silent reader(s)

Bungkusan Pos Laju Berbau Misteri

6 balasan ikhlas

Semalam ada orang sampaikan berita kedatangan bungkusan Pos Laju , disebabkan hujan yang rintik dan kemalasan yang lebat , pedulikan saja pesanan tersebut , layan perasaan lagi bagus . di sebalik tidak endah , terfikir juga bungkusan itu dari siapa , al-maklum sudah lama bersara dari dunia giveaway dan sebagainya , nak dikatakan belian online pun tiada juga .

Dengan keterujaan pada esok paginya , saya mengelamun hingga ke petang , baru lah putuskan untuk pergi jenguk ketibaan bungkusan tersebut . apakah ke-skema-an melanda entri . selepas pastikan status bungkusan Pos Laju RM9 itu ,wajib mention harga , sebab rasa terharu . saya pun keluar untuk sarten , sarapan dan tengah hari . hari ini rasa nak makan laksa nenas , tapi dalam perjalanan nak ke tempat kegemaran , ternampak ada gerai baru dibuka , Laksa Sungai Lokan , dengan teruja kelaparan , saya pun buat u-turn secara haram kerana di situ tidak dibenarkan membuat pusingan balik ya . amat memuaskan , tapi kalau ada nenas , saya mungkin duduk terus dengan kakak tu -.-


comel kan ? maaf , beri laluan untuk pihak keluarga penaja -.-


Ini kali pertama saya rasa laksa yang kuah sangat pekat dan paling syok , pedas !! tak perlu tambah cili burung pun !! kalau kakak tu ada blog , mungkin saya akan paksa dia review produk saya juga -.-


Dengan harga RM 2.50 , sangat murah bagi saya sebab kebanyakan peniaga makanan sekarang gemar mengambil untung berlebihan dan salahkan kerajaan semata-mata atas kenaikan harga barang . telur rebus sebelah tu . wuhuu !! berbalik kepada tajuk asal entri , at last , haha , bungkusan berbau misteri itu rupanya dari blogger Zu Mal , semasa saya menang satu segmen , boleh lihat cubaan saya memodenkan seloka dalam entri ini Segmen Pantun Seloka by duniazumal . terima kasih ya .



Ini dia rupa Bedak Tanaka yang dipopularkan oleh Nora Danish . bersiap sedia lah untuk kedatangan review dari saya . erk . makin bertambah jambu tak apa , jangan mengundang jerawat batu sudah . apa-apa produk berasaskan limau memang favourite saya , macam sunlight , ya dishes detergent tu .



Lagu Pitbull & Iluminati MH370

1 balasan ikhlas



Kisah kali ini , adakah masih berkisar tentang paranoid atau kebenaran ? lagu yang dikeluarkan pada tahun 2012 memberi tanda pra kehilangan MH370 yang berlaku pada tahun 2014 ? logically , jika ada rancangan sebegitu dari tahun 2012 , adakah pihak atasan negara yang merencanakan agenda tersebut menguar-uarkan rancangan mereka kepada golongan selebriti sehingga dimuat ke dalam lagu ? 

Semua orang tahu kejadian kehilangan MH370 dan konspirasi di sebaliknya .dalam khalayak atau sendiri , tiada siapa boleh menyangkal kejadian tersebut berjalan mengikut rencana sesebuah negara , bukanlah satu tragedi semulajadi. dalam keadaan sebegini , semua orang tertanya-tanya , segelintir rakyat Malaysia ada yang khuatir datangnya penjajahan kali kedua dari negara tersebut . semoga sesuatu yang dicari atau dikehendaki tiada di Malaysia . semoga sebarang Iluminati MH370 diberhentikan , khuatir akan mengundang pergaduhan global . fitnah itu titik permulaan pergaduhan dan perpecahan bangsa . sepatutnya kita sibuk berdoa , mengusahakan alternatif untuk sebarang kebarangkalian mengenai isu MH370 ini , bukan menggali illuminati berkait dengannya , yang hanya boleh memporak-perandakan kesatuan negara yang sedia ada .

Semoga Allah mengembalikan apa yang masih ada , dan membuka jalan kepada 'negara asing' yang ingin memecah-belahkan Malaysia atau berniat buruk ke atas Malaysia pulang ke habitat asal mereka . Amin Ya Rabbalallamin ..

segelintir orang Malaysia mungkin paranoid tapi orang Malaysia tak bodoh !!


Aku Lebih Matang

1 balasan ikhlas

Setiap kali buat perkara yang buat aku rasa , "eh betul ka apa yang aku buat ? " , " macam ni er cara aku tegur?" , "perlu ka aku berkasar?" . " aku tak matang er ?" dan lain-lain ayat dramatik lagi . aku akan google sesuatu berkaitan politik . itu satu-satunya buat aku rasa , " eh , aku ada otak ! " , "eh, aku matang ! "
kenapa aku rasa macam tu ?


(jangan gelak)

Entah siapa yang bertanggungjawab edit gambar untuk mempersendakan our BE-loved PM , Najib Rahman , bukan , Najib Razak la ! poor thing CNN..CNI ? whatever. whatever it is , setiap kali korang rasa korang manusia paling teruk , especially kau seorang yang search 'aku memang tak guna' tu , kau patut buat cara aku , search video pasal politik , mesti kau rasa kau pandai dari mereka semua , well it work on me these days .

Dari sudut Islam , jahat mana pun seseorang itu , sebagai manusia , kau fikir kau ada hak edit gambar orang lain bertujuan memalukan dan sebagainya ? aku yakin itu berdosa . dosa kering saja kau dapat .

Dari sudut tamadun , kau memang terkeluar .

Aku bukan lah pemangkah BN , idak juga penyokong Pakatan , aku free kot , non toxic. in fact , aku nak tubuhkan parti aku sendiri , yeah , parti sampai pagi ! wuhuu !!

Bagi aku , maturity tu bila sampai satu tahap kita yakin kita berpegang pada sesuatu yang betul tanpa menguar-uarkan kesalahan orang lain , tanpa bergaduh , tanpa membabi-babi sesama sendiri , tanpa edit video ceramah untuk putar belit , tak perlu edit gambar untuk mempersendakan pihak tertentu , tak perlu maki hamun kot der ? kau tak rasa macam tu ?

Kepada sesiapa yang nak kekal kanak-kanak , be obsessed by politic stuffs , for sure muda selamanya !! cuma beza budak-budak belajar benda baru , korang akan stick dengan isu yang sama , dengan pergaduhan yang sama . the rest , you're young baby !! macam budak baru belajar bercakap , maki hamun memang cepat melekat xD




 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be