silent reader(s)

Once Player Always Player

2 balasan ikhlas


Semua mai duduk rapat-rapat  , cikgu hari ni nak berfalsafah atau berkongsi failsampah sejak bertahun-tahun berkecimpung dalam bidang cinta antara insan . daripada bercakap sesuatu yang kita kurang pasti , lebih baik kita berkongsi perkara yang kita tahu dan pernah mengalami , tak begitu ?

Setiap dari kita pernah bercinta , pernah sukakan seseorang , pernah dilukakan dan pernah melukakan , kan ? itu cuma satu proses semulajadi bagi kita sebagai manusia untuk berkasih sayang namun belum masanya yang tepat , jadi , cinta itu tak begitu berjaya . tergendala di tengah jalan , kadang-kala meninggalkan kesan yang mendalam sehinggakan terbit rasa cuak untuk bercinta lagi . tiada seorang pun dari kita rela dilukai , kita semua berasal dari fitrah yang sama , ingin disayangi tanpa syarat . namun percaya lah , Allah tidak ciptakan semua manusia itu jahat , dan mereka yang jahat pun bukan lah untuk selamanya .

Cinta terjejas reputasinya apabila ia dilakon oleh insan yang berhati bukan manusia , mempermainkan perasaan , menjadi seorang yang tamak , mementingkan perasaan sendiri . lalu cinta disalahkan , cinta dibuta-butakan sewenang-wenangnya . cinta tak buta andai cinta diiringi akal pertimbangan waras . cinta buta hanya bagi mereka yang tidak berakal , itu golongan fauna ya , walau fauna tidak dikurnia akal tapi mereka mampu berkasih sayang dengan adanya emosi . kita yang dianugerah akal , emosi , pertimbangan hak dan bathil , cukup sempurna namun kita tak berjaya mengemudi perasaan dan tindakan dengan jaya . mengapa ya ?


Entri ini berbaur kecewa atau berbunga-bunga ? bergantung pada nada bacaan anda dan juga sejauh mana pemahaman anda mengenai cinta . saya agak malu untuk merujuk masa silam penuh kejahilan diungkit-ungkit semula namun pengajaran yang saya dapat dari lebih 50 orang gadis spesifik kepada pengalaman berharga buat saya dalam mempelajari psikologi kaum Hawa . sayangnya , sehingga hari ini , saya tak mampu memahami hati seorang perempuan secara total . Alhamdulillah perubahan demi perubahan telah berhasil untuk meninggalkan tabiat silam dahulu . namun , tak semua mahu percaya , deme kata ' once player , forever player ' .


Secret Hidden Place

2 balasan ikhlas

Masa kecik-kecik , mesti ramai yang ada tempat persembunyian tersendiri dan seseorang paling rapat saja akan tahu pasal tempat tu kan ? bagi aku , sampai sekarang aku ada tempat untuk lepaskan beban realiti , menangis , tempat itu tempat aku . setelah hampir setahun aku tak jejak kaki kat sini , macam bajet bahagia saja dalam tempoh tu kan . sekarang aku sampai kat sini lagi , suasana masih sama , buat hati aku nak jadi diri aku yang dulu , walaupun mungkin salah di mata orang lain . selagi tak salah di sisi Pencipta aku , pergi ke kubur la semua kritikan-kritikan tak berakal tu eh .




Tempat ni jadi ecsapism bagi aku dari semua masalah-masalah aku sebelum ni , walaupun bising , aku rasa tenang kat sini , yang penting , jauh dari dunia luar dan rumah aku ! bahagianya kalau ni rumah aku .. mungkin rumah aku nanti aku akan decorate macam tempat ni . bersabarlah kepada bakal-bakal peneman aku nanti ..

Paling special pasal tempat ni , line internet dia laju tahap Subaru Impreza , tahu laju dia ?? memang terbaik ..
the best escape .

 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be