silent reader(s)

Persiapan Menyambut Orang Baru

6 balasan ikhlas

Hiasan bilik tidur homestay style

Penghulu hari yang agak penat . satu hari suntuk kemas bilik , ubah kedudukan katil , mop lantai guna pelembut fabrik softlan lavendar (wajib mention sebab rare sangat) , buang semua minatang yang tak perlu . semangat nak sambut orang baru katakan . bilik agak compact sebenarnya dengan barang yang tak boleh dibuang cuma pindah sat masa mop saja . tapi lepas dah ubah kedudukan cermin , ada aura luas sikit . hihik . boleh gedik lagi tak gelak ni -.- lepas ni kalau Yin & Yang tak sesuai juga , roboh terus la bilik ni . penat tau penat . dah la structure tulang tak berapa sihat , tolak tarik katil memang sedikit azab bagi orang kurang tenaga seperti aku -.- lain la kalau katil bujang mesti ringan sikit kan . ni katil bajet persiapan malam pertama punya mau tak berat .. patut tak aku buang gril tingkap tu senyap-senyap , luas tingkap bilik aku boleh muat dua orang manusia . kalau takda gril , baru senang ada pintu kecemasan sendiri kan , kecemasan sangat . dah macam ahli mesyuarat tingkap ja .

Sekarang rasa boleh bernafas dengan riang . boleh guna perkataan yang lagi bombastik selain riang -.-
bebas habuk , dan segala mak nenek bersekutu dengan kuman . esok mungkin misi cuci tingkap suci dalam debu nih sekaligus cadar katil dengan selimut kesayangan . kebarangkalian ada disitu jika mood tidak terganggu dan hormon testerone masih stabil . seriously , i dont know whats in my mind . entah kali ke berapa aku cuba beri harapan untuk bina rumahtangga yang aman damai tanpa gaduh-gaduh . harapan kali ni dengan keadaan bilik yang kondusif sangat ni , ketibaan orang baru tu akan ubah corak pemikiran negatif aku terhadap orang sekeliling , yeah , dalam sembunyi , aku sebenarnya juga seorang paranoid . menyampahnya kena mengaku . tapi paranoid aku nih selalu tepat . yeay ayat penyokong .

To be frank , aku dapat rasakan ketibaan orang baru tu semakin ubah diri aku . untuk sem ni , aku dapat kesan yang diri aku tak macam diri aku dalam semester-semester yang lepas . serius sangat aktif dalam program yang dulunya langsung aku tak ambil tahu .. feeling of inferior for any apparent reason , wajib masih ada tapi aku cuba kikis sebelum orang baru yang aku maksudkan tiba dalam hidup aku , mungkin beberapa minggu lagi , insyaAllah . tolong amin-kan doa ni naa .



Semoga seseorang yang dekat di hati aku tak terasa dengan keputusan aku ni untuk memilih orang baru untuk berdamping dengan aku , bukan cuba curang dengan janji , tapi orang baru ni terbaik untuk aku . siapa yang lebih tahu sesuatu yang terbaik untuk kita melainkan diri kita sendiri ? tapi tolong jangan percaya , sebab nekad aku ni kadang-kadang macam oreo , sekejap ada sekejap takda -.- semoga orang baru itu atau bahasa bebas gimiknya diri aku yang baru , dapat diterima orang terdekat termasuk diri aku sendiri , aku cuba berubah untuk perbaiki diri aku walaupun tak semua salah berpunca dari paranoid aku , ada juga datang dari mereka yang juga ahli rumahtangga ni . semoga Allah permudahkan kerja yang baik bagi aku . amin . amin . amin .


nak cat baru dinding bilik , any suggestion ?? warna apa yang sesuai untuk rasa tenang selain kuning dengan putih ? -.- tak larat nak bajet diraja dah .. sudah cukup sudah .. mau warna lain pulak .. tolong jangan suggest warna ungu . minta pendapat orang tapi demand , apakah -.- merah macam ok tapi macam CNY tiap-tiap hari pulak dalam bilik .





 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be