silent reader(s)

Wanita Malaysia Bercitarasa Tinggi ?

3 balasan ikhlas




Statistik yang dikeluarkan oleh Prof. Madya Dr Harlina Halizah Siraj , menyatakan bahawa bilangan lelaki melebih wanita dengan kadar nisbah 106 :100

Sekarang hala kot mana perempuan terdesak untuk ganggu suami orang , boyfriend orang , atuk orang ?? tunang orang ?? ehem.. macam aneh kan ?? pegangan kita selama ini sangat tersasar kan ? terang sudah lelaki yang perlu kacau isteri orang ? ehh idak lah begitu.. berdosa meruntuhkan rumahtangga orang lain..mak kita tak ajar kan ? -.-

Memetik tajuk entri , tiada salahnya wanita Malaysia kita memilih dalam mencari pasangan hidup , tak bagus la tangkap muat, ni bukan soal nak isi usus , ni soal memilih seseorang yang kita akan menghadap sepanjang hayat kita nanti , seseorang yang akan menghiasi hari-hari kita , bunyi gerun tak ? haha.. harus lah pilih dengan serius,biar lambat asalkan berpuas hati , biar lah uban membiak seluruh kepala , janji kita tidak salah memilih ,begitu ?? parah kan .

Kalau 6 orang lelaki yang masih bujang tu beragama Budha sekalipun , takkan nak paksa mereka jadi sami kan ? dah perempuan dop cukup ha ? itupun ada lelaki yang berhabis-habisan penuhkan kuota hati , bukan kuota nikah , itu lagi satu masalah..KAN..hahakk..

Memilih itu baik untuk kualiti , terlalu memilih baru namanya cerewet..jauhi lah sikap cerewet,kita semua manusia , tak terlalu buruk untuk dikeji , tak pula terlalu sempurna untuk disanjung tinggi.

Pada pendapat suci saya , perempuan yang bercitarasa tinggi itu mesti dalam kalangan mereka yang sudah meneraju ekonomi hidup mereka sendiri , bukan 'kanak-kanak' di sekolah menengah mahupun kolej , susah sangat nak jumpa 'kanak-kanak' berstatus single sekarang , dop percaya moh pegi ke mukabuku , sokmo taken ! takda taste pun susah juga..KAN..

wanita yang demand tak semestinya pisau cukur , tetapi sesetengah memang pisau cukur .. kita kena pandai bezakan jenis pisau cukur atau jenis nak uji kesungguhan kita :D


 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be