-isteri sedunia , berhenti lah jadi perokok pasif , dan suami berhenti lah merokok.eh.ohh.


Assalamualaikum . Disebabkan aku tertengok Wanita Hari Ini di tv3 tengah hari semalam , aku pun bagaikan diseru-seru untuk menulis satu entri padat untuk bercakap mengenai video dera anak yang kecoh baru-baru ini . Di sini ada dua perspektif yang kita boleh lihat , pertama adalah kes dera yang sudah terjadi atau sedang terjadi ataupun bertahun-tahun sudah ..ku menunggu dirimu akhirnya kau menjadi milikku. maaf.


Perspektif kedua , orang yang mengecohkan perkara ini . siapa ? jengjengkejang ! kita ? tak . kome. aku memang takkan berkongsi sesuatu yang aku sendiri tak arif atau tahu menahu hujung pangkal cerita . Berbalik pada Wanita Hari Ini , bukan golongan pengganggur , minah kilang , mat pit , mat ganja , aih mat ja ni ok minah ganja , tetapi golongan pendidik , golongan ibu bapa , golongan intelektual lah semuanya yang juga terlibat dalam penyebaran video tersebut . yes ! kita kena kongsikan semua benda ! yes semua benda ! semua benda yang terlintas di news feed kita ! biar lah betul atau salah , sedang terjadi atau sudah terjadi , janji kita kongsi !!!!!! kongsi semuanya !!! yeahhh. bahagianya hidup berkongsi , kan


Tertanya-tanya tak apa yang mungkin terjadi kalau sikap berkongsi berita secara melulu nih diamalkan secara radikal ?agaknya ada kaitan dengan radikal bebas atau gamma rays atau beta yang boleh tukarkan kita menjadi hulk ? abaikan saja soalan aku dan rujuk ayat dibawah :





وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ
1. Firman Allah Taala: Jangan kamu ikuti apa yang kamu tidak tahu tentangnya.

[ Surah al-Isra’ ayat 36 ]




وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَاْلَ: كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ. رَوَاهُ مُسْلِمٌ.

1549/1- Daripada Abu Hurairah r.a., sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda: Cukuplah seseorang itu (untuk dikatakan) berdusta (apabila) dia mengutarakan semua perkara yang didengarnya.
Hadis riwayat Muslim.

 Yes , memang facebook ada button share this , memang kita ada account youtube , kita ada blog , tapi itu semua bukan token untuk kita berkongsi sesuatu tanpa siasat kesahihannya .Dengan menghina . mengeji si ibu tu , itu takkan membantu mangsa yang didera pun . Apa yang tertera , orang Malaysia suka marah di youtube , suka berkongsi tanpa menyelidik , suka mencemuh di umum , itu kah imej kita sebagai rakyat Malaysia . Andai rasa sangat bertanggungjawab , banyak pihak berkuasa yang boleh menjadi rujukan sekiranya kejadian dera itu masih terjadi . Pesalah tetap bersalah , tetapi ingat , Malaysia masih mempunyai rang undang-undang ya ! Kuasa menghukum dan mencemuh bukan ditangan kita .

Hobi ini semoleknya dikikis secara serius hingga ke tunas . Hobi berkongsi berita belum sah status . Cuba tukar minat tu , berkongsi resepi kek oreo cheese ka , air bandung hijau ka , boleh jugak aku rujuk untuk jadikan menu berbuka puasa nanti , tak gitu kak jah , kak temah , kak tipah , bang li , bang otoman , bang toyyib ?


tiba-tiba

Jom Ubati Luka !

0 balasan ikhlas



Muet band 4 tapi tak puas hati lagi yop ? Baru lepas kena marah ? Kereta kena curi ? Orang sekeliling selalu salahkan kau untuk itu untuk ini ? Baru putus tunang ?Kau ada kereta tapi takda lesen ?? walau apa pun kemalangan atau kesulitan yang kita sedang hadapi sekarang , berhenti sesaat , ubah fokus anda untuk sebentar !! huahuachihuahua.boleh.

