silent reader(s)

Kalau Najib Tahu..

5 balasan ikhlas







Hari ni dapat Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) maka hari ni juga berjaya habiskan RM 100 dengan pembelian item diatas .. Alhamdulillah , saya dapat baucar RM 10 plus 1 baucar snack plate KFC (sila jealous) untuk makluman gadis-gadis yang belum berpunya , sila hubungi saya jika berminat untuk tahu lebih lanjut tempat-tempat yang boleh anda belanjakan BB1M anda dengan berhemah seperti saya xD , cooling table fan untuk laptop dan beg laptop untuk RM 100 , berhemah sangat... :l

Pembetulan , gadis-gadis yang sudah berpunya pun boleh tanya , tak lupa juga jejaka-jejaka lain yang nak tahu . hal tak appropriate macam ni malas nak letak details , kan kedai tu kena banned , merana saya tak dapat beli belanjakan BB1M kat kedai dia dah kan .

Memang la banyak tempat atau kedai yang anda boleh belanjakan BB1M anda tu , tapi tak banyak tempat yang tawarkan ganjaran sebegini bila anda belanjakan satu jumlah tertentu . saya belanjakan RM 100 daripada baucar tersebut dan saya dapat RM 10 baucar dari kedai tersebut untuk berbelanja di kedai itu juga dan 1 baucar snack plate KFC . kalau anda berbelanja baucar lebih banyak di kedai tu , lebih banyak la baucar dari kedai tu anda akan dapat ya , termasuk baucar KFC yang lebih hebat dari snack plate saya , tapi alhamdulillah walaupun snack plate kan .

Kedai tersebut juga merupakan sebuah kedai buku , selain mereka juga ada menjual perkakasan komputer seperti cooler , beg laptop , laptop skin , cleaning kit , mp player dalam bentuk menarik , Al-Quran Digital , power bank dari harga puluhan hingga ratusan serta hard disk , just to name a few .

Jika anda seorang yang strict , saya sarankan anda berbelanja BB1M anda di tempat seperti Hasani , Popular , dan banyak lagi , cuma kedai atau tempat sedemikian tiada tawaran kepsi , itu saja yang lain selain tempat sebegitu sangat strict dalam follow government condition untuk berbelanja BB1M , yang 80% 20% semua tu la , kena beli buku la , stationary tak boleh lebih dari 20% la , camtu lah conditions yang sebenarnya semua tempat atau agen yang menerima BB1M sepatutnya patuhi .

Akhir kata , i love you Najib xD lebih sayang kalau BB1M ditransformasi jadi duit untuk pemberian 2015 , diikutkan pemberian BR1M bagi kategori bujang yang berjumlah RM 300 lebih layak kepada para pelajar yang saya rasa lebih memerlukan , sebab tak semua buku atau sumber akademik dalam semua bidang ditawarkan di kedai-kedai yang menjadi agen BB1M , kalau pemberian dalam bentuk tunai semestinya lebih mudah kan . ayat..

 

Copyright All Rights Reserved A Gentleman To Be