silent reader(s)

Ikhlas Tapi Jauh

0 balasan ikhlas




Jika cinta berbicara , keinginan ini kau percaya
pengalaman mendewasakan aku untuk hargai cinta
begitu saja aku , diam tak mampu
kau masih ragukan cinta kerana norma manusia

Jika harapan bersuara , terlahir entri ini membuka mata
berikan aku mengenali isi hati mu
kau tahu aku insan biasa sering kali aku terlupa 
mampu kah bertahan tanpa suara meyakinkan

Jika rindu berkata , sukarnya memendam rasa
terkenang mu sayang di setiap rasa
aku rindu cinta seperti dulu umpama cinta pertama tanpa ragu
jauh anganku berkelana namun jauh lagi perbezaan kita berdua

Jika mimpi ku bermula , menyampai pesan rindu bersama cinta
ingin ku luahkan semua tapi tak cukup dengan kata
tanpa sedar aku izinkan hati terbuka untuk luka
sudah memang sudah percubaan kita berakhir sudah

Jika aku bukan aku , cinta ini mungkin tak serumit ini
tak mampu buka pintu untuk kau melihat sepenuhnya 
terlalu terbuka hanya akan lebih terluka
andai ini yang terakhir buat kita kenanglah aku dan sejuta cinta ku untuk mu .

Hadirnya mu dalam hidupku bersama berjuta makna yang tak mungkin aku peka


 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be