Ada satu kata-kata " ubati lah luka dengan kadarnya , jika luka dihujung jari , jangan pula dibalut luka hingga ke lengan ". Berlebihan-lebihan itu sikap yang tidak digalakkan . siapa lah aku untuk berkata-kata melainkan orang yang membaca ini mungkin lebih mengenali dunia ini lebih dari aku sendiri . Masalah sentiasa akan ada , isu tetap saja akan timbul , sikap kita untuk menangani benda semua itu , thats what really matters , right ? kalau digigit seekor nyamuk , jangan satu kampung habis dibakar.selesaikan masalah berpada-pada lah atau buat tak tahu macam aku -.- pastu stres sampai rectum berdarah.boleh.

Semua orang ada stress yang tersendiri , bukan kau , bukan aku sahaja . kita semua ada . yes memang susah nak berfikiran positif bila orang sekeliling kita tak berhenti beri impak negatif pada kita . itu salah satu dugaan hidup . diduga dengan persekitaran yang menjatuhkan kau .semangat kau . satu saja video aku berkesempatan kongsikan . satu video ni dah cukup buat aku gelak sampai terkucil .boleh.jangan tiru aksi ini .ini penyakit lemah pundi kucil. betul. pergi kedai beli gergaji , gaji tak dapat lagi !!! hahahahaha. jobless memang takda gaji pun. -.-

Quote Of The Day
1- I'm just pieces to the man i used to be
2- Too much love would kill you
3- Torn between the lover and the love you leave behind
4- You're headed to disaster because you never read the signs.
5- Everywhere i go , i bound to lose

Kun Anta

2 balasan ikhlas

Maraton entri sebelum delete google account . boleh .lagu yang dah lama viral dalam kalangan muda-mudi .boleh aku nak tolong terjemahkan liriknya ? bait-bait maksudnya sangat melekat di hempedu . semua orang pernah cuba jadi diri orang lain .tak perlu kau geleng . secara sedar atau tak. masa kecik atau besar . kita pernah. tolong jangan deny . nak deny jugak . lantak. padahal sebenar-benar kesempurnaan adalah menjadi diri sendiri tanpa paksa orang lain terima diri kita . setuju .eh.


Ketika ingin bersaing dengan yang lain, aku ingin meniru perwatakan luar dan dalamnya.

Jadi aku boleh jadi seorang yang lain hanya untuk berbangga.

dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan.

Tetapi yang kuperoleh hanyalah kerugian di atas perwatakanku ini.

Kita tidak memerlukan harta untuk menambahkan kecantikan, kecantikan dari dalam (jauhari) ada di sini di dalam hati ia bersinar.

kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa yang tidak ada, yang tidak sesuai dengan kita, itulah kecantikan kita. semakin bertambah hingga ke atas.

Jadilah diri kamu sendiri pasti akan menambahkan lagi kecantikan yang sedia ada.

Sungguh aku menerima mereka tetapi tidak pula aku meniru perwatakan mereka melainkan apa yang aku terima itu aku telah redha.

aku ingin menjadi seperti diri aku sendiri inilah aku.

hal ini ku rasakan sudah cukup dan aku sangat pasti.

Aku akan jadi mengikut kemampuan diriku aku tidak perlukan orang lain menerima ku.

aku akan jadi apa yang aku suka kenapa aku perlu peduli tentang penerimaan mereka terhadap ku.

Quote for the day
Paste in your mind , you live for yourself , not for others satisfaction or expectations

Wanita Lebih Berusia Menjadi Pilihan Hati : Tanda Bukan Jodoh Baik

0 balasan ikhlas

Assalamualaikum . Alhamdulillah seorang lagi retis hot sado sudah kahwin . tapi jangan terpedaya jika anda fikir entri ini untuk si retis itu . huhu.tapi kalau anda berkeras untuk berfikir sedemikian rupa , silakan. aku sedar siapa lah aku nak menghalang minda-minda bijak untuk berhenti berfikir kan .aku hanya lah seorang manusia sederhana , dengan rupa sederhana , hanya mampu mencairkan hati setengah penduduk bumi sahaja. boleh.

Let be on the main kickstart , betul ker perempuan lebih berusia lebih digemari golongan jejaka bujang ?okay kita substitute 'digemari' dengan 'menjadi pilihan' .kang ada yang terbayang iklan carrier junior .

