silent reader(s)

Beribu Bintang Menghilang

0 balasan ikhlas




Assalamualaikum pembuka bicara , peluntur jiwa yang kian lara , penyambut kata perungkai tanda tanya . boleh tara tu . alhamdulillah semester terakhir makin muktahir , apa maksud ayat ni . jangan tanya . agensi untuk praktikal belum cari lagi , like a boss , or loser instead ? both can do .  kalau boleh mengeluh , sekuat-kuatnya aku nak lepaskan keluhan nih sewenang-wenangnya dengan harapan lautan akan membanjiri kolej dan rosakkan sistem marking so aku tak perlu buat assignment yang bergunung-ganang tu , aci dok ?

Aku tak ada nafsu langsung dengan bidang yang aku pilih untuk diploma nih . sekarang course nih yang bernafsu kat aku , tak tertanggung aku nak siapkan assignments but at least aku satu-satunya student yang submit paling awal . sekurang-kurangnya aku buktikan aku bukan diri aku yang dalam semester setahun yang lalu . semester nih , sehari aku tak masuk kelas terus penasihat akademik sms aku . nampak tak tahap bernafsunya dia kat aku ? ok , dia bernafsu untuk buat aku cepat graduate then dia tak payah tengok muka aku yang tak bernafsu nak pegi kelas ni , camtu ? pun boleh . banyak inferens yang kita boleh buat sebenarnya .. -.-

Kalau ditakdirkan aku bujang sampai ke bila-bila , nampak tak ayat tu . aku rasa camera dah cukup untuk teman aku habiskan sisa-sisa  hidup , bukan sisa la , bunyi cam ada penyakit barah bahaya lak . aku rasa tu dah cukup buat aku ada dua pandangan berbeza sepanjang hidup aku , in case aku tak mampu dapatkan seseorang yang ngam teruk dengan jiwa aku nih .

Contribution corner : thanks to seorang makcik yang tugasnya bagi nombor giliran di Jabatan Pendaftaran Negara , Zon A , dalam Wisma Wilayah Persekutuan , Bertam , servis sarkastik anda sangat menerujakan ! well done government , ur staffs awesome :D dan maaf saya sangat tak suka :) mudah-mudahan terbuka hati untuk belajar etika ketika berhadapan pelanggan ya .
wasalam . anyway , i'm not an idiot , cuz i realize ur stupid sarcasm .

 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be