Disukai kanak-kanak , Digemari ibu bapa !! eh


Contohnya , katakan , let say , ibaratkan aku ni berumur 20 tahun sekarang , si perempuan pula mungkin 28 tahun , rasanya apa reaksi family ? menari keriangan atau cakap aku dah kena minyak siku .eh. dagu ker lutut.kalau part punggung mesti boleh buat berbotol-botol minyak tu  . asal sapa tak pernah cuba eh. aku dah bagi idea ni .

Entri ni macam melalut kan . tak bahas pasal wanita tua dan lelaki muda pun . tapi biar lah , orang lain boleh saja buat camtu .letak tajuk lain , isi lain . ayat cari gaduh tak ni. pendapat aku bukan lah mewakili seluruh golongan lelaki , of course , bagi aku , usia memang bukan isunya , tapi satu yang pasti , wanita yang lebih berusia lebih kurang bercakap kosong , lebih terbuka untuk menerima kekurangan , bila bergaduh mungkin mereka lebih bertindak sebagai 'agen penyejuk' hati lelaki yang berdarah muda kan . KAN. tapi ada saja perempuan yang muda tapi matang . well . 1:100,000,000. boleh camtu nisbahnya ?haha.susah nak jumpa kan . kalau dah jumpa pun , mungkin dah selamat jadi isteri orang .

As far as i might concerned , kalau kita sifatnya api , pasangan kita yang jenis cool . atau berpura-pura cool .yang penting cool tu ada . pasangan yang contra sifat kita tu akan lebih tangkap ngam kuat .pernah dengan ayat ni ? " perbezaan itu menyatukan kita " , " kita saling melengkapi " , " hogoh pahang hogoh ".boleh lah tu.


Selamat Membaca :D


1. Senarai Perkara Yang Tidak Kamu Setuju

Kamu mempunyai senarai tentang apa yang kamu tak suka tentang pasangan kamu lumrah manusia tak sempurna dan banyak kelemahan, tetapi apa yang kamu tak suka tentangnya dia mampu di senaraikan berpuluh-puluh dan kamu simpan dengan rapi di hati kamu dan tak mahu menunjukkan kerana kamu sayang dia.


2. Selalu menjauhkan konflik antara kamu berdua

Jika berlaku salah faham itu biasa, tetapi apabila setiap masalah itu selalu cuba di jauhi dan bukan mencari penyelesaian., di simpan terus di dalam hati. Jika lama-lama di simpan jika berlaku konflik nanti masalah kecil pun boleh jadi besar kerana rasa tak puas hati yang berlarutan.


3. Dia tak pernah hiraukan tentang kesihatan mu

Sebagai contoh, dia tahu kamu alahan tetapi bersama kamu dia tetapi hisap rokok dan tidak mempedulikan kamu.( nyehnyeh .aku bukan perokok) boleh.

4. Dia sentiasa mahu perubahan dari kamu tapi dia tak mahu berubah dirinya sendiri.

Dia mahu kamu berubah untuk jadi lebih baik, sebagai contoh dari memakai baju yang seksi kepada yang lebih sopan dan bertutup. Dari tak bertudung ke memakai tudung, dia mahukan perubahan kamu.Tapi bila tiba dia ? dia tak mahu lakukan perubahan , katanya susah untuk lakukan perubahan..

5. Dia tidak mempercayai dengan kamu

Kepercayaan ada teras dalam perhubungan , tetapi kalau tidak ada kepercayaan itu bagaimana perhubungan itu mahu di teruskan ? sebagai contoh kamu mahu pergi keluar tengok wayang dengan kawan-kawan dia meminta kamu laporkan setiap 1 jam apa yang kamu buat ? sebagai pasangan perlu ada toleransi dan kepercayaan.

6. Dia tak pernah menyokong apa yang kamu suka (impian dan cita-cita )

Sebagai contohnya impian kamu adalah teringin mahu jadi doktor , tetapi apa yang si dia katakan bahwa " tak payahlah jadi doktor , perempuan bila dah kawin tugaskan kat dapur juga " .

7. Dia selalu buat kamu bersedih, duka dan tiada mood

Bila jumpanya tak sah kalau tak bergaduh, tak sah kalau kamu mesti tak menangis kerananya. Sehinggakan menjejaskan aktiviti harian kamu dan buatkan kamu tak ada mood. Buat itu tak boleh , buat ini tak berkenan di matanya.

8. Dia tak pernah hargai dan peduli apa yang kamu buat

Dalam perhubungan saling menghargai satu sama lain itu satu pekara yang penting, tetapi bila kamu buat sesuatu untuk dia, tapi dia tak hargai ? kamu cuba masak mee goreng dan minta dia rasa ," awak saya tak makan mee goreng la ,lain kali tanya dulu sebelum masak tu,sama ada saya suka atau tidak" Si dia belikan tudung, "ishh awak nie belikan tudung nie tak cantiklah tak pandai betul pilih warna"

9. Tiada chemistry atau keserasian

Keserasian itu penting kerana kamu adakan hidupnya dengannya dalam jangka waktu mungkin lama. Jika setiap hari bergaduh, salah faham sikit bertumbuk, tak boleh buat salah sikit maka nak marah-marah? bagaimana nanti bila dah berkahwin ?

10. Dia tak pernah membicarakan tentang masa depan hubungan kamu berdua, hal perkahwinan dan membawa jumpa ibu bapanya.

Tujuan perhubungan cinta antara lelaki dan perempuan itu untuk apa ? bukankah untuk ke arah menjadi yang halal atau perkahwinan ? Jika hanya untuk couple ? rasanya itu bukan tujuan untuk kamu hidup. Dan tak pernah perkenalkan langsung pada ibu bapa kamu ? itu membukti dia tidak serius dengan kamu. Fikir-fikirlah.


Ini hanyalah pandangan sahaja, tiada kaitan dengan siapa-siapa yang mati atau baru keluar toilet atau sesiapa sahaja pun. Hidup kita adalah mencari perhubungan yang halal dan di restui oleh ibu bapa dan ALLAH. Jika ke arah pekara yang baik in sha ALLAH Dia aturkan yang baik-baik untuk kamu, bersangka baik dengan ALLAH. Jika ada kesepuluh ciri-ciri ini kepada pasangan kamu maka fikir-fikirkanlah.


Tak semestinya ada 10 pekara di atas tak bahagia, boleh bahagia. pucuk pangkalnya adalah diri kita sendiri.Jodoh itukan rahsia Allah siapalah kita untuk menafikannya. Setiap manusia boleh berubah jika di berikan peluang. 10 tanda-tanda ini hanya sebarang rujukan sahaja, mari kita sama-sama muhasabah diri.credit to http://www.ikahwin.my/

Sponsored Wedding : Kembalikan Aku Pada Ketenangan

1 balasan ikhlas




A very late , quick entry . kalau kau diberi satu peluang untuk akad nikah dalam masa dua bulan camtu , dengan orang yang kau tak bercinta , ini bukan drama melayu atau mandarin . is it for real . or am i just having another hallucination since last breakup ? asal tajuk entri macam che ta dengan zain .okay saja nak letak gak nama diorang -.-

Dont know but the docs are there , just waiting for the bridegroom to be to put a signature down , as well as 2 witnesses .since when my life is your life .ini memang drama .but this one is diferent when it include you . not the celebrities.neither the actors .nor actress . do i have to mention all here anyway.


3 documents which are Sijil Kursus Perkahwinan , Sijil Pengakuan Anak Qaryah/Kawasan , Borang Permohonan Berkahwin Bagi Lelaki . am i qualified enough to be a bridegroom anyway huh .aku ingatkan selama ni anak perempuan saja boleh ditentukan kahwin dengan pilihan family, anak lelaki pun boleh eh . 
mungkin aku sangat tak terurus , mungkin aku perlukan nanny , bukan bini :'


Andai Perempuan Itu Tahu

0 balasan ikhlas





Andai kau tahu di sebalik semak berlonggok-longgok jejaka yang tak segan menyatakan perasaan cinta mereka terhadap kau , ada seseorang yang hanya melihat gelagat mereka semua . Andai kau tahu perasaan cinta bukannya pertandingan bila cinta diterima , kita perlu bersorak umpama pasukan sorak berbangsa Korea yang pakaiannya seksi-seksi belaka .erk. Mungkin seseorang itu mempunyai kesedaran sivik bahawa dirinya bukan lah stok sado yang boleh merempuh jejaka-jejaka lain yang berebut mendapatkanmu.tiba-tiba mu.mooo.Mungkin juga seseorang itu juga tak mengganggap kau bola ragbi .(kita bayangkan bentuk ragbi jap boleh) perlu disamun cinta bagaikan permainan Ragbi .


Sometimes i wish i could pause the time and having an ice cream. could i. Andai kau tahu hati seorang lelaki yang bukan kebanyakan sukar untuk kau duga . Mereka yang kau kenali mungkin bisa bermanis kata memuji mu sedia tapi bukan seseorang itu . Bila dia lebih memilih mengkritik kau dari bawah hingga keatas , atau dari atas ke bawah , mana-mana pun boleh , itu yang perkara tak menyenangkan kan . Setidaknya kritikan buatkan kita terjaga dari kesempurnaan yang palsu.


Andai mereka tidak wujud pun , persaingan tetap akan wujud . seseorang itu mahu mencintai kau hari ni lebih dari mencintai kau semalam . atau kelmarin dulu . seseorang itu bersaing dengan dirinya yang tak pernah puas .Dia takkan puas menyayangi seseorang wanita yang membuatkan dia berubah . sebenarnya bukan kau yang mengubah dirinya melainkan dia rasakan kau layak dihargai bukan dipermainkan .jap aku tak faham dengan ayat ni.kau faham tak.


Sedia kau tahu di sebalik persembunyian seseorang itu , masih juga ada yang mencuba keruhkan jernih rasa ini ,bukan hanya perempuan ,lelaki juga menyimpan hati pada seseorang itu. sebenarnya sebelum ni pun tak jernih sangat,ada keledak sikit.sipi-sipi gitu. Andai kau benarkan seseorang itu tahu punca nipisnya keyakinan di hati kau wahai wanita .Apa kau tak pernah jumpa ayat google berbunyi " jangan hukum seseorang berdasarkan masa silamnya " ataupun " tiada insan yang berdosa tiada masa depan , tiada insan yang berjaya tidak punyai masa lampau " betul tak .aku pun tak ingat sangat sebenarnya .



** 'seseorang itu' bukan aku -.-

Keputusan MUET 2015 Havoc

2 balasan ikhlas



Bersemangat waja tak tajuk entri nih compared to last night . eh terbahasa english pulak.tentu ramai yang sudah check result MUET atau Malaysian University English Test .semput nak taip nama panjang dia sebenarnya .ku gagahkan juga sebab saja nak bagi nampak hebat sikit entri nih .boleh.


Kepada gadis-gadis yang ada ambil exam muet untuk March 2015 , sini eh shafiq ajar cara nak check result korang eh . ikut step dibawah nih tau :



Langkah-Langkah Semak Keputusan MUET 2015 :

1- Lentokkan jari jemari yang keras tu , capai telefon secara perlahan . (bagi yang handphone memang melekat dengan jari , sila abaikan step 1)

2- Sila ketik (tiba-tiba terindon pulak) icon message . Taip MUET(JARAK)RESULT(941113070000) .

3- Sila ubah lah contoh tu ,masukkan number pengenalan sendiri.  nak check result shafiq ka . pun boleh .Then hantar kepada 15888.

4- Amazingly , tak sempat buaya nak berkelip mata , mesej keputusan MUET anda akan tercirit disitu .tatap lah dengan penuh kasih sayang . itulah buah hasil dari usaha anda kan ! nak nangis pun boleh.


Okay , saya nak sambung bercerekarama boleh . tiba-tiba saya . mesti separuh dari penduduk dunia tengah teruja tunggu pengumuman keputusan MUET aku kan ?betul kan. huhu. aku pun teruja sebenarnya .tapi aku yakin . like 200% that i could done better than this if i re-take MUET , boleh ?aku payung sikit eh result muet tak seberapa ini .



Alhamdulillah .berkat bangun pukul 3 pagi pada hari exam untuk selak buku muet dan tidur,juga berkat datang 30 minit lewat masa peperiksaan writing , so this is it.result pun sesuai lah dengan cara memain aku.kalau aku serius aku boleh target tinggi lagi.band 7 ker.tak pun Ben 10. enough that craps. so sebagai self reward untuk diri ,aku dan saya telah sebulat suara untuk lanjutkan cuti tanpa kerja serta tanpa gaji of course selama sebulan lagi .boleh. kita pun nak cuti macam Yuhanis . tiba-tiba.cuti mengandung.bersalin.


Sebelum aku akhiri , kau jangan pikir aku nih gatal tahap berbulu . sebab tutorial MUET aku tu hanya untuk perempuan kan . takkan aku nak suruh jejaka-jejaka lentokkan tangan jugak . kang abadi jadi macam Usop Welcha aku gak dipersalahkan secara membabi-kundur.aku tak sanggup menanggungnya.boleh . harap diterima penjelasan muthakir aku nih . adios.








Quote of The Day

1- Flashbacks kills .

2 - Sharing good news with the one who truly care and heart that care is a good treatment for soul .

3- Some people could become a good listener instead of being advicer/speaker . some people just dont dont functional.both.haha.

Keputusan MUET 2015 Hambar

0 balasan ikhlas


Sedih rasanya nak cerita kat sini . tapi aku nak cerita jugak . boleh laa.boleh eh.boleh gedik camtu -.-
semalamam aku rangka masa depan . bunyi macam ambitious tak . haha . sikit pun tak .ehh.ohh. dari portal PDRM hingga lah ke portal s.p.a . aku nak jadi polis boleh . huhu. nak jadi lawyer pun ada orang cakap itu ini . inikan polis . mentaliti orang sekeliling , susah . pekerjaan itu mulia , penjawat tu saja ada sesetengah yang memburukkan nama pekerjaan tu .mohon maaf aku tak berpihak mana-mana haluan .boleh.


Benda nih takkan jadi lagi . aku janji . tiba-tiba rasa pasti hari ni 05 Mei . angkara si MUET durjana . hiperbola teruk . aku dengan keyakinan 200% capai handphone , of course lah asus . kesayangan.okay. taip MUET RESULT 95111307**** mesti kau rasa aku lahir 1995 . haha.then aku hentak laju-laju button send ke 15888. tiba-tiba masuk mesej berbunyi busuk.



susah kan kalau teruja . nasib baik tak kena gst . ayat macam gst tu mimpi ngeri kan . ngeri ker . suri rumah dan ketua rumah sahaja mampu menjawab tahap kengerian itu okay . kesian kak bedah , kak jah , kak timah dulu boleh beli tomato berbakul-bakul , sejak ada gst , diorang boleh beli tomato pure saja . okay tak lawak. dah diorang berjemaah nak masak pizza , memang la kena guna pure saja kan . back up balik,dengan harapan boleh tumpang makan pizza boleh.
at least , kesedaran pengguna kini semakin menebal seperti bulu-bulu yang menebal . berbulu pulak dengan perumpamaan tu .nak beli apa-apa pun,pikir dulu ,pastu letak balik.bijak kan bijak kita.


tak pasal-pasal melayang 20 sen aku . 20 sen tu aku boleh guna untuk call number aku sendiri . normal la nak dengar caller ringtone sendiri , pastu leka sampai masuk voice mail . woiii salah ka . huhu.tu salah satu tabiat aku tak boleh buang , sekurangnya sebulan sekali aku kena dengar caller ringtone sendiri .kalau aku tengah jalan depan kau , sambil pegang handphone di telinga , sambil tersenyum-senyum kencang , kau kena yakin aku memang tengah dengar caller ringtone sendiri .


So untuk rakan-rakan muda yang sebaya aku , esok kita mula check sama-sama eh result muet . mula pukul 10.00 pagi dah boleh check tau . bunyi macam prihatin sangat . tapi itulah kenyataannya , aku kelihatan begitu prihatin bila aku bosan dan tak tahu buat apa . boleh. boleh eh.


So nanti kan lah entri seterusnya . walaupun kau mungkin termuntah berguling-guling bila ternampak aku post entri baru setelah berdiam lama dari dunia seni .nak bagi laluan pada retis baru cari makan. boleh camtu. annoying gila. #muahciked #rindublogging #enough


the feeling when you feel so excited and nervous at the exact time .okay . lagi 7 hari lagi ." so its gonna be forever or its gonna go down in flames "


 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be